PAS Pakar Bidas dan Libas ' Amanah ! Amanah relek saja bro ! [VIDEO]
Cukup cukup laa Pas ! hantu raya ngan pelesit pun hinggap kat orang sekejap saja ! Kalo tak caya? tanya tok moh hangpa yg tersohor tu, dia pakar tangkap segala jin, segala hantu? lepas tu masukan dalam botol? Terhegeh2 laa segala pelesit, segala hantu tu...Kah kah Kah
Sejak Pas dan segala Pascai dan walaunn putuskan hubungan dengan Pakatan Harapan, dengan Dap, dengan Amanah sampai sekarang ini, ingat kot dia boleh laa relek dan buat keroja dia? ropanya tidak bro ! dah seropa kera kena belacan lagaknya, terlompat ke sana, terjerit kat sini, menghoyan kat sinun..keroja yang sepatut dia tumpukan, dihabiskan hanya denga 'menyerang' Amanah siang malam bro !
Dia Pas nie, memang berbakat besar 'melabelkan' seteru depa bro, Seteru depa tu namanya AMANAH, namanya DAP, dulu seteru dia termasuklah PKR tetapi laa nie dengan PKR dah kendur sikit, bukan pasai apa sangat, semua orang tahu pasai tu, tapi dah jenis 'pekak badak' dia seghebu juga bro ! Amanah releks jer bro !Kah Kah Kah
Jangan lupa tonton video hebat di bawah sekali.
Memahami 'AMANAH'
Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu membawa pendekatan baru kepada politik Islam di Malaysia berbanding PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015.
1. Amanah merupakan 'generasi kedua' politik Islam di Malaysia selepas PAS gagal menyerlah seperti mafhum kata pengarah strateginya.
2. Membawa 'Pendekaan Baru kepada politik Islam berbanding PAS khususnya di Malaysia..
3. Pembawaan Amanah adalah pendekatan baru yang berbeza dan lebih segar berbanding generasi pertama politik Islam di bawah PAS sebelum ini.
4. Amanah mengambil 'approach' maqasid syariah - Pas pula dakwa Dr. Dzul mengambil pendekatan melaksanakan syariah secara langsung, seperti berjuang melaksanakan hudud secara langsung - (Itu sebab Pas masih terkial2 dgn janji hududnya yg tidak kesampaian hingga saat ini - 'indirect kick' Pas melencong jauh dari pintu goal bro -MT)
5. Parti yg sama seperti Amanah yang telah menunjukan prestasi cemerlang seperti An Nahdah di Tunisia, AKP di Turki dan PKS di Indonesia sebagai antara generasi kedua gerakan dan parti Islam yang ada di dunia ini sebagaimana kedudukan Amanah di Malaysia.
6. Generasi kedua ini seperti Amanah lebih 'focus' kpd keadilan Islam dan 'good governance' terhadap sebuah kerajaan yang ditadbirnya.
7. Amanah berimejkan Islam dan Pas juga berimejkan Islam. Jadi, apa BEZA antara keduanya? Di sini ramai yg keliru bro !
- Pengikut dan ahli Pas terlalu taksub, taksub buta tuli atawa bertaklid secara buta dengan seorang atau lebih tokoh tertentu yang menguasai Pas secara 'veto'..apa saja yg dituturnya? tiada bantahan dari ahli sekalipun tutur kalamnya berbaur cacian, makian, bidasan, libasan dan bernada benci tak bertempat?
- Amanah membawa dan merangka suatu bentuk 'Tasawwur Islam' atawa 'world view Islam' yang lebih terbuka, dinamik serta bertenaga dan bersifat inklusif terutama kepada pihak luar sana dan tidak tertumpu dalam ruang lingkup sempit seperti Pas bro ! Perlu diingat, Kumpulan Pro dalam Pas dahulunya (sekarang Amanah) yg 'dihalau' itulah yang menyemarakan 'Pas 4 All' bro ! hingga Pas dan PR hampir 'kuburkan' UBN selepas PRU 13 lalu.
- Amanah yang rata2nya diusahakan oleh Kumpulan Profesional semasa dalam PAS dulu itulah yg telah mengubah citra rakyat kpd PAS dari sebuah parti dominasi tok 'Lebai' hingga diterima ramai dan menyebabkan muka2 baru Pascai mula naik 'perasan' dgn mengganggap 'kekuatan' PAS adalah kerana faktor mereka sahaja? dgn menafikan 'sumbangan' kumpulan profesional ini?
