Mengapa AMANAH begitu penting sekarang ini? [VIDEO]

Bro n Sis !
Sejak Amanah lahir kurang lebih 3 bulan lalu, PAS terutamanya amat dilihat tertekan, menghoyan, mereben, manyau dan kelupurrrrr sakan hingga setiap hari ada saja kenyataan pimpinannya bagaikan dawai dan tali yang putus bro? Samada Pas yang lemah atau Umno yang terhakis keyakinan rakyat menyebabkan Umno hulur salam untuk kerojasama bro? Baca BACA SELANJUTNYA

Masa Pas nak 'kick' buang kumpulan profesional dulu, depa
kata nak bersihkan puak sekular dari dalam PAS kononnya supaya senang Pas tu hanya olarmak saja yang 'dominate' ? Lepas tu depa main mata main cinta 3 segi dgn Umno dgn Perkasa bro ! Tidak ada sekular ke kat dalam tu? Kah kah kah
Dah habih pandai, depa Pas pi cari bapa segala sekular, bapa segala pluralisma, pragmatisma, hingga Pas laa nie naik selesma? bukan takat tu saja bro..yg depa pi dakap tu bapa segala bapa dalam skandalisma, selewengisma, ketirisma, lebongisma and many more bro !
Kasiannnnnnnn PAS, 
depa pun ejas macam2 nak bagi lulus jarum nak masuk kelendan bro !
sempit2 kelendan pun, busuk2 kelendan pun, depa terkam juga bro ! 
maruah PAS dah jadi ayaq acaq bro ! nak jurus pokok pun, boleh mampoih pokok tu bro...

Kah kah kah

Kali ini anda lihat sendiri pandangan dan komentar dari Naib Ketua (politik) Pemuda Amanah Nasional tentang perkembangan Amanah yang dikira begitu penting sekarang untuk suatu kelangsungan politik tanah air bersama DAP dan PKR sebagai suatu 'pact' suatu pakatan baru menuju Putrajaya. 


PAS dah mula mereput, mula terdesak? Pas memang cukup terdesak hingga sampai kena tekan suis 'SOS'  selamatkan nyawa kami, kerana PH sudah tidak lagi hiraukan Pas dan segala Pascainya yang terkejut dengan kerjasama erat, teguh, mantop dengan Umno? Orang Umno hanya sekerat dua saja yang bagi respons pasal kerojasama nie, umpamanya Asyraf Wajdi dan Harussani yang dikesan begitu galak dengan kerjasama ini...lain2 orang Umno tak nampak sangat ambik pot pasai kerjasama ini, mungkin mereka anggap kerjasama ini lebih kepasda dyok Pas sendiri saja bro ? Kerjasama nie pun hanya dianggap macam kerojasama plastik jer bro? Kah Kah Kah


Manakala TITM, mula ejas, mula kipas lipas balik bro kononnya Tok Sidang berjiwa besar? (Sepentas dengan Najib tanda Hadi berjiwa besar, kata timbalan presiden PAS) Kah Kah Kah


Perkas pula dok seronok kata agenda perpaduan Umno-Pas ini sebagai perkembangan positif untuk Islam (Agenda perpaduan Umno, PAS perkembangan positif untuk Islam, kata Ibrahim Ali)?


Sana kipas sini kipas, mau hilangkan panas ke bro? Di sinilah Amanah perlu bergerak memainkan peranan di kala saingan mereka kian mereput bro ! suatu peluang yang dilihat baik sekali untuk imarahkan keinginan menggapai Putrajaya.


Mengapa AMANAH begitu penting?

December 14, 2015
AMANAH memainkan peranan sebagai jambatan bagi menghubungkan paradigma yang berbeza antara penduduk di bandar dan kampung.


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/Pakatan-Harapan.jpg



Oleh Shazni Munir Mohd Ithnin

Umum melihat Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai rejuvenasi atau proses meremajakan semula politik Islam dalam ruang demokrasi moden. Beban yang dipikul AMANAH pastinya bukan calang-calang anak rentetan kecamuk ekstrimisme yang sedang melanda dunia. ISIS bukan satu-satunya contoh. Spesis seperti Donald Trumph yang semakin membiak menjelaskan bahawa sikap ekstrim ini boleh menimpa sesiapa sahaja tidak mengira agama atau latar belakang kepercayaan.

