2016 - Jenamakan AMANAH dalam ingatan dan sanubari rakyat

Amanah Progresif Peduli sudah cukup untukmenjelaskan bahawa parti yang berumur setahun jagung ini, sebagai 'alternatif' kepada rakyat massa, dengan syarat para petugas Parti Amanah ini semestinya berkerja dgn yakin dan ikhlas bagi merakyatkan, menjenamakan Parti Amanah ini dalam ingatan dan sanubari rakyat terutama untuk melestarikan rakyat yang tertinggal maklumat untuk bersama-sama Amanah, kenapa Amanah? semua itu mesti diperjelaskan oleh petugas dengan mendekati rakyat bro ! Alhamdulillah, ramai dari rakan2 dalam Amanah bermurah hati menyumbang wang dan tenaga yang bukan sedikit untuk maksud di atas terutama membantu mereka yang susah termasuk anak2 yatim dan sebagainya yang perlukan bantuan sebegini...Itulah maksud kepedulian bro ! 

Bolehkah Amanah kekal lama? itu yang selalu orang tanya orang cakap? Jangan samakan Amanah macam parti2 yang lahir sebelum ini...mereka tidak ada visi dan misi bro ! penyokong pun tak ada? tatapi lahirnya Amanah dah jadi 'igauan' dan 'mimpi ngeri' kepada PAS sekarang ini? Hari-hari ada saja ulasan merendah2kan kemampuan Amanah. Itu pertanda bahawa Amanah tetap menjadi saingan sengit kepada PAS bro! 

Jadi Tahun 2016 yang baru ini adalah wajar bagi seluruh pencinta Amanah jadikannya sebagai tahun untuk merakyatkan Amanah sebenarnya seperti kata Salahuddin Ayub itu.




Tahun Baru 2016 : Tahun merakyatkan Amanah, kata Salahuddin


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mahu menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan Amanah'.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat parti itu supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan Amanah'.

Katanya, di saat dan ketika ada beberapa parti politik di negara ini cenderung untuk kembali kepada era politik perkauman, Amanah perlu pantas untuk menampilkan pendekatan politik yang lebih segar dan menyakinkan.

"Penampilan Amanah dengan pendekatan politik Islam yang progresif,inklusif dan peduli perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupn rakyat di negara ini.

"Amanah juga sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli Amanah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Amanah juga konsisten untuk menjadikan perjuangan pembelaan isu-isu rakyat dan menentang salah laku serta kezaliman BN sebagai suatu keutamaan.

"Adalah terlalu penting bagi Amanah sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan parti ini dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini," ujarnya..Malaysia Dateline


Mat Sabu: Rakyat Mesti Terus Bersatu, Kita Jangan Diapikan Dengan Semangat Perkauman
Published on Dec 21, 2015Majlis Makan Malam March 2 Freedom, Royal Selangor Club, Kuala Lumpur 20/12/2015


Berita Amanah di sana sini

Alhamdulilah. Lebih 30 individu daripada golongan profesional warganegara Malaysia yang bekerja di Mekah telah menyertai AMANAH. Wakil daripada mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden AMANAH, Haji Mohammad Sabu yang kebetulan sedang mengerjakan umrah. Mereka daripada pelbagai profesion termasuklah arkitek dan jurutera..Ustaz Ahmad Awang Supporters

Dalam gambar adalah Roslan Muslim. Anak Dato Muslim Kedah. Abg Mat terima borang amanah dari rakyat Malaysia yang bermastautin di Mekah. Roslan tunggu abg Mat untuk submit borang. Kempen sampai ke Mekah.

Ustaz Shuaib Mohd Amin Mantan Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang kini bersama AMANAH 
"Masaalah ummat ini apabila menjadikan Al Quran hanya sebagai hiasan, bukan pedoman...."
"Hiasan yang abstrak, lalu ummat tidak dapat menyelami maksud dan murad ayat yang dibaca oleh mereka, tugas antum sekelian untuk faham dan memahamkan ummat tentang fungsi sebenar Al Quran"See More..Ustaz Ahmad Awang Supporters


Beliau dikenali sebagai seorang tokoh politik. Politik beliau pula bukan jenis kepalang tanggung. Bukan sekadar politik bersalaman menyampaikan sumbangan, melambai-lambai tangan kepada khalayak, berucap menyeri majlis, atau sekadar mengeluarkan kenyataan media.
Beliau hidup di lapangan, berjuang di lapangan, sakit di lapangan, tidur di lapangan, luka dilapangan, dan usianya habis di lapangan.
Pernah dikurung, dibuang daerah, dan didakwa di atas pelbagai Akta Drakonian. Fitnah dan cemuhan perkara biasa. Dia hadapi dengan tenang. Siang dibicara di mahkamah, malam berceramah. Itu ruji kehidupannya.
Pidatonya sentiasa segar dan mudah difahami. Mesejnya ringkas, tajam, dan berani. Orang kampung, orang bandar, orang tua, orang muda semuanya minat mendengar ceramahnya. Adakalanya celoteh sindiran tajam, adakalanya pidato bersemangat, diadun menjadi mesej politik yang kuat.
Dia punya ramai kawan-kawan yang sanggup jatuh bangun susah bersamanya. Dia juga punya musuh politik yang kejam mahu memusnahkannya bila-bila masa.
Tapi dia tetap tegar. Dia pejuang menentang kezaliman pemerintah.Dia pejuang rakyat.
Ada kalanya jiwanya terusik. Adakalanya dia kecewa. Adakalanya dia sedih dan gembira. Dia tetap manusia biasa. Dia ada perasaan. Dia bukan plastik.
Disisinya seorang serikandi kental. Setia ketika susah dan senang. Menjadi ubat dikala duka. Menjadi bunga dikala ceria.
Pasangan ini telah melalui kehidupan yang pelbagai warna. Pahit manis semuanya diadun menjadi santapan kehidupan pejuang.
Hari ini, 29 Disember, Abg Mat dan Kak Normah menyambut Ulangtahun Perkahwinan mereka yang ke-36 tahun di Tanah Haram mengerjakan Umrah.
Semoga mereka mendapat umrah yang maqbul. Semoga Allah meredhai dan merahmati mereka. 
Mereka akan istiqamah memperjuang kebenaran melalui wadah politik Islam sehingga bertemu Yang Maha Mencipta, insyaAllah..
Ustaz Ahmad Awang Supporters


Rakan yang sama-sama berjuang di tolak kerana ingin membina hubungan dengan Umno. Is that clear.?

akhirkalam



KENYATAAN MEDIA
KENAIKAN KADAR TOL: RAKYAT TERUS DIMANGSAKAN
www.amanah.org.my
...See More



Comments



  1. AR-RAHMAN Itu...Maha7-Mem-BERI

    AR-RAHIM Itu...Maha7-PENYAYANG

    Pemurah Mem-BERI...Penyayang Di HATI

    Itulah AMANAH...Insan Yg GEMILANG

    GIVING Sharing...LOVING as Destiny

    Universal-ORDER...Indah Terbayang

    BUKAN "Harta"...Nobat Di Cari
    "CINTA" Sejati...Ber Kaseh Sayang
    BUKAN Fitnah...Songlap Men CURI
    "AMANAH" yg Kudus...LURUS dan Terang




    AMANAH Mem-BERI....Tak Akan RUGI

    Tak Akan MUFLIS...Tak Akan Merana

    AMANAH Mem-BERI....Sifat-Nya-ILAHI

    Semakin Mem-BERI...Ber Limpah Berganda

    AMANAH Mem-BERI....FITRAH Syurgawi

    Ke HUJUNG Nyawa...Ter PAHAT Di Hati

    Ke Pintu Syurga....HARUM Mewangi









    FITNAH Songlap....Samun Men CURI
    "Merapu" Kepanasan...Mem BAKAR Diri

    FITNAH Songlap....Mencerca Me MAKI
    Angkara RASUAH...Nak Cuba Sembunyi

    FITNAH Songlap....Murtad Yg Keji
    Tunggang TERBALIK...Bejat Sekali

    Derita Sengsara...KESUMAT Di Hati
    MUFLIS Ber Hutang....Membawa Ke Mati



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?