- Amanah adalah bermotokan ' rahmat untuk semua'
[رØمة للعالمين] bukan bersifat eksklusif untuk kumpulan dia sahaja seperti Pas yang terperangkap dalam 'classical thought' yg beku, jumud dan tertutup sehingga dakwah kepada non-muslim yang dicetuskan oleh kumpulan profesional yang sudah mula menampakan 'hasilnya' dengan penerimaan menyeluruh mereka non-muslim itu kepada Pas, telah dipadamkan dengan sekelip mata oleh lebai-lebai yg jumud dan beku ini bro ! Sikap dan akhlak serta tingkahlaku kumpulan 'de pious men' dalam Pas ini senantiasa diperhatikan. Mereka perhati apa yang pimpinan utama Pas cakap dan buat? Cakap yang tidak sama dengan bikinan akan mengundang padah bro ! itulah yang terjadi sekarang.
- Inilah yang diluahkan oleh Dr Hatta selaku Pengarah PR Amanah di majlis dialog Amanah dengan profesional di Kota Baru baru-baru ini..Semarak 'PAS for all' itulah yang telah memperkasakan Pakatan Rakyat dahulunya bro ! Profesional yang berada dalam Amanah sekarang inilah juga dulunya menubuhkan Dewan Himpunan Bukan Islam dan lain-lain semasa mereka berada dalam PAS, semua tu adalah usaha yang kami lakukan," kata Dr Hatta di majlis dialog Amanah dengan profesional di Kota Baru baru-baru ini..selanjutnya lihat ()
8. Seperti yg ditulis oleh Dr. Dzul, Parti Amanah Negara tampil garap desakan dan harapan rakyat bersama Misi Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif. Berteraskan seluruh dinamik ini, maka penampilan wadah baru ini yang menawarkan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam akan lebih dirasai umat dan rakyat seluruhnya.
9. Di segi tawaran politik kepada semua, Islam mesti ditampilkan sebagai sistem untuk memberikan keadilan dan kesejahteraan merentasi semua kaum, agama dan budaya, dan diangkat kembali dalam satu konstruk politik baharu ini. Ia terangkum secara jelas dalam tuntutan Firman Allah (Al-Maidah:6)..’…Jangan kebencian kamu terhadap mana-mana kaum atau pihak, menjadikan kamu tidak berlaku ‘Adil’. Sebaliknya Berlaku Adil kerana ia lebih hampir dengan ketakwaan.’..demikian garapan Dr. Dzulkefli - (Parti Amanah Negara tampil garap desakan dan harapan rakyat)
LABEL 1
'No Hope'
Puak mana yg 'no hope' No 'Harapan' nie bro? Kah Kah kah
Buat apa laa cakap macam nie? dok kias PH dok label PH macam bas tak sampai destinasi and 'no future'? sampai tara tu Tok Sidang punya menyampah kat Amanah? dah tak mau bergabung ngan Amanah sudah laa...Amanah pun tak kebuloq kat Pas macam yg dok ada laa nie, tu pasai Progresif ubah haluan buat 'khemah' sendiri..ada paham?..sambung baca di
Lepas tu pulak dok kabor Pas mampu bergerak bersendirian? Kah Kah Kah nak termuntah aku bro pasai dok kabor yg selama nie yg pembangkang banyak bergantung kat Pas? Nak tunjuk megah laa tu? Tu namanya syombong bro, tau tak? Siakap senohong gelama ikan duri - orang syombong lama-lama tak sedaq ke diri ! Kah Kah
BIDAS LIBAS 2
Tunjuk berani kat Umnuuu?
Jaminan Najib yuran universiti tak naik satu tragedi, kata PAS
Jaminan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak menaikkan yuran universiti sebenarnya satu tragedi untuk menutup pelbagai kenaikan yang lain di negara ini, kata PAS..Timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pelajar di kota kini berdepan dengan kenaikan harga buku, harga pengangkutan awam, harga makan dan kenaikan saman di sekitar universiti.