Mendakwa sebagai sebuah parti Islam berwajah demokrat dan lebih terbuka, AMANAH pastinya mengundang pengharapan yang tinggi bagi penduduk bandar dan pinggir bandar yang lebih selesa melihat parti bernuansa agama berjuang dalam kerangka lebih terbuka dan menyeluruh. Rata-rata rakyat dalam konstituen ini merupakan golongan independen dan kritikal. Mereka lebih cenderung melihat perjuangan menuntut tatekelola yang baik (good governance), tidak rasuah, telus dalam pentadbiran dan bukti-bukti kejayaan daripada retorik politik sebagai elemen Islamik yang wajar ada pada sebuah parti Islam.

Di sisi yang lain, tempat-tempat yang bakal ditandingi AMANAH dalam pilihanraya umum akan datang sebahagian besarnya merupakan kawasan kampung dan pedalaman. Kebanyakannya masih melihat politik sebagai institusi kebajikan yang boleh membantu kehidupan mereka sehari-hari. Politik kebergantungan yang disuburkan UMNO telah tertancap kemas di minda. Mereka mungkin tidak terlalu memandang isu rasuah, penyelewengan kuasa dan kezaliman politik itu sebagai faktor yang boleh mempengaruhi pemberian undi meski mereka mengakui bahawa perbuatan-perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang buruk dan dilarang agama. Di sinilah duduknya dilema AMANAH sebagai sebuah parti Islam generasi baru.

AMANAH mahu kekal dilihat sebagai parti Islam yang mampu dipercayai oleh masyarakat madani sebagai berkemampuan tinggi untuk mentadbir negara. Justeru penting untuk AMANAH mengangkat kecemerlangan prestasi ‘dutanya’ di Parlimen, DUN, Majlis-Majlis Perbandaran/Daerah, JKKK, Ketua Kampung dan lain-lain agensi di negeri yang ditadbir koalisi Pakatan Harapan. Jika AMANAH mampu membuktikan prestasi pimpinan-pimpinan di setiap peringkat ini, maka kepercayaan dan sokongan warga bandar dan pinggir bandar pada AMANAH pastinya merupakan hal yang tidak lagi perlu digusarkan.

Namun demikian, kecemerlangan prestasi di setiap peringkat itu belum tentu dilihat penting untuk memperoleh undi di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang akan ditandingi AMANAH kelak. AMANAH pastinya tidak akan mampu menandingi UMNO jika politik kebajikan berorientasikan wang dijadikan kayu ukur dalam perlumbaan politik. Kalau pun AMANAH cuba untuk ‘mengejar’ UMNO dalam permainan kebajikan ini, parti itu akan tetap tertinggal kerana kemampuan kewangan UMNO ternyata sangat kukuh, tambahan pula setelah menerima ‘derma pak Arab’ berjumlah RM2.6 billion yang telah pun diakui presidennya.

Pendek kata, jika AMANAH mampu membuktikan prestasinya melalui praktis agama yang holistik dalam kerangka pentadbiran, penduduk bandar dan pinggir bandar boleh sahaja memberikan keyakinan yang lebih kepada AMANAH, namun keadaan ini belum tentu menjamin untuk AMANAH menang di kawasan-kawasan kampung dan luar bandar jika rentak UMNO (politik kebergantungan) masih mendominasi politik setempat.

Maka dalam konteks ini, penting untuk AMANAH memainkan peranan sebagai jambatan bagi menghubungkan paradigma yang berbeza antara penduduk di bandar-bandar dan kampung-kampung. Model ‘islamik’ menurut kefahaman kedua-dua konstituen ini perlu diselaraskan demi maslahat kenegaraan yang lebih besar. Mekanisme unik perlu ditelusur AMANAH agar seluruh penduduk Malaysia khususnya di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman melihat tatakelola yang baik seperti amanah dan tidak rasuah, adil, telus, tidak menyeleweng, mampu merangka dan melaksanakan model ekonomi terbaik serta elemen-elemen lain itu sebagai juzuk penting yang disuruh agama.

