'Ayat' Temberang Lebai PAS Bersama Umno - Siri 1 - Foto Pilihan Menarik

Sejak kembalinya UFN ke Rahmatullah, PAS ber alih kepimpinan utamanya kepada Hadi Awang. Maka bermulalah episod suram berbalam bagai di malam kelam pekat hitam. Tiada lagi sinar yang mampu memulihkan hebat PA$ sebelumnya.

Segalanya berpunca dari kekalahan besar UMNO dan BN kepada Pakatan Rakyat (PR) yg berakhir dengan tumbangnya BN di 5 negeri utama: Perak, Kelantan, Kedah, P.Pinang dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat. Itulah pencapaian terbaik sejauh ini dari pakatan pembangkang.

Mata pemimpin Umno dan BN bagai dimasuki pasir, berberas mata mereka memikirkan bahawa orang melayu telah menolak Umno. Orang Cina menolak MCA dan India menolak MIC. Kenapa?

Episode 2008 ini menghantui Umno. Pak Lah ber undur dari mengetuai kerajaan. Perak negeri PR pertama jadi sasaran awal, dikucar kacirkan dan dibantu Lebai dari PA$. Tamatlah riwayat Nizar Jamaluddin sebagai MB pertama pembangkang dari PA$. PR tinggal empat negeri berbaki. PRU 2013 hanya Selangor & P.Pg sahaja 'maintain'. Kedah hanyut balik ke BN. Kelantan tidak masuk kira selepas Nik Aziz tiada, Lebai dah hilang tuju kompas, hanya menjejaki Umno dari pagi sampai malam

Idea UG mula berkembang. Hanya Nik Aziz jadi penghalang utk PA$ dan Lebai2nya nak bermanja dengan Umno.Isu 'perkauman' dinyalakan oleh Umno dan PA$. Kalau Umno jatuh DAP akan perintah negara. PA$ tidak berhenti wirid ayat ini yang dulunya dijaja Umno. Maka Umno pun dah boleh sila panggung kerana tugas dan beban ini telah dipikul oleh lebai2 Pas. Inilah 'Taawun' !!!!

Dulu2 Chief Walaun kata berkawan dengan Umno laksana tanggung bewak hidup, sekarang bewook tu dah tak cakarq lebai dah. Jinak 'bewook' tu pula sekarang ini bro!

Maka bermadahlah Lebai dengan segala macam ayat bagi menunjukan kesetiaan kpd Umno BN ketika ia mahu bersama Umno. Sedap juga ayat2 lebai ini . Layanlah 'keseronokan' Lebai bermain dgn frasa ayat yang mereka sangka 'matang' itu yg dipaparkan di bawah ini. Sambil tu kita patah kita keypak balik ayat-ayat lebai yang disangka lebai bagai ayat 'suci' untuk dimamah dan dihadhamkan oleh segala walauns mereka. KAHKAHKAH



Akan sentiasa menyokong UMNO. Itu JANJI PA$ bro! Mungkinkan Lebai akan mungkirin janji ini? Chief Lebai biasa sahaja mungkiri dengan PKR di Kota Damansara dan Sungai Aceh. Betullah bagai dikata. Lebai akan sentiasa sokong Umno dengan pengkhianatan janji ini kerana memang Umno yg menang di dua tempat itu. Tolong Umno bagi 'win' laa tu..Baru ada 'win-win' bila mahu bersama UBN.
Sejak 'makan bersila' dan menjadi tetamu VVIP di Majlis Umno di Ptg Pauh, lebai ini makin garang beb ! menuduh PKR sabotaj PA$. Apa yg 'sabotaj' tu pun kaburrrr daaaa. Lebai YDP Pas Ptg Pauh ini pakai hantam jer kata Pkr sabotaj. Yang Lebai sabotaj Pkr tak mahu ambil kira ke? | penang online .
Gebang apa tu Lebai? Percaya kat Umno ke? Kah KahKah. Lebai nie mengaku Umno tu 'musuh' Pas dan mahu 'musuh'nya tadi lengkapkan perjuangan untuk laksanakan hudud. Kelakar apakah ini lebai? Kah Kah Kah | Cuba lebai tengok apa kata Saifuddin Nasution di bawah ini . Saifuddin lebih kenal 'mempedal' dan isi perut Umno dari Lebai, Itu pasal Lebai selalu kena 'main' dengan Umno. Tengok video ini dan Lihat Sini .


PANAS n TERKINI.


Macam2 ayat lebai bersilat. Konspirasi antara bangsa laa, tak boleh percaya laa, lepas tu pi buat banding beza dgn Sahih Bukhari, perbandingan pun tak ikut disiplin ilmu. Analogi pun tidak sesuai. Tidak ada ' طرفي التشبيه ' dalam ilmu balaghah.

Bila Lebai Iskandar kata, dakwaan kerjasama Pas-Umno tawan Selangor konspirasi antara bangsa, nampak sangat gelabahnya, tak payahlah duk buat ayat belit macam nie, ingat rakyat bodoh ke? Laporan Straits Times S'pura tu hanya sebagai megesahkan, menunjukkan wujudnya pendekatan PAS dgn Umno begitu lunak - baca sini -

Apa pun ayat kelentongan lebai ni adalah ayatnya Lebai untuk terus intim bersama Umno. Mafhum nya di situ.
Tetapi agak pelik dgn sorang lebai ini, dia coba undur 'gear', coba tenang kan Wan Azizah *jangan bimbang konon PA$ & Lebainya serius nak tumbangkan BN dalam masa Chief Lebai duk bermanja dgn Tokeh Umno nak 'rampas' Selangor? - baca sini

Lebai inilah dulunya tidak bersama  Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin semasa Wan Azizah perlukan sokongan untuk Pakatan Rakyat (PR) terus memerintah Selangor. Sekarang dia bikin ayat bergula pasir kat WAWI. Dia ingat WAWI tu sapa gamaknya? 