"Kenyataan Najib itu memperlihatkan bahawa beliau kini terpisah daripada realiti kesusahan rakyat bawahan dan pelajar marhaen," katanya....Malaysia Dateline
********
Tak guna dok menyalak macam nie bro ! kan dah jadi 'penasihat'?..buat apa dok riuh di luaq? buat apa dok libas PM macam tu? elok ke? Bidasan macam nie hinggap atas batang hidung Pas jugak bro ! Mau syukur laa bila PM kata tak akan naik yuran varsiti tahun depan ? pandai pula habaq kata "Semua yang dijanjikan sehingga kini tidak berlaku. GST tidak mengurangkan harga barangan. Pengurangan subsidi juga tidak mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM623.3 bilion,"
Tau pun. Tau yg Pas dan rakyat sedang di tipu? tapi masa yg sama hangpa laa dok habaq depa tu 'berjiwa besar'. 'tak masuk akal' dan sebagainya? Hudud pun dah tak nampak bayang? Kah Kah Kah
Awat dok merungut? dok dakap Umno siang malam pun dok bidas kawan ke? Apa punya geng macam nie? kalo dah tau dok kena tipu sokmo dgn Umno? buat apa pi dok melenyaq lagi dengan depa tu semua? Kah Kah Kah
Bidasan 3
Balaci DAP?
Mat Sabu jurucakap DAP, kata PAS () - inilah bidasan yg jadi wirid Pas yg diratib depa tak beghenti2 bro ! Kah Kah Kah
Maknanya Amanah tu, Mat Sabu tu kononnya "Balaci DAP" laa bro? - Ratib PAS Kepada AMANAH Sepanjang Masa ! Yang Pas jadi 'Balaci Umnuuu' tu depa tak mau sebut ke? Kah Kah Depa marah sangat kat Mat Sabu pasai MS dok pi kait depa dgn kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis)? Jadi ia seolah tolong sahkan yang Mat Sabu tu bertindak sebagai jurucakap kepada DAP, kata Pas (). Apa bukti yg Amanah jadi balaci DAP bro? Bukti? Bukti? Jangan pandai dok ratib semedang saja?
Ini semua hanya helah dan strategi Pas bro ! kerap ratib macam nie kot-kot orang percaya? Pas benci DAP tak kena tempat bro ! dulu dia guna senjata 'hudud' serang DAP pasai DAP kononnya tolak hudud? masa lain pulak depa Pas ni kata "DAP berhak tolak hudud"..Tok Sidang pula kata "hudud bukan agenda utama" ...
Lepas tu Tok Pa nie laa yg juga kata, Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah? Kah kah Kah melalut sungguh Mat Tok Pa nie.. awat tak macam tu, dia buat kenyataan tanpa rujuk mana2 orang Amanah? Tok Pa kata Amanah tu goyang pasai pengaruh kumpulan lain yg ada dalam Amanah macam Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu? Sikit punya bangang ke cakap macam nie? Peraih mana agaknya Mustafa Ali nie pi kutip cerita macam nie? Kah Kah Kah
Amanah itu ujud adalah pasai yg semua orang tau bro, Mat Sabu yg jadi 'Maestro' nya yang jadi 'guru besarnya' yg buka jalan dgn kawan2nya bina Amanah ! Bila Amanah subur kembang mekar dan tertubuh negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang..puak2 Pas mula berpeluh, mula sakit kapla, mula meghoyan mereben tak tau kepala ekor bimbang pengaruh Pas akan sirna lenyapkan PAS ditelan Amanah? Jadi mau tak mahu kenalah pikiaq satu cara untuk alihkan sokongan ramai kepada Amanah. caranya mudah saja, semudah A B C..Libas depa Amanah nie cukup2 biaq orang ramai percaya, buat bagi kerap sikit..betoi ke muhong ke? no question bro ! Kah Kah Kah
Bila Tok Pa kata, Mat Sabu jadi jurucakap DAP? Dia ingat Dap tu tak reti bercakap ke? tak reti bagi pandangan (macam Pas) tu ke? Tu agaknya Tok Sidang pernah kata ada ahli Pas yang tolol tu()? boleh jadi macam nie laa juga bro? Kah Kah Kah
Wahh ketawa besar adinda? Mana tidaknya bro! Ketawa besar semua pemimpin dan ahli AMANAH membaca kenyataan Mustafa Ali. Dia ingat AMANAH semacam PAS. Dia ingat AMANAH sebuah parti yang eksklusif hanya untuk ulama macam PAS? Pas bolehlah ! dah terkepung dah terkurung minda sesama depa hasil dari kata bual depa yg kian melalut, mereben dan tak berapa senta tu? Kah Kah Kah
Tok Pa yg juga kata Amanah dah hilang 'steam' () bro? Dia yg hilang stim tak mau habaq? aku sendiri dah lama hilang stim ngan Tok Pa nie bro? kalo bercakap, seropa 'google' bro..semua tau! kah kah kah
Mai kita tengok, sapa yang tak ada stim? Pas yg ada sekarang yg jadi macam sekarang nie sebelum Mat Sabu dan 'tandan' mereka yg Pro itu di'tendang' keluar Pas (baca dihalau) telah mengangkat martabat PAS ke mercu hingga diterima semua bangsa dan hampir2 merobohkan penguasaan UBN bro !
Bila Mat Sabu dan kawan2 sealiran menubuh Amanah..Pas jadi tak tentu hala bro..tu yg Tok Pa kaciwa sangat2 tu bro..pasai selama nie, Mat sabu nie laa dan Geng Pro di perkuda oleh Tok Pa nie dan yg seangkatan dengannya...Laa nie Pas dok terhegeh2 tak tau yang mana ak pegang? Umno pun 'kencing' depa Pas nie? PKR? Pas pun bukan boleh harap sangat? Kat Johor, Pas dah kabor, dia PAS Johor pula umum sedia tanding kerusi PKR (). Boleh percaya ke 'kawan' macam nie? Kah Kah Kah
Libasan 4
Amanah inklusif hindari
'perang saraf' pecah belah ahli, kata Dr. Mariah
Imej - Malaysia Dateline |
Ketua Awan Dr Mariah Mahmud menyokong sesiapa sahaja asalkan penuhi ciri-ciri pemimpin Islam.
Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) menyeru semua ahli tidak termakan dengan cubaan jahat untuk memecah-belahkan Parti Amanah Negara (Amanah) daripada mana-mana pihak yang tidak senang dengan kewujudan parti baharu yang bersifat inklusif ini.
Dr Siti Mariah Mahmud |
Bagi beliau, kepelbagaian pemikiran dan pendekatan dalam Amanah membayangkan kekuatan parti baru itu dan bukannya punca kelemahan sesuai dengan sifat dan pendekatan inklusifnya.
“Ahli Amanah tidak boleh termakan dengan perang saraf pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran Amanah yang semakin dirasai masyarakat.
“Awan akan memberi sokongan padu kepada semua pimpinan yang ada. Mereka mempunyai kekuatan yang berbeza dan saling menampung antara satu sama lain,” katanya kepada Malaysia Dateline.
********
Laporan sebuah portal Malaysia Dateline ini tidak dipastikan sapa punya kerja macam nie? Libasan depa kat Amanah nie boleh dikira terangkat juga bro ! Macam bidasan Tok Pa kat atas tu juga laa bila dia kata Mat Sabu tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah?
Yang nie pun lebih kurang macam tu juga laa? cuma kita tak tau mai dari sapa yang kata Amanah dah pecah tiga? sikit punya robat ke kata macam nie? Ini semua adalah 'perang saraf' kecik saja. Pihak yg panas punggung kata Amanah pecah 3 kem bro ! Ropanya puak2 yg bacul yg dok buat tuduhan tu, hanya main peghiyat main serkap jarang saja, bukan ada bukti pun?
Kalo Pas sungguh laa...Kem Tok Sidang satu, kem Kelantan satu, Kem Husam satu? Dengan Husam pun depa puak Tok Sidang tak makan cekak bro ! sampai laa nie dok meghoyan buat debat sorang2? Dalam Amanah semua kalangan membawa kekuatan masing-masing untuk menjadikan Amanah parti yang kuat dan disertai oleh semua pihak sesuai dengan ciri-ciri inklusifnya yang ditetapkan dari hari pertama penubuhannya yang menghimpunkan semua pihak..bukan eksklusif sifatnya macam Pas tu..hanya tertumpukpd Pascai dan walaaunn saja? Kah Kah Kah
Amanah tidak asabiyyah kepada mana-mana bangsa atau mana-mana pertubuhan asal mereka, kerana semua mereka perjuangkan Islam..bukan taksub kpd 'tokoh' tertentu dalam parti itu...Ahli Amanah bukan macam ahli Pas? cepat latah dan menghoyan mereben..
