Dulu Hijau Sekarang Jingga - Video

Di awal '70an dulu, aku belajar di KL kat Jalan Pantai dan Pak Amjal atau nama dia Jalaluddin membuka sebuah kantin di salah sebuah U kat sana. Umur dia masa tu tengah trang tang tang macam aku juga. kalo lambat duit masuk, kami berhutang dulu dengan dia. Masa tu dia memang PAS hangit. Pak Amjal atau kami panggil 'abang Din' masa tu memang sempoi, sejak dari muda memang cargas dan 'friendly'. Masa demontrasi kes kebuluran di Baling tahun '74 yang aku turut serta itu banyak kenangan manis bersama dengan Pak Amjal. 

Aku tabik 'spring' kat Pak Amjal kerana 'orang tua' ini tidak pernah menjadi penyokong UMNO dan PA$ yang menjadi 'sekutu' Umno sekarang ini tetap ditolaknya. AMANAH mengambil tempat bagi menggantikan 'duka lara' perjuangan mengenyahkan Umno. PAS yg hangit menjadi Pak Yet Umno menerima nasib yang sama bila Pak Amjal sendiri turut menolak untuk bersama dengan AMANAH. Rezki Pak Amjal begitu murah mencurah. Kebaikannya tetap menjadi ingatan berbekas bagi yang mengenalinya. Terima kasih Abang Din. Dulu hijau sekarang jingga.

RESTORAN AMJAL: 
DARI markas PAS MENJADI PUSAT AMANAH

Tempat Pak Amjal suatu masa dulu jadi persinggahan tokoh-tokoh PAS seperti Nik Aziz, Fadzil Noor, Hadi Awang dan Mat Sabu.

PETALING JAYA: Sebut sahaja Restoran Amjal, ramai yang terjebak dalam tunjuk perasaan dan ceramah politik, khususnya di Lembah Klang, mengenali tempat itu.
Pak Amjal berkata restorannya kini aktif dengan aktiviti Amanah.


Pak Amjal berkata restorannya kini aktif dengan aktiviti Amanah.

Mana tidaknya, sejak dibuka pada 1962, premis Pak Amjal menjadi tempat penyokong parti pembangkang berkumpul, berpakat dan bertukar maklumat mengenai perkembangan politik negara.

“Kebanyakan anak muda datang sisi dulu terdiri daripada penyokong PAS,” kata Pak Amjal, atau nama sebenar Jalaluddin Ab Manap. “Mereka akan bermesyuarat di sini, sebab di tempat inilah mereka senang berpolitik.”

“Tempat ini mereka jadikan markas. Orang PAS banyak datang buat aktiviti di sini. Saya banyak tolong bagi tempat dan tidak pernah halang mereka.”

Pak Amjal
 Dengan meletusnya reformasi 1998 dan parti pembangkang PAS, DAP dan PKR membentuk suatu pakatan, Restoran Amjal di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur menjadi persinggahan watak-watak penting seperti Nik Aziz Nik Mat, Fadzil Noor Muhammad Noor, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berceramah kepada pendengar mereka. Barangkali lokasinya antara Universiti Malaya, Kampung Kerinchi dan Bangsar, atau penangan mee goreng telur matanya, ditambah pula rencah politik sebagai penyedap, menjadikan Restoran Amjal tempat strategik bagi penyokong PAS. Malah, Pak Amjal sendiri disegani sebagai “kaki demo” yang berani.

“Saya pernah masuk lokap 6 kali,” kata Amjal. “Satu kali ditahan apabila menyertai menyertai himpunan bantah kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia bersama Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Khalid Samad.”

Gambarnya dalam tunjuk perasaan 1997 itu, mendepakan tangan dan dada menahan semburan air Unit Simpanan Persekutuan (FRU) antara gambar tunjuk perasaan yang ikonik. Berkopiah dan berkain pelikat, gambar itu membayangkan siapa beliau sebenarnya. Dinding kedainya juga berwarna hijau dan PAS seolah-olah wadah paling sesuai untuk beliau.

Dulu hijau sekarang jingga


Pak Amjal berkata restorannya yang sentiasa dikunjungi penyokong PAS bertukar wajah pada 2015, apabila beberapa pemimpin veteran parti itu, yang juga pelanggan kedainya, meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah.

Sejak itu, tiada lagi orang PAS berkumpul di situ, sebaliknya keriuhan di restorannya diganti dengan program anjuran Amanah.

“Sejak PAS berpecah, penyokong mereka tidak datang buat aktiviti di sini lagi. Mereka ada tempat lain,” katanya, sambil memaklumkan beliau menyertai Amanah awal tahun ini.


“Tapi tempat ini sentiasa ada orang apabila pemimpin Amanah menjadikan tempat ini untuk tempat aktiviti mereka. NGO, PKR dan banyak lagi parti lain nak datang sini, malah sekarang lebih banyak lagi aktiviti di restoran ini.”

Beliau cuma mengenakan caj RM80 sejam kepada mereka yang menyewa dewan restorannya. “Kadang-kadang percuma. Saya tidak berkira sangat kalau siapa nak guna.”

Pak Amjal akui perpecahan parti Islam itu mendukacitakan hati tuanya. “Saya kecewa bila PAS berpecah. Saya masuk Amanah sebab dalam Amanah ramai orang bijak pandai. Cara berhujah hebat berbanding PAS yang terlalu menekan soal agama.”

Ditanya bagaimana hubungannya dengan PAS sekarang ini, beliau berkata ada ahli PAS yang cuma memujuknya dan ada yang menjarakkan diri. Beliau bagaimanapun tidak terkilan jika penyokong PAS tidak lagi sudi datang merasai mee goreng telur mata Pak Amjal, kini dengan “perencah” Pakatan Harapan.

“Tiada masalah jika penyokong PAS mahu guna tempat ini untuk melakukan aktiviti,” kata Pak Amjal. | Sumber |



Restoran Amjal
lokasi pejuang politik berdiskusi


KENANGAN
DEMONTRASI DI ERA 
MAHASISWA MENGGUGAT 1974






Demonstrasi Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat ! 
Gerakan Mahasiswa generasi 60an-70an merupakan satu gelombang lahir dari hati nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditindas pemerintah.
 

Posted by Md Tanjong at 2.19 am

Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]