Adegan Menjolok Mata - PAS dalam 'Movie of De Week' [Video]

Kumpulan yang menubuhkan Amanah telah dituduh 'pengkhianat' . Satu tuduhan yang cukup menjolok mata sebenarnya dari PAS ? Tetapi bila PAS pergi peluk UMNO, lepas tu pergi peluk dakap Perkasa? tak pula dia Pas rasa depa 'khianat' kepada perjuangan PAS itu sendiri? Kah Kah Kah

Memang Pas dah betul2 'bangsat' bro ! mana tak bangsat? sejak Amanah diproklamirkan dan mencapai kemajuan melebihi sasaran awal sehingga dalam usia tiga hingga empat bulan sahaja sejak menjadi sebuah parti yang sah di sisi undang2, Amanah telah berjaya membuka lebih dari 120 cawangan di serata tempat di Semenanjung bro ! itu yang PAS seropa jadi kelamkabut dan haghu bighu sehingga mereka kian terbelit dan terus melilit bersama Umno..sikit2 Umno, sikit2 Umno, Umno dah berubah, kita sedia maafkan dosa2 silam Umno? Kah Kah Kah 


Mujahid Yusuf Rawa dalam program Amanah kat Melaka baru nie menjawab balik tuduhan 'pengkhianat' yang dilemparkan Hadi kepada kumpulan Amanah. Pas telah khianat perjuangan rakyat kata Mujahid.bukan kejip2 mata, tapi dah bercumbu2an dgn Umno..kita nak tukar kerajaan tetapi sikap mereka yang mensebatikan dengan Umno? tak kira khianat ke? kah kah kah


Tok Sidang teruja dengan isu perpaduan melayu? Dah lupa ke? Islam itu melangkaui isu2 bangsa dan kaum? bukan soal melayu sangat yang depa nak 'bermain2' dengan Umno tu..kalau Pas sambut 'gagasan' Umno dan Perkasa (UP) ertinya Pas sama senada seirama dengan UP tu? Sekejap kata bukan nak bergabung? hanya kerjasama? Bukan kerjasama tapi bergabung pun bukan? Cakap apa nie? Bila PAS dah lemas..semua dia nak ramas bro ? cakap pun dah macam HamPas ! Macam-macam depa dok ejas..Kah Kah Kah


Amanah pula, menurut satu kajian terbaru akan dapat 11 kerusi sekurang2nya (Amanah akan dapat 11 kerusi di DUN Kelantan dalam PRU-14, kata kajian) di DUN Kelantan padaPRU akan datang ? Lagi sakit laa kepala segala Pascaidan Walaaunn bro ? Kah Kah Kah

Rakyat Pilih PAS 
BUKAN untuk BERCUMBU Dgn UMNO




   
YB Dr Mujahid Jawab Tuduhan "Pengkhianat"Published on Dec 21, 2015
Ceramah YB Datuk Dr. Mujahid di Sebatu Merlimau Melaka..Syed Qutb 

Mujahid Jawab Dakwaan "Pengkhianat" ...
Ceramah sulong parti AMANAH bersempena dengan pelancaran penubuhan jawatan penaja DUN Sungai Rambai pada malam tadi penuh sesak dan orangramai tidak berganjak dari awal sehinggalah Dr.Mujahid tamat menyampaikan ceramahnya.
Mujahid menekankan bahawa beliau dan rakan-rakannya dipilih oleh rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat dan (menentang) pemimpin yang memijak dan menindas rakyat. Mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat diamanahkan oleh rakyat untuk membawa suara mereka ke parlimen untuk melawan kerajaan yang zalim. 
"Apakah saya pengkhianat jika saya melihat parti lama saya sudah tidak ada lagi kekuatan (memegang amanah rakyat) itu, parti lama saya bukan setakat kkenyit-kenyit mata, bercumbu-cumbuan ... maka saya kata ..nasib baiklah saya keluar dahulu..." ujarnya. 
Beliau turut menegaskan sokongan 52% rakyat kepada PR di dalam PRU13 dahulu bukan untuk mereka yang dipilih bermesra-mesra dengan kerajaan yang rasuah tetapi 52% rakyat memilih mereka bukan sekadar untuk menentang mereka malah menukar kerajaan kepada kerajaan yang membela rakyat..
Di majlis berkenaan Mujahid turut menyerahkan panji-panji AMANAH kepada wakil-wakil DUN di parlimen Jasin.
Pada sebelah paginya, pihak penganjur telah mengadakan satu program "Back-to-School" dengan memberi sumbangan kepada lebih 50 orang para pelajar dengan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada keluarga yang kurang mampu.


Wajib Tonton
Movie of De Week


Hatta Ramli: Najib Ialah Seorang Perdana Menteri Yang Paling Lemah, Najib Terpaksa Mencari KawanPublished on Dec 21, 2015Prima Selayang, Selangor 17/12/2015 - mediarakyat 


Gara-Gara 
Nak K.Sama @ nak Gabung?


Pas Perak bergolak lagi...

Ini keluhan Khalilul Rahman, Setiausaha Kerja PAS Perak bro !Orang cerdik macam Khalilul ini mengeluh dgn perangai PAS laa nie..Beliau terus letak jawatan dan menulis keluhan beliau di atas tu...Cuma yang tak cerdik dan tak der jawatan saja yg dok tongkat Pas-Umnuuu lagi...walaaunnnnnnnnn laa katakan...Kah Kah Kah


MAAF?
Senang Sungguh depa maaf bro?