Untuk jangka masa panjang, jika AMANAH tidak memainkan peranan sebagai jambatan penghubung kepada kedua-dua kelompok ini, konflik bandar-luar bandar (urban-rural conflict) mampu memburukkan keadaan negara yang telah sedia parah dihambat konflik perkauman. Ketidakselarasan pemikiran ini juga perlu ditangani dalam hal-hal kebebasan yang menjadi wacana penting warga bandar agar tidak dilihat penduduk kampung dan pedalaman sebagai ‘musuh agama’ yang boleh diambil kesempatan oleh pemain-pemain politik garis keras.

Negara tidak akan stabil jika pemimpin yang dipilih penduduk-penduduk bandar dan pinggir bandar adalah pemimpin-pemimpin yang berorientasikan kenegaraan namun penduduk kampung dan pedalaman pula – jika masih kekal dengan politik kebergantungan – memilih pemimpin yang ‘lebih banyak memberi’.

AMANAH perlu memanfaatkan kepercayaan warga bandar pada dirinya (setelah prestasinya terbukti) untuk meyakinkan penduduk luar bandar betapa memberikan undi kepadanya penting demi menyelamatkan negara.

Strategi terbaik perlu diteliti agar prestasinya di Parlimen, DUN, Majlis-Majlis Perbandaran/Daerah dan lain-lain agensi ini dilihat penting oleh penduduk kampung dan pedalaman jika serius mahu ke Putrajaya. Soalnya kini, adakah program-program AMANAH di kampung-kampung dan pedalaman hari ini telah cukup untuk AMANAH dilihat penting dan bermakna bagi mereka? Adakah aktiviti-aktiviti AMANAH di kawasan tersebut telah cukup untuk mereka berani keluar daripada politik kebergantungan? Kita tidak tahu. Mungkin ya atau mungkin tidak.

Menjadi jambatan antara kedua-dua kelompok masyarakat yang berbeza kutub pemikiran ini pastinya tidak akan membuahkan kemenangan dalam sekelip mata. AMANAH mungkin perlu meletakkan sasaran yang realistik untuk menang di kesemua kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi nanti secara berperingkat-peringkat dalam beberapa pilihanraya umum akan datang. Sungguh pun demikian, sekiranya AMANAH telah bergerak menjadi jambatan penghubung itu, AMANAH secara beraninya telah mula berusaha menyelamatkan negara dalam dimensi lain yang lebih unik

Shazni Munir Mohd Ithnin merupakan Naib Ketua (Politik) Pemuda AMANAH Nasional. Gemar ‘berkicau’ di laman sosial twitter @shazni_munir

 Sumber - F M T



******************

Mengapa 
Amanah Penting?

Dialog 1

Pentingnya Amanah dalam persada politik mutakhir ini begitu dinanti dan dialu-alukan bro ! rata-rata bersiul, bercakap pasai Amanah, ada yg segan-segan, ada yang berani semberani, ada yg tanya borang, ada yang perli-perli kawan bila 'dia' Pas cukup totok? 
Hang belah mana laa nie?, tanya sorang kawan lepas selesai solat Asar di sebuah mesjid baru nie bro?
Aku tau hang Amanah? 
Mana hang tau? kita baru jumpa saja w.pun kawan lama.
Aku peghiyat (agak) saja...awat? hang tok nujum ke? 
Dia renggah gelak bila kami berborak luar mesjid...aku pun harum manis juga, kata kawan aku tu. ... jadi hang tak serius lagi laa bro, kata aku. ... apasal hang kata lagu tu? 
Harum manis nis nie wangi bro ! tapi kulit hang masih dok ijau lagi? dia tutuh renggah bagai nak rak bro ! ya laa kulit saja hijau, tapi isi dah oren bro, sambung kawan tu. Kah kah kah

Kenapa Pantau
Kerjasama Pas-Umno?

Presiden MIC S Subramaniam berkata beliau tidak menentang kerjasama Umno-PAS selagi tidak menjejaskan perhubungan dengan parti komponen BN yang lain. “Ini penting. “Kita tidak menentang sebarang kerjasama pilihan raya ada kedua-dua parti itu,” kata anggota parlimen Segamat itu kepada media di Kepong hari ini. Beliau juga berkata, buat masa ini, MIC masih memantau keadaan. Ditanya sama ada kerjasama itu akan menguntungkan MIC, Subramaniam berkata perkara itu memerlukan penelitian terlebih dahulu. Isu kerjasama itu bersemarak semula selepas kedua-dua presiden parti itu ,Baca MIC Pantau Kerjasama UMNO-PAS (MIC tidak tentang kerjasama Umno-PAS, kataS.Subramaniam) - Selalunya kalo keluar statement macam nie, ada laa yang tak kena tentang 'sumbang sumbing' hubungan ini bro? Di sinilah pentingnya Amanah tu bro, ia dapat imbangkan kepercayaan massa melebihi kepercayaan yang sudah luntur terhadap Pas yang begitu teruja dengan Umno, hanya snya kerana Umno tu dilihat memegang tampuk dan teraju utama politik dan kerajaan? tidak lebih dari itu bro? coba Umno itu berada di tempat lain seperti pembangkang misalnya? Sebelah mata pun Pas tak akan pandang bro ? kah Kah Kah


Perkasa
dan keyakinan mereka

Perkasa pun melalui ketuanya, Ibrahim Ali pun menolak kerjasama Pas-Umno untuk suatu jangka panjang bro (PERKASA - Kerjasama UMNO - PAS Adalah Mustahil) Kata Brahim hubungan itu memang sukar jadi kenyataan? kenapa ya? cer hangpa baca pautan tu..mustahil kata Berahim bro ! Kah kah Kah

Lepas tu, SU Pas dan Bekas SU Pas dok tak dok pi attend Persidangan Perkasa ! Ini boleh masuk sejarah bro? Hari tu, Tok Sidang punya baguih dok rangkul merangkul dengan Perkasa? Kah kah Kah...
Dah sighuuuu Pas nie bro ! Bila dok rasa tak ada sapa buloq nak berkawan dengan spesis ini yang tak berprinsip? rasa macam jadi kera kongkang? ada laa tara orang karam kapal bro, apa yang sempat dia paut, dia paut bro ! hatta ketoi garam sekali pun? lepas tu pelan2 hanyut tenggelam? Kah Kah Kah

Pas asalnya keluar dari gabungan Umno sejak ditubuhkan tahun2 awalnya, hanya kerana tidak ada keserasian dalam perjuangan keduanya, satu nasionalis dan satu lagi Islam ! sekarang apa pun boleh bagi Pas. Sebab itu sekarang ini Amanah yang mempunyai Citra Islam dalam perjuangan adalah cukup penting untuk terus mara dan maju ke depan dengan 'recipes' yang 'hot and spicy' bro ! panas dan pedas ! Sentiasa panas sengan isu2 semasa dan memang pedas jika tak tahan dengan rempah ratusnya dari dalam dan luar !Kah Kah Kah 

Macamana laa Pas teruja dan teringin dengan Perkasa tu bro? Kalo orang yang 'senta' akai dia, tak akan mudah pi 'serah diri' kat Perkasa nie? Aduyaiii Pas, sudah hilang malukah, sudah hilang mujur ke? Dah tak laku ke PAS tu bro? Kah Kah Kah 

Tok Yim nie laa dulunya menyeksa PAS bila menang kerusi P'limen Pasir Mas dengan menjadi wakil bebas yang cenderung, yang dok kipas Umno siang malam...tup - tup Perkasa pun lahir bro ! Kah Kah Kah
Dulu Pas kena tipu kena zalim? Laa nie okey semua bro..Umno bukan musuh lagi, Pakatan Harapan jadi musuh bersama Umno-Pas sekarang ini...Kesian kat pencinta sebenar Pas, Mereka pimpinan Pas sekarang ini umpama 'pagar yang makan tanaman sendiri' tak boleh nak harap langsunggggggggggggggggg....Kah kah kah


MCA 
pula gelabah bro !