Ahli Amanah, pimpinan Amanah tak laa mudah nak telan nak makan segala tuduhan terhadap Amanah tu..depa lebih cargas sekarang ini mempromosi dan memperkenalkan Amanah setiap hari. Sori laa bro ! setakat provokasi macam nie? Ahli Amanah tak dak ak sibuk sangat jawab balik. lepa lebih fokus kerja masing-masing bagi menaikan Amanah di persada bro !
**********
Khulasah
Tak kan laa Pak Lebai nak menipu? Aku kenai depa nie...Kah Kah Kah Kah
Sejak sebelum Muktamar ke 61 yg lepas sampai selepas Amanah di dirikan, tak berhenti2 Amanah dan kepimpinanya dihentam, dibidas, dilibas dari segal sudut oleh lebai-lebai Pas yg mengaku diri mereka istiqamah dengan Islam sepanjang masa()? Tetapi orang yang kalaunya beristiqamah dengan Islam, hendaklah memacu 'Akhlak dan Adab' Islam yg selari dengan tuntutan Islam itu, bukan membuat buruk sangka di sana sini..kan Pak lebai dilarang menipu? menipu dalam tuturkata dan perilaku pun dikira menipu juga bro !
Lagi kerap depa buka mulut, lagi serabut nampak pemikiran depa puak-puak 'de so called' ulama Pas nie ! Kenyataan demi kenyataan dihamburkan, tetapi tidak pernah ada konsistensinya bro ! kan ke pelik dulu? keroja dok bidas, dok libas orang saja terutama kumpulan dalam parti Amanah.
Kenapa mesti 'serang' Amanah? kan ke dah halau habis depa tu? apa lagi yang dok sakit kapla? Macam dok tak pernah senang saja bila tengok Amanah kian mapan, maju, diterima pelbagai lapisan masyarakat?
Macam2 libasan lagi Tok Sidang dan segala 'krew'nya dok 'picit' Amanah? ~ Tak lebih dua tahunlah ()~ Parti Nyamuk ~ Parti Pengkhianat~ DAP tak berhak tentukan kehadiran saya () dan banyak lagi bro !
Amanah relek saja bro ! biarkan kicauan dan nyanyian sumbang sumbing Pas di palu semaunya mereka yg kadang2 menghiburkan itu bro ! menghiburkan kerana kita tahu yang meghoyan tu adalah Pas dan walaaunnnya yg kian kecut perut untuk hadapi PRU ke 14 yg tidak lama lagi itu.
Tok Sidang pernah disifatkan oleh Profesor James Chin dari Universiti Monash sebagai halangan utama PR untuk mara ke Putrajaya.."Tidak akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti," katanya kepada The Malaysian Insider..Pandangan ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor...()
"Apabila Jawatankuasa PAS Pusat tidak setuju dengannya, Hadi pergi mengadu kepada badan lebih tinggi, iaitu Majlis Syura Ulama,” katanya.
Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, sebagai presiden PAS, tindakan Hadi itu mendapat perhatian.
"Orang melihat sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan presiden PAS dan ini menjejaskan kredibiliti.
