Faiz Fadzil - Kewangan Negara Tenat

Minyak naik lagi empat duit, ikan kembung ikan rakyat pun mahal, nak makan doghian pun jenuh bertagak, mana tidaknya sekilo mau kena sampai RM15, itu baru durian kampung isi nipis tu,nampak biji, kalo jenis yang ada nama jangan duk tebiang laa, boleh ghelah poket seluaq bro ! KahKahKah. 

Ini bukan salah 'Pak Mat' yang jual doghian tu. Ini salah dan silap orang besar atas sana duk pi buat hutang sampai dah mencecah 648.5 bilion lebih separuh KDNK menurut Laporan Audit Negara 2016. Tenat tu bro! Sapa nak bayar hutang ber timbun menimbun tu? Tapi Lebai PA$ tetap dgn sikap mereka, lebih rela menjadi 'pasu bunga' dari penjual bunga yang boleh bertutur lancar menjual bunga. Pasu bunga pula tunggu orang jirus ayaq ler baru boleh nampak segar dan hidup. Kah Kah Kah

Habis tu nak tutup lobang?, cara lain tak berapa depa mampu nak pikiaq, alih alih rakyat yg depa taji. Duit GST tak tau depa hamborq pi mana? Hari2 depa kutip tak putus-putus. Pulangan dari depa kepada rakyat? ada laa sikit kut macam BR1M tu? Tu pun penuh 'syarat' dan berhelah. Faham kut noooo !

Baca kisah tragis ini di sini, bagaimana dulunya seorang budak engineer berkerja jual nasi lemak, sekarang budak engineer kerja cuci jamban pula. Ini semua adalah gambaran kehidupan rakyat yang semakin perit berhempas pulas sekalipun punyai kelayakan profesional, tetapi memilih untuk membuat kerja seniri untuk lebih dapatan.

Laporan Ketua Audit Negara saban tahun melaporkan pelbagai jenis pembaziran atas nama projek pembangunan, pembelian aset kerajaan dan sebagainya. 

Adakah wang pinjaman benar-benar disalurkan untuk pembangunan yang akan membawa faedah kepada negara dan rakyat? Begitulah tanya Dato' Saifuddin Nasution Ismail Setiausaha Agung KEADILAN semasa mengulas keadaan  hutang negara yang tinggi, serta bagaimana wang negara dibelanjakan? | Malaysiakini .


Naikkan harga petrol, keluarkan bon baru tanda kantung negara tenat 

03 Ogos 2017 | ARIF ATAN

Tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan pengeluaran bon baru sebanyak RM2.5 bilion sejak 1 Ogos lalu menggambarkan kedudukan kewangan negara berada pada tahap parah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, hal tersebut juga terbukti dengan kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan bayaran berjumlah RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Menurutnya, pengeluaran bon baru seperti disiarkan Bank Negara dengan tendernya hanya dibuka untuk tempoh empat hari menunjukkan tindakan desperado kerajaan mencari wang bagi membayar hutang dan perbelanjaan negara.

"Entah ke mana hilangnya kutipan GST sebanyak RM3.5 bilion sebulan dihabiskan sehinggakan kerajaan terpaksa berhutang lagi.

 "Lebih membimbangkan jika institusi dana awam seperti KWSP, PNB atau Tabung Haji digunakan untuk membeli bon terbaru ini dan digunakan bagi membayar obligasi 1MDB kepada IPIC tersebut.

"Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini benar-benar membuktikan kantung negara dalam keadaan tenat," tegasnya dalam satu kenyataan.

Faiz berpendapat trend pentadbiran kleptokrat Datuk Seri Najib Razak jika dibiarkan boleh mengancam kemerdekaan yang dikecapi.

Jelasnya, hal tersebut boleh menyebabkan negara terjebak menjadi 'failed state' jika setiap hari kerajaan hanya tahu mengorek lubang hutang baru untuk menutup lubang hutang lama dengan menggunakan wang rakyat.

Baca Di  sini
"Tirai bulan kemerdekaan tahun ini dibuka dengan peristiwa-peristiwa yang membimbangkan negara dan rakyat, bukan kerana kemerdekaan yang dikecapi 60 tahun dirobek, tetapi kemerdekaan yang dikecapi gagal dimanfaatkan oleh pemerintah untuk meletakkan negara setaraf negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Mengulas kegagalan 1MDB menjelaskan hutang pada 31 Julai lalu iaitu tarikh yang dipersetujui di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London, beliau menganggap itu amat memalukan negara dan akan menyebabkan nilai ringgit terus merosot kerana negara dilihat tidak mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

"Kemungkinan MOF Inc yang perlu membayar hutang tersebut bagi pihak 1MDB tidak dapat ditolak memandangkan MOF Inc adalah penjamin kepada obligasi 1MDB tersebut dan 1MDB pula tiada dana," ujarnya.

Faiz turut membidas kerajaan Umno-BN kerana tiada idea untuk menjana pendapatan selain daripada memerah poket rakyat dengan menaikkan harga petrol sebanyak empat sen semalam.

Walhal, ujarnya, kehidupan rakyat akan semakin derita akibat kenaikan harga barang kerana harga petrol mempunyai kesan domino terhadap ekonomi rakyat.

"Ekonomi negara hari ini berada dalam keadaan gawat dan kronik dengan hutang mencecah RM648.5 bilion lebih separuh KDNK menurut Laporan Audit Negara 2016.

"Kehidupan rakyat semakin tertekan dan susah. Masanya kini tiba untuk rakyat bangkit mempertahankan kemerdekaan bumi tercinta ini," tambahnya lagi.. | sumber.

ADAKAH INI?


        Bandar Malaysia is now Bandar China?? 



| laluan mudah kepada 'Negara China' untuk bertapak kat negara 1Malaysia...??.
 
Akhir Kalam
Suatu perkara paling penting ialah mengislahkan rakyat. Dan Rakyat bila Baik dengan segala keperluan...akan baiklah pemerintah.
| Al-'Alamah Muhammad Bin Salleh Al 'Athimien rahimahullah.



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?