Senang sungguh depa maafkan Umno bro Nak tanya sikit bro !Amno pernahkah minta maaf  kat PAS sejak peristiwa memali dan lain2 peristiwa yang 'melukakan'? pejuang2 PAS bro? Mamat SUA Pas baru nie masa tu kat mana? Masih kat MU ke? Kah Kah Kah



Pas Sedia Maaf, Lupakan Kesalahan Umno
Published on Dec 20, 2015
Setiausaha agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.Beliau berkata demikian pada mesyuarat agung tahunan Perkasa ke-6 di Kuala Lumpur, hari ini...Sinar TV 




Maaf?
Tidak akan maaf?
Macam2 dok ada !!





*****
Betul ke tak akan maafkan? nanti lawan SUAP(Setiausaha Agung PAS) pulak ? Rasanya yang tu juga laa yang Tok Sidang mahu? Tidak tak kan SUAP berani keluarkan 'statement' macam tu? Kah Kah Kah

Orang tengah mabuk cinta bro 
PAS yang terhegeh kat UMNO atawa Umno yang terkinja kat PAS?
Bagi aku laa...rasa macam ada 'hidden agenda' dalam kemelut cintan cintun nie? cuba baca (Hat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas) Kah Kah Kah
Pas mungkin 'dilupakan' terus oleh penggiat gerakan Islam yang ikhlas dan yang mahukan Umno terpinggir terus? Mana satu? Pas akan jadi 'telur kemurok' bro bila adegan ini adegan menjolok mata ini sedang berjalan..Bila Pas nanti ditakdirkan kalah teruk pada PRU 14, Umno akan biarkan Pas terkapai2 kesejukan sendiri, tak akan ada 'pelampong' untuk selamatkan Pas lagi? itu pun kiranya Umno kembali berkuasa cemerlang? pada masa itu jangan harap Pas akan 'diselamatkan' oleh Umno ! Jadilah PAS umpama 'telur kemurok' yang kiranya pecah? akan mengeluarkan busuk yang merengit2 bro? Kah Kah Kah

Ada orang PAS menuduh Umno hadapi krisis dalaman yang teruk dan serius ? Kah Kah Kah - Macam laa Pas tak ada krisis dalaman? Nie laa perasan namanya?

Pas syok bebenor kat Umno? Tang mana laa indahnya Umno di mata PAS? Bila dah syok, start laa depa main dalam terang bro? dulu malu2, main pun dalam gelap? Salah silap besar Gunung Jerai pun depa hazaf, depa delete, depa padam macam tak bersaja saja bro ! maklumlah orang tengah 'mabuk kepayang' tengok bayang Umnu pun dah kenyang..sepa telan juga walaupun mabuk? nak dibuang ? depa sayang bro? Kah Kah Kah

Lagi cepat hangpa padu-padu lagi 'best' bro ! Ramai redho kalau PAS nak buat macam tu...Nak 'honeymoon' kat mana bro? Pulau Kazambou? Tapi ramai akan kenuri 'pisang' bro..Kah Kah Kah

AKAR UMBI PAS 
BUKAN Tolak Umno bro
AKAR Umbi akan Tolak PAS 
- Bersedialah  !!

Hang silap bro!Bila Pas dan terang2an main-main 'cinta cintun' dgn UmnoNampak tersangatlah sumbang sumbing ? Tak cukup dengan UMNO?Hangpa terkam PERKASA pula..bukan main gumbira Braheng tu bro ?Lepas tu dok habaq kata akar umbi akan TOLAK Umno? Apasal UMNO?Orang PAS dulu2 memang tolak UMNO bro Tapi bila dah hangpa dok pi kautim baguih punya dengan UMNO?Akar umbi akan tolak sekali dengan hangpa dengan Umno sekali ?Bersedialah bro ! Pas dah tak ketahuan hala lagi laa nie? 
Kah Kah Kah


Ada ubi ada batas



Pulang paku buah keras?Ada ubi ada batas..dulu hari engkau kilas?Ini hari aku balas...Amacam bro ? kah kah kahBACA ARTIKEL PENUH


Kipas Lipas

Berguling2 tgk lawak ostard nihh..

Adoiii pening arr.





Jangan mudah termakan umpan puak2 nie bro !hari lain cakap macam lain? (atas- Abdul Hadi Bercakap Dengan Prinsip)Hari nie cakap macam nie???? (Kalau teringin nak gabung, tinggalkan Pas)Merapu bana apa nie?
Kah Kah Kah
Akhirkalam

APA yang benda BAIK tu?
Cakap2 menjolok mata, gatal telinga..

www.sinarharian.com.my
Sekejap kata tak ada kerjasama? sekejap kata tak akan bergabung?
Apa laa walaunnn dok merepet nie bro ? Tak habaq pun orang dah hadham dah ! Gatai telinga macam nie bro, menjolok mata, padan pun Husam dulu kata, tak skool (
 Tak Sekolah..) punya olang?
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama Pas, Umno wujud persaingan sihat] Baca lagi di
www.sinarharian.com.my

Ma'assalamah
Anak Musa dah terasa

Bila dah kawin macam nie? anak buah ramai tak restu? macamana nak dapat kebaikan bro anak buah yang musa-muda dah kurang sudi nak bantu macam dulu?
Yang tua-tua? bersedia laaKah Kah Kah


  Ma'assalamah 2
Kredit foto - Alhusseyn 
Ma'assalamah, Selamat Tinggal PAS
Khalilul Rahman, Setiausaha Kerja PAS Perak
"Meniti hari - hari terakhir di sini. Semoga ada sinar di sana"  demikian coretan ringkasnya di hari terakhir mencurah bakti sebagai Setiausaha Eksekutif PAS Negeri Perak  di Pejabat Perhubungan PAS Perak.



Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO