Perangai lama’ PAS dalam Amanah - [ Video ]

Apa yang dibimbangi oleh Presiden AMANAH itu ada asasnya bro, ada bekas walauns Pas menjadi Ahli Amanah kecewa dengan Pas dahulu kerana tidak terpilih menjadi calon.

Sebahagian mereka ini pernah mencari 'suaka' politik parti seperti PKR umpamanya dan turut mengharap dicalonkan dalam PRU dahulu tetapi masih kecundang.

Kelahiran AMANAH merupakan peluang bagi bekas-bekas lebai Pas ini untuk untuk terus berada di posisi yang diidamkan sekian lama, lebih2 lagi Amanah adalah 'parti Islam' alternatif kepada Pas, tapi lebih bersikap terbuka kepada semua bangsa.

Apa pun 'medium' ini nampak cantik kepada lebai- lebai yang mengidam jawatan besar dalam parti baru ini. Mereka pun pulun siang malam tungging terbalik untuk pastikan mereka dilantik menjadi 'ketua' kawasan tertentu. 

Apa yang dikesalkan ialah apabila terlantik sahaja, itu pun dengan mengenepikan pengerusi dan ketua asal yng menggerakan Amanah di peringkat awal,  lebai ini tidak mampu membangunkan Amanah kawasan kerana 'bermusuh' dengan orang2 sekeliling yang cuba memberi pandangan berbeza dalam sesuatu isu berbangkit. Bekas walauns ini masih tidak boleh raikan perbezaan pandangan dg rakan2 lain.

Setahun lebih Amanah sekarang, lebai yg kemudi Amanah kawasan bukan nak berkempen kerja bagi Amanah, tetapi lebih melobi nak jadi calon. Lebai ini dgn rasa tak malu mengwar-warkan dlm wasap grup bahawa 'dia' akan menjadi calon pru nanti di kawasan 'A' dan kononnya juga dijanjikan jawatan Exco kiranya 'menang' nanti!. Kah kah Kah.

Ini bukan bid'ah bro ! Ini betul terjadi. Sosok lebai ini riuh citer sana sini, pada hal belum ada apa-apa mesyuarat seketariat PH menentukan calon khusus nya di Kedah ini. Mesyuarat parti Amanah khusus bagi penentuan calon pun belum lagi bro ! Kahkah

Inilah yang dibimbangi oleh Mat Sabu agaknya. Mat Sabu pun dah kenal pasti orang2 macam ini. Kah Kah Kah.

Sosok begitu tidak pandai mencari 'dana' untuk parti, juga tidak 'smart' dalam komunikasi pelbagai hala terutama untuk mempengaruhi pengundi2 bukan Melayu kerana 'lemah' dalam berbahasa dan lagi penampilan ala 'lebai' dan walauns Pas masih melekat kuat pada sosok tsbt. Kemahiran lebai ber bahasa Inggeris begitu lemah untuk melancarkan hubungan dua hala dengan bukan Melayu menyebabkan sosok itu hanya mampu masuk ke kampung-kampung tertentu sahaja, itu pun belum mampu sepenuhnya mempengaruhi mereka.

Sosok ini ada yang tinggal di kawasan elit bandar. penampilan dan lagaknya persis lebai-lebai Pas yang memandu Estima dan Vellfire. Tidak salah nak pakai apa pun, tetapi sikap dan kelaku sosok ini banyak diperkatakan oleh ahli2 keliling yang melihat cara mereka dapatkan 'bajet'? Bagaimana mereka begitu mampu sedemikian? sedangkan di ketahui ada antara mereka 'tidak' berkerja tetap??. Sebab itu kita tidak hairan bila sosok begini war2 kan akan menjadi calon seterusnya jadi Exco ???. 

Bila terdengar ahli pertikai cara bercakap demkian cepat-cepat sosok ini kata, "ana melawak jer" Ini lah 'perangai' lama PA$ yang terkesan ujud dalam Amanah bro, dan itulah yang dibimbangi oleh Mat Sabu selaku Presiden parti.

