Pakatan harapan Mara Melangkah - Imbasan 2017. Kita kata Apa

Pakatan Harapan adalah wadah harapan rakyat tertindas utk keluar dari kepompong Umno-BN yang dilihat semakin rakus dan berbuat sesuka hati menindas rakyat dengan kuasa yang mereka miliki.

Rakyat marhaen yang susah terpaksa kelupur setiap hari berhempas pulas mencari kerja umpamanya kerana peluang kerja di bawah UBN semakin kecil. Peluang perkerjaan seolah 'tertutup'. Graduan  terus menganggur saban tahun. Pengambilan guru terus mengecil . Tiada lagi pengambilan guru2 agama jQAF misalnya dan KPLI di Institut2 Perguruan sejk beberapa tahun ini pada hal guru yang bersara saban tahun mencecah puluhan ribu. 

GST berikan kesan berganda dari keluwesan hidup rakyat kepada tekanan hidup yang tidak diundang, rakyat dirundung malang, harga barang terus melambung. Makanan jadi mahal. Keperluan harian turut menekan rakyat susah dan sederhana. Bayangkan ikan kembung yang diiktiraf sebagai 'ikan rakyat' mencecah harga RM18-RM20 sekilo. Di bawah 'kleptokrasi' rakyat tidak mungkin akan selesa menjalani kehidupan biasa. Banyak peniaga gulung tikar. Pasaraya 'Giant' yang besar tu pun ada yang bungkuih? Kahkahkah.

Semua kemelut ini menyebabkan Pakatan Harapan, satu2nya gabungan parti politik pembangkang yang terdiri dari AMANAH, BERSATU (PPBM), PKR Dan DAP bersungguh-sungguh perjuang kan satu malaysia yang bersih dari segala amalan paling tidak sehat yang sedang mencengkam rakyat dalam segenap sektor. Rasuah terus membarah dari atas sampai ke bawah.

Tahun 2017 yang baru berlalu beberapa hari ini telah memperlihat kan kesungguhan gabungan ini mendepani berbagai masalah yang melanda rakyat ditangani dengan penuh hemah dan cermat agar ia nya mencerminkan kesepakatan dan perkongsian pintar untuk men depani segala kemelut yang akan dan bakal ditinggalkan oleh UBN kiranya PH berjaya menguasai Putrajaya nanti Insya' Allah. 

Imbasan 2017: Pakatan Harapan mara melangkah 


 Oleh Arif Atan

Kesepakatan politik antara AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu pastinya bukan situasi yang menggembirakan BN dan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Pembahagian kepimpinan mengikut negeri yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 28 Ogos lalu adalah kemuncak isyarat serius blok mega pembangkang itu untuk bertempur di PRU-14.

Serentak itu juga, usaha memujuk Pas bagi mengelak pertembungan banyak penjuru secara rasmi sudah melepasi tarikh luput ekoran sikap pimpinan parti hijau tersebut yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.

Terus mara, Pakatan Harapan melangkah dengan menyelaraskan gerak kerja pilihan raya secara intensif selepas agak tergendala melayan tarik tali dengan Pas yang ketara ‘istiqamah’ mesra memeluk Umno-BN menggunakan topeng Melayu dan Islam.

Hasil mesyuarat tiga jam itu, PKR diputuskan mengetuai Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah manakala Bersatu mengemudi pimpinan Pakatan Harapan di Johor, Perak, Kedah dan Perlis.
Bagi Kelantan, Terengganu dan Melaka, AMANAH akan mengetuai kempen PRU-14 di tiga negeri terbabit manakala DAP mempengerusikan Pakatan Harapan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.


Ibarat merungkai simpulan mati, satu demi satu struktur Pakatan Harapan di peringkat negeri dan kawasan kemudiannya secara rasmi berjaya dilancarkan. Tidak lagi bersendirian seperti era Pakatan Rakyat sebelum ini, gerak kerja Pakatan Harapan di peringkat akar umbi adalah melalui sekretariat yang ditubuhkan.

Di Johor, Pakatan Harapan negeri yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu dilancarkan di Dataran Dahlia, Tampoi pada 29 September lalu.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan dinamakan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan di selatan tanah air itu.

Tanpa konflik secara terbuka walaupun berbeza fahaman parti, budaya politik rakyat Johor yang bersifat diam-diam ubi berisi menyaksikan Pakatan Harapan tidak mustahil bakal meraih lebih banyak kemenangan di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Nun di utara, Pakatan Harapan Kedah mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu pada 20 Oktober lalu. Pemilihan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan negeri dilihat berupaya menjentik perhatian ahli Umno yang anti Najib.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kedah berkenaan bakal menarik sokongan sebahagian segmen pengundi wanita Umno apa lagi mereka yang non partisan di negeri yang pernah sepenggal ditadbir Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Pakatan Harapan Selangor yang diterajui Mohamed Azmin Ali pula mengadakan mesyuarat pertama pada 8 September lalu dengan menambah seorang lagi Timbalan Pengerusi dengan melantik Sivarasa Rasiah yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR bagi mewakili masyarakat India.

Gelombang sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan pada 2017 dapat dilihat dalam siri jelajah di seluruh Semenanjung dengan program anjuran Bersatu paling ketara dilihat menarik kehadiran ramai penduduk setempat.

Ceramah Jelajah Semarak anjuran Bersatu di Jalan Meru Impian, Ipoh pada 3 Disember lalu contohnya, dilimpahi lautan masyarakat setempat dengan sebahagiannya berbaju merah – lambang parti Bersatu.

 Bersatu menarik sokongan ramai Melayu menyokong Pakatan Harapan antaranya dalam siri ceramah di Ipoh awal Disember ini.
Walaupun sambutan menggalakkan terhadap ceramah atau perhimpunan bukan satu ukuran mutlak mencerminkan kejayaan pada pilihan raya tetapi situasi itu menjadi antara syarat positif buat Pakatan Harapan pada PRU-14.
Bersatu dilihat sebagai magnet kepada masyarakat Felda yang dihimpit pelbagai isu penindasan untuk mendekati Pakatan Harapan berbanding menjelang PRU-13 lalu. Jika sebelum ini kehadiran pemimpin parti pembangkang disambut garang dengan caci maki dan pengusiran oleh kumpulan penyokong Umno tetapi kumpulan yang sama itulah kebanyakannya kini sudah bersama Bersatu lantaran pengaruh Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan masih berbisa.


Penampilan sosok bekas Perdana Menteri pada usia 93 tahun di pentas ceramah Pakatan Harapan yang dilihat mengundang minat ramai orang Felda untuk hadir dijangka bakal diterjemah di kertas undi pada PRU-14 nanti.


Akibat pelbagai kepincangan Felda yang didalangi pemimpin Umno, warga peneroka semakin terbuka menyokong Pakatan Harapan.
Di Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990, AMANAH di bawah pengaruh bekas exco, Datuk Husam Musa dan kini Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan hampir setiap hari mengadakan program di peringkat akar umbi khususnya di utara negeri itu.
Daripada pagi sembang di kedai kopi sehingga ceramah bersama rakan-rakan Pakatan Harapan di sebelah malam, penggunaan media sosial melalui siaran langsung melalui Facebook (FB) Live dimanfaatkan oleh kumpulan Ketua Pemuda AMANAH negeri, Hazmi Hassan.


Pada masa sama, pelbagai tembelang berkaitan korupsi dan kepincangan urus tadbir Pas sebagai parti pemerintah di Kelantan didedahkan berserta penyelesaian alternatif sebagai bukti kesediaan Pakatan Harapan menggantikan Pas di negeri itu.
Tidak keterlaluan dikatakan Pakatan Harapan di Kelantan yang diketuai AMANAH paling produktif bertemu dengan segenap lapisan akar umbi meliputi isu ekonomi setempat sehingga menyentuh hal berkaitan alam sekitar.


Keceluparan Pas sepanjang tahun 2017 termasuk mendakwa PKR khianat terhadapnya membawa kepada arahan Biro Politik PKR yang memutuskan partinya di Kelantan mesti melepaskan semua jawatan politik di bawah kerajaan negeri. Pendirian bermaruah PKR itu jauh bermaruah berbanding Pas di Selangor yang selamba tebal muka berkongsi kuasa dalam kerajaan negeri pada ketika bermusuh dengan komponen Pakatan Harapan.


AMANAH Kelantan melalui gerak kerja Ketua Pemudanya, Hazmi Hassan paling terkedepan bertemu akar umbi termasuk ketika banjir baru-baru ini.
AMANAH Kelantan melalui gerak kerja Ketua Pemudanya, Hazmi Hassan paling terkedepan bertemu akar umbi termasuk ketika banjir baru-baru ini. Imej Pakatan Harapan di Kedah yang peduli rakyat pula dilihat banyak dibantu oleh gerak kerja AMANAH Kawasan Sik dengan mempunyai program berfokus. Diketuai Sulaiman Ibrahim atau dikenali sebagai Leman Raja Lawak sebelum ini, sejak beberapa tahun lalu lagi sudah meredah kawasan pedalaman bertemu dan membantu keluarga miskin yang majoritinya mengambil upah menoreh getah.

Lensa aksi protes Pakatan Harapan yang menjadi tumpuan sepanjang 2017 tentunya apabila ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya dirantai dan dikunci pada 23 Mei lalu.
Keengganan SPR mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mendorong Pemuda Pakatan Harapan mengambil tindakan sedemikian selepas pendekatan diplomasi gagal mendatangkan hasil yang positif.


Mulai 21 November pula, Pemuda Pakatan Harapan berkampung protes 42 jam di hadapan Parlimen menuntut harga minyak diturunkan dan subsidi bahan bakar itu dikembalikan.
Aksi protes berembun, berpanas dan berhujan di bahu Jalan Parlimen itu kemudiannya menyaksikan penurunan harga mingguan petrol sebanyak lapan sen dan dua sen bagi diesel mulai 23 November lalu.


Minggu sebelum protes, harga RON95 melonjak paling tinggi sehingga tujuh sen menjadi RM2.38 seliter, RON97 naik enam sen menjadi RM2.66 manakala diesel naik lima sen kepada RM2.25 seliter.

Biarpun panas terik, Pemuda Pakatan Harapan meneruskan protes yang kemudiannya menyaksikan harga petrol turun lapan sen pada minggu berikutnya.
Tanda aras

Pimpinan Pakatan Harapan komited menentang Umno-BN pada PRU14 nanti.
Pengumuman tujuh tindakan Pakatan Harapan untuk 100 hari pertama sejurus mengambil alih Putrajaya termasuk memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memerangi rasuah pada 14 Julai lalu serta Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi tiga bulan selepas itu dilihat sebagai tanda aras yang signifikan pada nilai permuafakatan keempat-empat parti sepanjang tahun 2017.

Kehadiran ramai orang Melayu sekaligus mengimbangi komposisi penyertaan rakyat berbilang kaum dalam himpunan di Petaling Jaya, Selangor itu menutup propaganda media Umno-BN untuk memanipulasi keadaan kononnya didominasi kaum Cina seperti lazim dicanangkan pada siri himpunan anjuran pembangkang sebelum ini.

Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 bertemakan ‘Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan’ pula jelas tekad Pakatan Harapan untuk tidak boros berbelanja seperti kerajaan sedia ada dengan bajet Jabatan Perdana Menteri pada 2017 sahaja mencecah sebanyak RM15.9 bilion.

Menghapuskan rejim cukai regresif yang menindas rakyat miskin – cukai barang dan perkhidmatan (GST), menurunkan kadar hutang isi rumah serta mengembalikan subsidi petrol antara iltizam Pakatan Harapan sejurus menumbangkan rejim Umno-BN dan sekutunya.

Usaha mendaftarkan Pakatan Harapan di bawah satu logo hanya menanti kelulusan Pedaftar Pertubuhan manakala manifesto bersama bila-bila masa sahaja akan diisytiharkan.

Berpijak atas realiti politik mutakhir ini, PRU-14 pada 2018 ini menjadi gelanggang buat calon Pakatan Harapan berentap dengan calon Umno-BN dan Pas demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia.

Pakatan Harapan sepanjang tahun 2017 terbukti sarat dengan idea perubahan dan gagasan baharu untuk memerintah yang pastinya akan direbut majoriti daripada 14.6 juta pengundi yang rasional dan cintakan tanah air ini.

Rakyat dilazimkan dengan istilah kleptokrasi ekoran skandal 1MDB yang merompak harta negara.


Belanjawan Pakatan Harapan lebih mengutamakan hak rakyat.
| SumbeR ||

BONUS !
Kita Kata Apa


SONGLAP TANAH FELDA BUKAN PERKARA LUAR BIASA

Artikel Terbaru Datuk A Kadir Jasin
KES manipulasi (atau menipu la si?) agensi kerajaan oleh pihak-pihak yang berkabel besar dan akrab dengan kepemimpinan negara nampaknya semakin menjadi-jadi..Lihat Lagi



KISAH BERMUDIK KE KELANTAN 
Tahun 2017 mencatat banyak sejarah duka kepada rakyat dan negara negara, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang dikaitkan dengan Najib Razak.... Lihat Lagi

Yang saya maksudkan adalah malapetaka budaya atau mungkin “sociological disaster”.... Lihat Lagi

BAGAIMANA MEMBAYAR BUDI HUTANG 1MDB?
BAYANGKAN begini.
Anda terbelit hutang dan bank menunggu masa untuk menyita rumah dan menjadikan anda bankrap. Semuanya nampak buntu sampailah tiba-tiba datang kawan yang setuju membayarkan dengan harga lebih tinggi sebidang tanah yang terletak jauh di ceruk entah di mana.... Lihat Lagi


APA HENDAK BUAT DENGAN PENYOKONG HADI AWANG? MAKA tahulah kita yang Presiden PAS Abdul Hadi Awang percaya hanya orang Islam boleh menjadi anggota Kabinet dalam mana-mana negara Islam, dan mereka yang berlainan agama hanya boleh memainkan peranan membantu. Kita juga tahu bagaimana hendak berurusan dengan mereka yang taksub, perkauman dan mereka yang memandang hina orang lain yang berlainan kepercayaan... Lihat Lagi 

CALON BUKAN ISLAM PAS HANYA UNTUK IMEJ INKLUSIF - HASRAT PAS mahu meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum  akan datang hanya mahu memperlihatkan parti Islam itu bersifat lebih terbuka dan membawa imej inklusif, kata penganalisis.Tetapi lebih daripada itu, mereka melihat ia isyarat PAS kukuh bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan politik, Barisan Nasional (BN) ma... Lihat Lagi 


TUN DAIM Zainuddin dan sesiapa pun yang peduli mengenai kepentingan negara dan rakyat jelata berhak mendapat kepastian mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Tumur (ECRL).... Lihat Lagi
 
EPISOD ATAU BABAK LUCU ISU FELDA!!!
1. Isu pertukaran hakmilik hartanah Felda di Jalan Semarak, KL yg dikhabarkan bernilai RM270 juta sedang hangat dibincangkan sekarang..Lihat Lagi dan
... Lihat Lagi
 
UMNO SUDAH HILANG STATUS PEMBELA MELAYU, MENYOKONG UMNO SAMA SEPERTI MAHU MELAYU KEKAL DIMISKINKAN -
Untuk azam umum, hanya ada satu impian sahaja. Ingin melihat sebuah kerajaan pusat yang baru ditubuhkan dalam pilihanraya umum 2018. Sudah tentu kerajaan baru itu bukan ... Lihat Lagi

| Paparan 'Bonus' : kredit kepada Fb Kita Kata Apa



Mat Tanjong - 1.40am 4/1/2018



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]