Adegan Songsang Lebai - [Video]

Pas dan lebai sudah habis arah, sudang hilang kompas, sudah jatuh lobang besar berkali kali, lebai dan walauns makin jauh dari alam nyata, lebih seronok bermetalica, bersandiwara, semua lebai Pas nak bercakap, tapi entah apa-apa yang dibutirkan? KahKahKah

Belum lagi menang saman SR, walauns dah riuh satu Malaya kata depa menang? Habis depa jual 'minyak' kat kampung dan desa sini kata Lebai dah 'sukses'? Perbicaraan kes saman Presiden Pas terhadap portal Sarawak Report belum bermula dan parti itu tidak memenangi perbicaraan penuh. Ingatkan PAS dah menang dah saman dengan SR.. jauh lagi perjalanan dia rhopanya. Alahaiiiiiii PAS......benda yang semua orang baca pun hangpa boleh nak kelentong! KahKahKah

Seronok tengok 'adegan' para lebai dan walaunta, hari ini bercakap begini, esok bercakap begitu. Tah apa yang lebai gelembong, sama-sama lebai dan walauncai depa pun tak paham apa ke benda yang duk merepet tu?  

Mari kita tengok beberapa 'adegan' lebai kecik dan besar serta walauncai depa, tambah2 dekat nak pru ini. Habih jadi songsang.

1. LEBAI PILIH UMNO !

Umno tu dah nak reput, tunggu nak relai saja lagi. Pas dan Lebai terkulat-kulat melihat Umno begitu beriya-iya 'menyambut kehadiran' Lebai dan walauntanya bersimpuh 'menagih' sesuatu? 

Bukan main 'manja' lebai-lebai yang baru sejak menjadi Wai Bee setelah terkeluarnya G18 yg kemundian nya menubuhkan AMANAH. Dengan keluarnya G18 ini, bertambah legalah puak2 lebai untuk berpesta kemenangan, mereka pun bertanda nglah ke pintu2 'habuan' umara' umno yang dibuka luas menunggu lebai untuk memulakan 'kenduri' 'menyembelih' para lebai dan walauns yang baru berjinak dengan dunia baru' yang tertutup rapat sebelum ini selama 60 tahun.

Maka terbentuklah gelombang baru politik Lebai PA$ berteraskan Melayu, Pitih dan Dollar serta Ghanimah yang lama 'tidak dijumpai' dalam seragam jubah mereka. Untuk itu mereka pun menukar 'gear' satu ke lima terus memecut tanpa menoleh lagi. 

Lebai pun bukan main seronok menjulang keris, bersongkok, bertanjak ala Panglima Melayu yang cukup totok dengan 'asabiyahnya. 'Asabiah itu memang songsang dengan citra PA$ sebelum ini. Mana tak songsangnya, hanya melayu Umno yang ditatang lebai. Melayu di luar Umno dan PA$ seperti  Melayu dalam AMANAH dan lainnya semuanya ditolak Lebai dan dilabel dituduh pulak sebagai pengkhianat ?

Politik Baru Lebai ini menukar corak, gaya, lagak dan penampilan yang dikira 'songsang' dengan budaya lama lebai. PAS mula jadi ‘mabuk’ dengan perkauman UMNO. Nak tunjuk sangat kata depa pun semacam Umno, maka lebai pun bertukar jadi 'Panglima Melayu', Dulu lebai tak main kerih tapi laa nie, silau mata aku beb! Kalah Umno punya la depa ber'posing' ! Jangan main kerislah. Songsang betoi la depa nie..KahKahkah. 

Hasilnya: DAP menjadi musuh ketat Lebai tetapi MCA yang menolak aryuyu 355 terus mendapat layanan dan kepercayaan teguh dari Lebai. PA$ dan Umno bolehlah diibaratkan bagai 'Tahik dan Kentut' dua dua busuk maaaaa !! Tidak boleh lagi dipisahkan, kalau terpisah apa nak jadi? Tentulah sembelit jadinya, maklumlah 'benda' tak boleh keluar? Sekali dia keluaq, orang keliling pakat Cha alif buut cabut ! Umno nanti kalut tidak dapat undi sokongan untuk PRU 14 dan PA$ pula akan mengah macam orang berpenyakit busung layak - nya kerana tak dapat lagi 'ghanimah' buat bikin modal para Lebainya? KahKahKah  

Dua dua BUSUK. Dua dua tak boleh pakai. Itulah politik baru Lebai, suka yang busuk busuk. Ada yang harum wangi diketepikan Lebai. Jadinya Lebai sekarang ini dilihat begitu HUDUH bro! Kan ke SONGSANG namanya politik Lebai tu? Kah Kah Kah.

2. BERSIMPUH MANJA !

Seghondoi Lebai Seghondoi! Ulama (Kalo depa tu ulama la), tapi yang keliling Tok Ayah tu bukan pun ulama ! Ulama tidak songsang macam nie, ini olamak jer..Seghondoi ada makna tuh. Pintu pintu Umara' kalo diketuk mencari dedak, luruhlah segheban dan terlondehlah jubah. Umno kentut, busuk pun lebai hidu jer laa. Bila orang tanya, busuk ke kentut depa tu? Dak aihhhh, wangiiiii  ... KahkahKah

3. LEBAI SEMARAKAN
    'BUDAYA TAKFIRI !!!


'Mengkafirkan' seorang Muslim terhadap saudaranya yg juga seorang Muslim boleh 'membatalkan' 'walaknya' - iaitu walaknya sendiri terhadap Islam. Budaya 'TAKFIRI' songsang Lebai ini cukup ketara dari sejak PA$ 'berkiblatkan' Lebai Marang bro, kerana Lebai sendiri tidak menghalangnya segala walaunsnya berbuat demikian. Diam tandanya setuju segala perbuatan pengikut dan ahli sendiri.

PAS Hidupkan Semula Budaya Takfiri.
Chief Lebai , telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasar kan ucapan dan penegasan Chief Lebai bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.?  Ini amat berbahaya seumpama PA$ itu satu agama? Lalu yang tidak sealiran dengan PA$ maka Lebai terus hukumkan telah hilang akidah? 


Akidah apa wahai Lebai? PA$ bawah lebai sekarang dipenuhi oleh manusia yang selalu bercakap bohong, terpalit dengan berbagai skandal memalukan, tidak amanah., bertutur penuh makian makian, bankrap akhlak dan menongkat kezaliman serta lain yg seumpama nya. 

Akidah Lebai sendiri pulak bagaimana? Tidak ke tergugat kalau semacam ini? Itulah songsangnya lebai yg terpaksa cakap begitu kerana sokongan kepada parti 'suci' Lebai ini terlalu merosot teruk, silap tak silap depa boleh bungkuih sekali ini.Itu yang Lebai tersangat takut. Di sinilah songsang nya adegan Lebai dalam menanggapi sesuatu isu. Jangan ingat Lebai semua 'betul' bila saja dia buka mulut ! KAHKAHKAH.

PAS Tuduh AMANAH Murtad & Wajar Dibunuh! 
Sama bukan? Macam 'Chief Lebai' madah kat atas tu, mudah sangat selera lebai buat tuduhan macam ni. Walaunss nie tak tahu nak beza antara Agama Islam dan Parti ciptaan manusia. Berlakulah 'Budaya takfiri' begini yang akhirnya memakan diri lebai sendiri.

Bila PA$ dan lebai menghimpit Umno dan bergelomiang bersama. PA$ mendedaki dengan Umno, dia tak rasa bersalah pun ingkar pertunjuk al-Quran untuk menjauhi penguasa dan orang2 zalim di dalamnya? 

Bila Nabi Adam alaihissalam ditegah Allah mendekati sepohon pokok semasa berada di dalam syurga kerana perbuatan itu akan menyebabkan Adam dan Hawa akan termasuk orang yang zalim. Itu baru mendekati sepohon pokok yang ditegah Allah.; dah termasuk jenis orang yang zalim yang menyebabkan keduanya di hukum dengan dikeluarkan dari syurga. 