Amanah kian penting bro, kemelut rakan2 lama Umno yang dah terpasak terpasuk begitu lama dengan umno, sekarang ini mula pakat riuh rendah bila Umno jalinkan kerjasama dengan Pas secara 'rasmi' baru2 ini? MCA rakan akrab Umno dilihat begitu gelabah bro? Depa cukup bimbang kalo PAS betul2 'join' BN bro ! tetapi yang syoknya, MCA pi dok hamput kat DAP? Ha ha ha...lain makan nagka, lain bergetah bro ? Kebimbangan MCA terhadap kerjasama Umno-PAS ialah masyarakat Cina tidak lagi mahu menyokong MCA tetapi ramai Cina dok sokong DAP?cer baca di malaysiadateline.com...kan ke ini satu kredit terbaik bagi Amanah? Kah Kah Kah



News Feed

ANAK DARA BERTUNANG DENGAN DUA ORANG DUDA SERENTAK
Saya pernah cuba cucuk angin DAP dan Amanah supaya memberi kata dua kepada PKR samada mahu kekal dalam Pakatan Harapan atau terus nak geli-geli dengan PAS.... Mana boleh satu orang anak dara mahu bertunang dengan dua orang lelaki serentak, tak boleh...! Mesti pilih salah satu....Bila dapat tahu ada desakan supaya putuskan hubungan dengan PAS, PKR makin buat-buat sayang kepada PAS, bukan setakat geli-geli lagi dah, tapi main ramas-ramas dan gigit-gigit terus.Akhirnya, PAS pulak yang beri kata dua kepada PKR samada nak pilih Amanah atau pilih PAS.... bluekkk..!PKR pula, padan sibuk cerita kat orang kononnya susah jadi orang tengah..... laaa, siapalah yang gatal bijik pergi lantik PKR jadi orang tengah tu...? Atau aci main lantik diri sendiri...?Ibaratnya, PKR macam anak dara yang masih punya dara..... Tapi, Hadi meminang pun dia terima, pinangan Mat pun dia terima.... Dia bertunang dengan dua orang.... Alasannya, melantik diri sendiri jadi orang tengah untuk menyatukan Hadi dan Mat..... Apa kesudahannya nanti bila tiba waktu menikah...? Tak tahu...!Begitulah PKR sekarang.... dengan muka selamba saja nak kerjasama dengan PAS tapi dengan muka yang tidak berkedut langsung bagitahu pula tak nak keluar dari Pakatan Harapan..... Kalau tanya, nanti bila tiba pilihanraya macam mana...? Tak tahu...!Kadang-kadang timbul pertanyaan dalam hati, dengan penuh kesopanan dan kesusilaan serta keluhuran perlembagaan saya tertanya-tanya, PKR fikir mereka itu siapa, sebenarnya...?Adakah PKR merasakan mereka adalah 'abang long' dalam Pakatan Harapan manakala DAP dan Amanah berada di bawah tangan PKR....? Apakah PKR merasakan mereka parti yang paling berpengaruh dan berkuasa membuat apa saja keputusan tanpa perlu mempedulikan penerimaan atau reaksi DAP dan Amanah....?PKR fikir mereka itu siapa, sebenarnya...? DS Wan Azizah diberi penghormatan untuk mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dulu, atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang di parlimen, bukan kerana dia presiden PKR semata-mata.... Orang PKR janganlah ingat PH itu mereka punya dan Amanah serta DAP hanya menumpang saja.Rakyat nak tengok parti yang punya prinsip....




Yang MengiPAS


SHAH ALAM - Kerjasama Pas dan Umno bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, semua parti politik berhak untuk berlumba mengotakan janji mereka.
Bagaimanapun, yang berhak mengadili dan menghukum keikhlasan dan ‘perlumbaan’ parti-parti politik itu hanyalah rakyat.

“Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat..(Kerjasama Pas, Umno wujud persaingan sihat) (Pas Pahang anggap Hadi ingin beri nasihat kepada PM)


**********

Kalo dah gian sangat, dah kemaruk sangat ? apa pun semua nampak cantik, mulus, dan entah apa2 lagi bro? sedap juga pascai dan walaaunn dok tumpang ejas bro? Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat..Kah Kah Kah...memang kiPAS ini 'jenama' terkenal bro ! dulu hudud pun 'ikhlas' juga? cuma kesungguhan depa Pas sendiri 'pocikkk' bro? Keberanian bertinsak? berani hapenya pascai dok melutut macam tu? semua baik tidak ada yang tidak baik pada Umno tu bagi Pas? Baikkkk ? Baik ada makna tu? Kerjasama Pas-Umno ujud persaingan sihat kononn? sedap gak depa dok mengipas bro? Awat dulu tak sehat ke? kurus kering tak makan ke? tak cukup pitih nak belanja makan ke? Laa nie sehat? pasai dah jadi 'punaisehat' ke? Kah Kah kah

Kipas 2
Ini pun 'branded' punya kiPAS bro ! Tegur berdepan? penasihat ler katakan ! Mungkin Tok Sidang Pas tegur pasai Anwar dok dalam lama sangat kot bro? Mungkin 'dia' tegur pasai macam2 kos yang bebankan rakyat agaknya? kos elektrik yg kian mencanak nak naik nanti? atawa pasai kenaikan tol agaknya? tidak pun pasai segala macam pembaziran yg berlaku, ketirisan dan seumpamanya, pasai rasuah yg tak nampak kian kendur? Kah Kah Kah

Kalo nak habaq tegur berdepan pun? biaq laa habaq sekali apa yg Tok Sidang tegur tu? Jangan laa dok karau ayat macam nie? orang bawah tak tahu sangat? bila kita kata tegur berdepan? habaq laa sama apa yg ditegurnya? tak ada laa kita pakat dok sangsi bro! kalo nak kiPAS pun? jangan tekan sampai limit tiga bro? Kah Kah kah..



PAS yang lama pun
Belum pernah rasa manis di S'wak !

Kalo sendiri tak pernah menang di sana di S'wak tu, jangan laa habaq kata 'rambutan' tu masam bro ! pasai takm mampu nak kait buah yang manis tu? jangan laa dok 'underate'Amanah pula? Amanah bukan macam PAS, Pas cakap saja kencang..kerja tak reti nak buat ! Amanah sampai sekarang baru 3-4 bulan bro? tapi dah 120 cawangan lebih dah diwujudkan saentero Malaysia..jangan hangpa buat tak paham beb ! Sendiri tak mampu?jangan bilang Amanah pun sama macam hangpa? Kah Kah Kah


Yang sebenarnya, PAS (PAS kurang pengaruh di Sarawak, kata presiden PKR) itu yang disuarakan oleh DSWAWI Ketika menegaskan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PAS kurang pengaruh di negeri bumi kenyalang itu.
"Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia)," katanya selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Harapan hari ini.

Ketika ditanya mengenai kerjasama PKR dengan PAS dan Amanah, Azizah tidak menjawab secara khusus sebaliknya berkata pengaruh PAS kurang di Sarawak.
Kenyataan Wan Azizah memberikan isyarat kerjasama yang semakin longgar antara PKR dengan PAS. Namun beliau bagaimanapun berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi di Sarawak masih belum dibincangkan
"Kita belum bincang mengenai pembahagian kerusi tetapi Pakatan Harapan akan saling membantu dalam PRN nanti," katanya..Malaysia Dateline
NOTA TAPAK KAKI:
SEMASA KONGRES PKR KELMARIN, KEPIMPINAN PKR MENYERU AGAR KERJASAMA DIKALANGAN PEMBANGKANG DIPERKUKUHKAN SEHINGGAKAN DAP DAN AMANAH TURUT DIBIDAS AGAR TIDAK TERUS BERSENGKETA DENGAN PAS.
NAMUN APA YANG BERLAKU KEPIMPINAN PAS LAH SENTIASA MENIMBULKAN PERBALAHAN DIKALANGAN PEMBANGKANG.
PS: KAK LONG DENGAN ABANG LONG TAK BERANI KETEGUR ATAU NASIHATKAN PAS??