"Jika Hadi kekal presiden, selagi itu label 'tidak boleh dipercayai' akan kekal terhadap PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lihat ()
Masih adakah 'Thiqah' lagi bagi orang yang waras kepada Tok Sidangnya dan PAS umumnya? Jangan tanya aku? tanya diri hangpa bro? aku memang dah lupus lama dah pasai 'thiqah' nie, laa nie dah hilang teruih bro ! Kah Kah Kah
Nak 'Thiqah' lagu mana kalo akhlak para 'ulama'nya hancuz bro ! hari ini lagu ni, esok lagu lain? berapa banyak lagu mau nyanyi daa? Sejak krisis MB Selangor tahun lepas membawa kepada penubuhan Amanah, Pas dan Tok Sidangnya dilihat makin kabur makin uzur 'nawaitu'nya untuk mara ke Putrajaya. Kemundian ditambah dengan rapat mesra dgn PERKASA dan UMNO pulak? walaupun ramai Pascai dok nafi? Nafi apanya bro? its too obvious bro? Jelas gitue? What is it called when something appears so obvious, no one expects it? Kalo Tok Sidang hebat laa katakan? Terengganu sepenggal jer bro.. Hat dok keliling melilit Tok Sidang pun nampaknya teruk semcam juga bro? Kadang tu lagi teruk dok ada?...Kah Kah Kah
PATUTNYA
Buat Keroja Macam Amanah Ni..baru nampak 'workable' bro..tak laa dok buat kerja label melabel, kata mengata sama adik beradik? Baca -
1. Tukar kerajaan solusi hapus akta zalim, kata Presiden Amanah
3. Amanah cadang NGO pantau prestasi Ahli Parlimen ()
Jadinya patut begitu, memikior masalah rakyat yg terus dizalimi, di samping memantau prestasi AP yg dipilih rakyat bukan angkat lagi mereka yg kuat monteng dan tak berkesan, sampai nak bercakap nak bahas pun tak tahu macam puak2 Pas yg dok ada laa nie? Kah Kah Kah
Mutakhir
Hadiah paling besar dan paling berharga buat PAS sekarang nie bro ialah depa menerima puji pujian dari segala perwakilan kpd parti mesra Umnuuu tu? Syabbas Pas,tok sah dok nafi lagi bro (PAS tolak tawaran kerjasama dengan Umno), (Umno banyak 'dosa', mustahil akar umbi Pas maafkan Umno, kata Iskandar) - Alah ! buat-buat tolak? buat2 kata Umnuu banyak 'dosa'? Umnuu tu laa yang hangpa dan Tok Sidang dok himpit? Akar umbi kena wala' bro, pasai dah Tok Sidang sindiri yang mahu? No hal laa bro..moga maufakat PAS-Umnuu mempercepatkan Pakatan Harapan ke Putrajaya.....Kah Kah Kah
Video Hebat bro !
Prinsip Penetapan Fiqh Waqie & Maslahah Muktabarah di Malaysia oleh Dato’ Siddiq Fadzil Moderator Dr Dzulkefly Ahmad
ReplyDeleteAhlul'KITAB Yahudi...Mengenal Musa
Ahlul'KITAB Nasrani...Mengenal Isa
MEREKA pun Kenal...Junjungan Kita
Konon nya MEREKA...Ber (Iman?)kan Yg"ESA
Mengapa MEREKA...Menjadi Cilaka?
Mengapa MEREKA...Ber Onar Durja??
MURTAD Syirik...Sesat Yg Hina???
Bukankah "HARTA"...Mnjd Puncanya????
Kerana ""HARTA""...Kuasa Ber Takhta
Di Umpan ""HARTA""...Bergoncang lah Dada
Di Umpan Ber JUTA....AMANAH pun Sirna
Tunggang TERBALIK = Murtad yg Nyata
MEREKA Tahu...Sejarah Nabi
MEREKA 'Arif'...Mng Hafal KITAB
Tunggang TERBALIK...Fitnah yg Keji
Demi 'Mengaburi'...Segala SONGLAP
Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Firman YG"ESA
SYIRIKkan lah Mereka...Ber Umpan kan ""HARTA""
Kukuhnya ""HARTA""...Kuasa pun Ber Gaya
Walaon & MACHAI..."Media" Di Perdaya
Dengan "Kuasa"...AUTA pun Di Reka
Tunggang TERBALIK...Semakin Nyata
Itulah MURTAD...Yg Rosak Binasa
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
AMANAH lah Seperti...Langit dan Bumi
AMANAH lah Sprt...Nabi dan Wali
AMANAH Ber "ERTI"...Kaseh Mem-BERI
AMANAH Ber "ERTI"...Penyayang SIMPATI
"Audit-HISAB"...TEMBUS Teliti
Pantang-AMANAH...Songlap Men CURI
Pantang-AMANAH...Fitnah yg Keji
PONTENG U-Iurn...Melanggar Janji
MURTAD Binasa...Yg "Membakar" Diri