Lihat huraian ayat Surah Al-Baqarah ayat 35-36 . Maka Bagaimana pula Lebai dan walaun bukan sahaja mendekati Umno BN malah telah sebati bersama dengan kezaliman itu, tidak menegur, lebih rela jadi pasu bunga. Ini adalah peringatan keras dari ayat Surat Hud - 113. Apakah lebai ingat boleh terlepas?

Inilah songsangnya fikrah lebai yg menyangka parti dia saja 'suci', dan meghelap, yg lain dari dia habis 'murtad' ? Sakan lebai nie? Habislah orang AMANAH kena 'bunuh'? Sapa lebai Najmi nie? Suruh dia mengaji lagi bagi hadam ilmu teras Islam bagi molek. Mengaji ikut disiplin ilmu yang benar, bukan tadah kitab kat mesjid surau dekat lebai PA$ jer ! Hahaha

Pemikiran Takfiri ini adalah cukup sinonim dengan amalan orang2 Syiah, juga oleh puak Khawarij. Bila PA$ dan ramai Lebainya diresapi Syiah, maka inilah yang terjadi. Inilah akibatnya.

Lihatlah bagaimana tergamak orang seperti PJ PA$ Perak itu menganggap semua ahli AMANAH sebagai WAJIB diperangi kerana didakwanya 'Munafik'? Lebai PJ Perak nie bukan ada latar belakang pendidikan formal agama pun, pandai dia jer kerana terlalu taksub dgn Chief Lebai @Chief Khadam je. Musuhnya adalah kejahilan dirinya sendiri jer. KahKahKah. 

AGAMAKU..ISLAM
Bukanlah agama yang keras dan bermuka jengkel (vs sesama Islam dan manusia umum) dan bukan dengan pandangan2 yang melampau serta ekstrim. 
TETAPI
Adalah agama rahmat dan mahabbah (berkasih sayang) penuh senyuman, bertolak ansur, persaudaraan dan penuh dengan KEMULIAAN AKHLAK.

4. JANGAN USIK ..
KERUSI LEBAI..


Inilah adegan paling songsang lebai bro ! Dalam duk riuh kerusi dia tak boleh usik,, dia pi buat gamat kat Ptg. Pauh pi usik nak celen PKR kat sana tu buat muka bodoh saja. Boleh pulak ?!!
Apa punya mankaq lebai ni. Dengan PKR di S'langor, tak pula 3 lebai Exco di sinun nak blah buang, konon atas semangat PR & demi service untuk rakyat ? Pada hal di Kelantan, semua lantikan politik PKR di sana telah pun meletakan jawatan serta merta SINI. Di Selangor pula amacam beb? Tak ganjak kata lebai! Kah Kah Kah. 

Bila Lebai TITM kata 'Jngn Usik Kerusi PA$' sikit punya songsang ke? Ini pilihanraya laa bro. Tak ada sapa boleh 'claim' kata kerusi ini itu aku punya, lawanlah cara anak jantan kalo lebai tu hebat sangat? Ohoo !! Orang punya, lebai nak balun, dia punya Nahi bro! Apa punya songsang berkalang macam nih? HaHaHa.

5. SENDIRI 'UP' JADI ULAMA' ?
Al-Fudhail Bin Iyadh (الفضيل بن عياض) seorang Ulama Islam pada abad 2 hijriyah pernah berkata:
لا يز
ال العالم جاهلا حتي يعمل بعمله فاذاعمل به صارعالما
Seorang alim tetap di katakan jahil sebelum ia mengamalkan ilmunya, jika ia mengamalkannya maka baru lah ia di katakana seorang alim.Ucapan ini mengandung makna yang dalam. 


Seseorang mempunyai ilmu namun tidak di amal kan maka ia tetap di katakan jahil (bodoh) jika ia memiliki ilmu tapi ia tidak mengamalkan ilmunya. Seseorang yang berilmu tidak di katakan alim ulama yang tulen kecuali jika mengamalkan ilmunya..Ramai lebai Pas bukan pun amal ilmunya yang sebenar.