Khalid Samad: Kita Mesti Perjuangkan Melayu, Akhirnya IPP Jual Kepada China
Published on Dec 8, 2015Ceramah Perdana Pakatan Harapan Setiawangsa, Kuala Lumpur 05/12/2015..mediarakyat



Kalau depa ada teloq larr.Kankankan.
Dgn DHM pon dah tercirit.Ekekeke

“Mereka (PAS) gagal memahami jalur pemikiran ekstrem yang berpunca daripada perspektif ideologikal,” tegas Mujahid.
Jelas bekas timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang itu lagi laporan polis tersebut seolah-olah mengisyaratkan PAS negeri tidak bersedia bersama masyarakat antarabangsa untuk memerangi keganasan.Justeru, Mujahid mengajak PAS Pulau Pinang berdebat dengannya - jika berani - dan bersama rakyat menentang esktremisme.
MEMALUKAN SEBAGAI PARTI YG USIA 6 DEKAD JIKA CABARAN INI TIDAK DISAHUT!

http://www.malaysiakini.com/news/322568


Beza 
PAS - AMANAH sekarang ini



Selongkar Sejarah
Celaru Haghu Bighu

Tiada Istiqamah...Bukan sampai 50 tahun pun dari ucapan2 mereka sebegini? Sekarang Umno sudah didakap mesra, dipujuk2 ku bawa bersama !
Kah kah Kah



Sepentas  Disember 2015 
Bila ini berlaku?Amanah kian laku kian dipacu menuju harapan yang kian bersinar




Suka sangat dapat jumpa abang Usin ikan kelah...... dari jauh dia dah nyanyi : ~merpatii dua seejolii.... terbang duua seekawan.... di manaa maatahari... di situ juaa bulan....~~

Mujur saya tak sambung lagu : ~berbaju meraah jambu, berkain songkeet biru... dengan seenyum keetawa, bila tiiba haari raya..~

Pengenalan.... yang berdiri pakai baju warna oren itu ialah Abang Usin.... Kameel Abuya baju belang sedang bercakap dengan Rostan Mohd Adongyang pakai kopiah tinggi..... Dr Hatta Ramli sedang layan whatsapp..... yang hujung sekali muka macam cina tu ialah Hafiz Chai, bendahari Amanah parlimen Bentong... eh, memang dia cina pun..

Abe Awang sedang bercerita dengan Belang Tarung yang berkepala botak.... di sebelah Abe Awang ialah Sohaimi Ali.
 




Pakar U-Turn ?

Tokoh pujaan Zainuddin Muhamad la ni.



6 hrs 
 He he He 

Sanjata makan 'tuan' ke hapa nie?
Kah Kah Kah



Comments


  1. Sapekah Yg Mem-BERI...NAFAS Percuma?
    Sapekah Yg Mem-BERI...NYAWA Dan Mata??
    Sifat Mem-BERI...Adalah AMANAH Yg"ESA
    Kudus dan LURUS...Terang Ber CAHAYA
    Bukannya Men CURI...Di Gelap GELITA
    Tunggang TERBALIK...Murtad lah Padahnya!



    AR-RAHMAN Itu....Kaseh Mem-BERI
    AR-RAHIM Itu...Penyayang Yg ABADI
    RAHMAN dan RAHIM...Universal Azali
    Se Indah7-AMANAH...CINTA yg Sejati
    Tak Wujud FITNAH...Songlap Men CURI
    PONTENG Khianat...Memungkiri JANJI
    Semutlak7-AMANAH...INTEGRITY Tertinggi
    SELFLESS...Tak Skelumit pun Mementingkan DIRI
    SELFLESS...Skudus7-AMANAH"NYA...Bertakhta Di Hati
    Menjadi RAHMAT...Di Langit dan Di Bumi





    AMANAH Itu...Sangat-Sangat Di TAKUTI
    Oleh Si Pem FITNAH...Penyamun Pen CURI
    AMANAH Itu...Amat-Amat Di GERUNI
    Kerana Menyuloh...Si MURTAD Yg Keji
    Dapat Menerangi...SYIRIK Yg Tersembunyi
    TERANG dan Nyata...Tak Dapat Nak LARI







    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    AMANAH Mem-BERI...AMANAH-Nya-TUHAN
    QURAN Di Turunkan...Menerangi KEGELAPAN
    Nabi2 Di Utus...Mnjd Suri TAULADAN
    Menjunjung-AMANAH...Santun Budiman
    FITRAH Syurgawi...Indah Begemerlapan
    Indahnya Martabat...Se Mulia2 INSAN

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?