Mat Sabu bimbang
perangai lama’ PAS menular dalam Amanah
Ini termasuk sikap yang meminggirkan hak agama lain, kata presiden Amanah.



PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui bimbang sekiranya “perangai lama” dari PAS yang pernah dianggotai sebahagian besar pimpinannya kembali menular di dalam Amanah.

Dan “perangai” yang dimaksudkannya ialah sikap feudalisme dan mengutamakan kepentingan umat Islam sehingga cenderung mengabaikan hak agama lain.

“Misalnya dalam pertembungan antara Ahok (Basuki Tjahaja Purnama) dan Anies Baswedan dalam pemilihan Gabenor Jakarta, masih ada yang berkata Anies perlu menang hanya kerana dia beragama Islam,” katanya sambil mengakui Anies merupakan tokoh yang hebat.

“Amanah tidak boleh menjadi parti yang statik, dan sentiasa perlu berkembang mengikut perkembangan semasa. Amanah tidak boleh mengulangi kesilapan rakan-rakan (gerakan Islam) yang lalu,” katanya dalam wawancara di pejabat FMT semalam.



Yakin kekal 

Mat Sabu berkata Amanah memiliki idealogi tersendiri dan tidak akan mudah mati dalam arus politik negara.

Ini kerana, katanya, parti yang kurang 2 tahun ditubuhkan itu mempunyai matlamat jangka panjang dan bukan ditubuhkan hanya untuk menang pilihan raya semata-mata.

“Pada masa tertentu, Amanah mungkin dalam keadaan lemah, ada masa kuat. Tetapi ini parti berasaskan idealogi, dia tidak akan mati.”

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekuatan sokongan akar umbi terhadap parti itu, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS selepas muktamar 2015 yang menyaksikan kebangkitan penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengembalikan agenda negara Islam.

Mat Sabu mengakui Amanah mungkin belum dapat menandingi kekuatan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga baru ditubuhkan, tetapi yakin ia adalah parti masa depan kerana kualiti keahliannya.

“Semakin ramai golongan intelektual yang menyertai Amanah. Ini kerana mereka yakin dengan masa depan parti,” katanya.

Beliau membandingkan partinya dengan Semangat 46, yang dianggapnya parti untuk “kepentingan semasa”.

Semangat 46 ditubuhkan pada 1988 oleh “team B” Umno yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah selepas tewas dalam pemilihan Umno. Parti itu juga gagal menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya 1990, dan prestasinya semakin memburuk pada PRU 1995, apabila ramai tokoh utamanya hilang kerusi.

Semangat 46 dibubarkan pada 1996 selepas kemasukan semula Razaleigh ke dalam Umno.

“Ia hanya berdasarkan kepentingan semasa. Walaupun Semangat 46 didokong ramai menteri dan tokoh seperti Ku Li dan (Tan Sri) Rais Yatim, ia tidak bertahan lama selepas gagal menang pilihan raya,” katanya. 

Gerakan Islam relevan 

Mat Sabu yang mempunyai pengalaman 3 dekad dalam PAS dan pernah menyandang jawatan timbalan presiden parti Islam itu, berkata Amanah bukan sahaja mahu membawa semangat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS yang dilihat mahu bekerjasama dengan parti ideologi lain, tetapi menjadi gerakan berasaskan Islam yang relevan dengan perkembangan dunia semasa.

“Kebanyakan parti dan gerakan berasaskan Islam lebih mementingkan hukum sehingga gagal mengutarakan nilai Islam – seperti prinsip keadilan kepada semua dan penolakan terhadap rasuah

“Kenapa kita mahu meninggalkan perjuangan ini kepada mereka yang digelar ‘kiri’ dan ‘liberal’?” soalnya..SUMBER .
 
Diary AMANAH




Ukhuwah TERBAIK ahli-ahli AMANAH. Ikhlas dan mesra. Beginilah yang perlu ada dalam pendekatan antara ahli dan...masyarakat setempat.







Bebaskan diri dari belenggu kleptokrat dan Lebai PA$Kah Kah kah 




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]