Orang-orang yang berbuat kemungkaran BILA MENYOKONG Kemungkaran pemerintah terang2an depan mata bolehkah dikatakan ulama?  Tetapi sekarang banyak sekali lebai dan walauns Pas yang mengaku diri mereka 'ulama' tetapi tidak mencukupi pada mereka kriteria ulama sebenarnya merekalah orang2 yang kononnya menyampaikan kebenaran tetapi mereka melakukan hal yang berlawanan dari apa yang mereka katakan. Ulama' mende gitu? 

Lebai boleh 'pejam mata' bila melihat rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa yang ber leluasa depan mata. Ulama' ke tu? Ulama' tidak takut nyatakan kebenaran sekalipun banyak ancaman yang akan diterima. Itu cirinya kalau nak mengaku 'ulama' BUKAN angkat placard habaq kita tu 'ulama'......Sendiri 'up' sendiri syok ke? Songsang beb ! Ulama' Muktabar pun tak buat kerja macam nie tau !! Kah kah Kah

6. Tri Pai Pai
Dah jadi seghabai? 

Saifuddin Nasution-Faham Dulu RUU355 Sebelum Mengkafirkan & Memunafikkan Orang Lain: Terbaru 2017
Riuh Rendah Tiada Pekdah !

Sampai sekarang Tri Pai Pai tak ketahuan apa lagi, hanya boleh riuh rendah kat Padang Merbuk jer !!! Habis walauns pakat 'stim' beb ! Siapa yang tidak sokong? Siap hangpa semua !! Lebai dan walauns nanti pakat hurung puak yg tolak aryuyu lebai tu macam 'lalat hurung bangkai', sampai tara tu lebai  akan buat. Kat 'jirat cina' laa hangpa. Inilah standat lebai dalam PA$ bro !! .. KAHKAHKAH

Pembangkang Sopan ? RUU 355 dah senyap ke.?
Atau pakat jadi pasu bunga dalam sidang parlimen.? Macam nie nak jadi 'King Maker' ke? Tengok video bawah ni. KahKahKah

PAS Tipu Pengundi Bila Sebut Nak Jadi King Maker 


AKIBATNYA
Okey bro! Mai kita tengok sapa sebenarnya yang jadi PENYAPU. Lihat imej bawah nie, siapakah dia itu? Rasanya macam 'Chief Lebai'?? ! Ini baru betul punya penyapu. So & So, Q7 tak payahlah tuding kat AMANAH, hanya kebencian kamu saja kata begitu pasai kamu ikut kebencian dari Chief Lebai kamu saja. KAHKAHKAH.



Di P'limen lebai kematu akal,
tiada ada yg berani naqal,
Ramainya lebai kehilangan akal,
1MBD punyalah pasal,
Tidak tahu usul dan asal,
jadilah lebai orang yang bebal.
Tidak dibahas walau sejengkal,
hendak berlabon ilmunya dangkal,
di dalam hati lebai bertawakkal,
tidak percaya apa yg dibual,
'Pasu Bunga' lebai pun ditabal,
penakut piang lebai dah kekal,
takutkan Umno putuskan bekal.

KAHKAHKAH


Itulah 'adegan' songsang lebai dan walauns bila di Dewan tak ada yang berani bersuara. Bila semua menuding arah lebai yang jelas menjadi bahan 'mainan' ini, barulah lebai cari maklumat 1MDB sebagai 'de great scandal of de century' Lebai tak percaya adanya 'kleptokrasi' dlm isu ini sedangkan dunia turut perkatakan secara meluas bagaimana 1MDB perlihatkan satu Persepsi memalukan terhadap Malaysia, lihat laporan di FMT.

Berita 1MDB menjangkau luas seluruh dunia dan dalam masa yang sama LEBAI masih meraba-raba nak memahami apa bendanya 1MDB yang riuh di hebohkan itu hingga Malaysia mendapat 'malu' yang bukan sedikit. Sebelum ini lebai lebih tumpu kan kepada isu '355' yang juga tidak ke mana pun, sampai ada lebai nak tanamkan orang kat jirat cina kalo tak sokong Three PAI PAI lebai tu. Baru la ni lebai pakat2 pi jumpa Arul Kanda nak tau cerita sebenar? Kanda lebong Dinda Lebai2 semua puas hatilah. KahKahKah.

Tetapi masih ingatkah sikit masa dulu Arul Kandar inilah yang enggan berdebat dengan Tony Pua yang berpengalaman dengan skandal 1MDB, lihat  sini, sedangkan dengan pemimpin PAS sangat mudah baginya untuk memutar belitkan masalah itu. Sekiranya tiada apa yang disembunyikan mengapa skandal 1MDB tadi tidak dibahaskan di Parlimen dengan menyeluruh? Sudah banyak soalan berkaitan ditimbulkan pembangkang untuk bahaskan 1MDB ini di Parlimen ditolak. Lihat di sini dan pernah 30 soalan berkaitan 1MDB di tolak, lihat sini sama .Hangpa baca sendiri lebai berjumpa Arul Kanda di SINI pula. Kata Mujahid dari AMANAH, pendirian lebai yang berpuas hati dengan penjelasan Kanda tu sebagai menghina Parlimen kerana kata Mujahid, ahli parlimen sendiri tidak ada jawapan sampai sekarang berkaitan hutang 1MDB itu. Tau tau lebai boleh puas hati? Baca sini . KahKahKah.

7. BELUM UMNO KIAMAT,
LEBAI DULU YANG LUMAT.


Ini adegan dulu-dulu bro ! Masa tu 'waras' beb ! Bila Umno tergugat sejak 2008 dulu, Pa$ dilihat berpontesi untuk dipermainkan, di 'belit', di 'tipu'. dan 'tipah' pun tertipu ! Ini citer tahun 2012, lama sebelum th 2013 tahun Umno hampir pupus tu.


Kelantan akan tumbang dgn.
skandal Carbon Credit. Jelas!
 

Alamat Pun
Exco Kelantan Menipu? 



Hangpa tengok laa video atas tu, Cuma aku nak sebut apa YB Husam Musa kata, Kata Husam :...Bukankah itu satu pembohongan?  Percaya pada pembohongan. Dan menyambung pembohongan. Integriti YB boleh tercemar. Bukan kah ini boleh dijadikan petanda stok integriti CP Carbon Credit bercampur karbon dioksida yang tinggi?

Menghairankan 'ore cerdik supo ambo' yg disebut oleh YB ditujukan kpd YB sendiri semasa berucap semalam, berani meluluskan sejuta ekar hutan untuk diurus oleh sebuah syarikat yang tidak berpejabat. Tetapi berbohong adalah satu keberanian yang lebih menghairankan. H.Musa.
Kelantan akan tumbang dengan berbagai skandal termasuk 'Skandal Carbon Credit'. Baca serusnya di sini



*************
Inilah 'adegan' paling songsang puak2 lebai suci ni. Dalam Dewan yg mulia di DUN sendiri pun lebai pakat menipu kerana merestui penipuan itu? Itu pasal Husam kata, berbohong adalah satu keberanian yang lebih menghairankan. MB, Timbalannya dan semua lebai2 PA$ memang berani berdiam dan tidak menegur pun Anuar Tan. Kata mamat nie dah 'chau' keluar negara? Betul ke? KahKahKah  

AKHIR KALAM 


Malik bin Dinar, seorang ulama sufi yang masyhur pernah mengungkapkan kata2 hikmat ini: ...
Lidah berbohong dia mengatakan apa yang tidak pernah dia kata .
Lidah juga bertutur tetapi dia tidak praktikan,
Dan hati berbohong , maka dia bertekad tidak lakukan.  -مالك بن دينار -



Posted By Mat Tanjong at 3.43am



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]