Beginilah cara lebai2 ini bermain ayat. Ayat lebai berbau 'machiavellianism' iaitu merujuk kpd sifat keperibadian yang melihat sseorang menumpukan minat mereka sendiri, mereka akan memanipulasi, menipu, dan mengeksploitasi orang lain untuk mencapai matlamat mereka, matlamat untuk terus bersama Umno. Itulah 'ayat-ayat' dilagang Lebai. KahKahKah.   
Ayat Putar-Putar lebai
TITM mula gabra bila Pengaruh Amanah sudah melebar luas di Kelantan. Kenapa Lebai ini tidak rangsangkan pengaruh PA$ di Pahang? Jangan dikata kat orang busuk hati, yang busuk itu Lebai sebenarnya hingga AMANAH ditubuhkan. Semua ini kerana lebai mahukan pengampu Umno sahaja ada dalam PA$. Penentang Umno di keluarkan dan dihalau dengan 'CHAI' di Muktamar lalu. Tak ingat ke? Bersama Umno kan ke manis buat Lebai?
Nak bergabung sampai tara mana lagi? Ada saja jemputan Umno, lebai pergi raikan, duduk bertimpuh bersila lagi. PA$ tu 'pembangkang' Tapi dalam Dewan jadi tongkoi jadi 'pasu bunga' Itu kira macam gabung la tu. Tengkolok tanjak kan nampak segak sebijik macam Umno. Siap berkerih lagi, tu bergabung la tu bro ! KahKahKah
Bila dah bersama Umno, Lebai lupa yang dia tu pun pembangkang juga. Pas dan lebainya yang celaru, kenapa pi tala kat pembangkang? Lebai celaghu kerna apa saja datang dari Umno, semua diangguk dihadhamkan walaupun terang2 menipu. Ayat lebai memang 'power' untuk alihkan fokus ramai. Walauns boleh la terima.

INILAH 
YANG CELARU TU


Habis kanak2 diperalatkan untuk wawasan Lebai mencapai cita2nya. Akhirnya aryuyu jadi layu & lebai pun mendayu dayu teriak tak berlagu. Hidup hidup ditipu. Lebai pun tersipu-sipu.
Macam-macam Lebai bina 'ayat' ! Sat bulat lepas tu bukan bulat-bulat dan entah apa-apa lagi. Semua juz untuk luluskan jarum bila kelendannya lulus. Inilah cara Lebai ingin terus bersekongkol bersama Umno. Tak payah bermadahlah lebai ! Naik geli geleman. Ok Lebai ! 'keep calm & support Umno' KahKahKah

Orang tak 'waras' saja masuk bertanding apa pun tak mahu menang. Dah tu Lebai masuk bertanding dalam PRU untuk apa? Bukan ntuk terus dapat 'keredhaan Umno'? Gitu? Nak dapat Keredhaan Islam apanya kalau terus menerus sokong dan nak memenangkan Umno? Al-Quran MELARANG KERAS sesiapa saja yang membantu menegakan 'kezaliman'. Lebai terlupakah Surah Hud ayat 113 dalam al-Quran itu. Juga Surah al-Baqarah ayat 140:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
 
Mafhum ayat:  “Siapakah yang lebih zalim dari orang yang menyembunyikan syahadah (kesaksian) yang diberikan oleh Allah kepadanya . Sesungguhnya Allah tidak pernah alpa terhadap apa jua perbuatan (jahat) kamu.” al-Baqarah 140.

INI APA PULAK? 
Sekejap kata bertanding bukan untuk menang? Ni apa pulak? Fenin laa dengan Lebai. KahKahKah..Beginilah frasa dan ayat Lebai. Kalau nak hadapi DAP boleh pulak nak menang? Ada kekuatan dan dapat banyak sokongan, last tinggal satu  kerusi juga. Krosot laa dengan Lebai. Kat Sg.Aceh Umno dah menang..apa lagi Lebai mahu, kan ke taawun tu? Nak terus bersama UMNO tu ! Ayat berbelit biasalah beb !
Puas Maki dan Sumpit DAP hari2, harbilah, musuh utama laa, tetiba nak undi kaum Tionghua. Sikit punya pelik ke Lebai nie? Undi Melayu pun belum tentu dapat, kecuali walaun tak sekolah jer yang boleh. Dulu boleh merasa jadi Wai Bee tu juz pasai undi PR. Kali ini big big sorry laa lebai, sekali Lebai bersama Umno..No more 'undi' to bro Lebai ! KahKahKah
Melayu dan Cina di Selangor, sudah serik dengan putaq belit PA$. PRU ini mereka semua akan tentukan nasib PA$ dan Lebainya yang cakap tak serupa bikin.
Habislah pakat jadi 'bodoh' pasai ambik BR1M. Macai Umno yang ramai jadi bodoh, depa yg ramai sekali. Walauns pun sama juga bodohnya pasai kita tahu ramai walaun yang lagi awal beratur. Tapi itu dahulu, sekarang dah okey tu? Dah tak bunyi lagi ayat nih pasai Lebai pun seghondoi juga di pintu - pintu Umarak mencari dedak? KAHKAHKAH.
Nak mai fakta kok mana kalau lebai malas dan balorq mencari? Kalau cari pun tak  jumpa? Nak jumpa gimana kalo asyik bersimpuh, bermanja & berhilai ketawa bersama Tokeh Umno? KahKahKah
Hampir dipermainkan? Bukan hampir lagi bro! PA$ dan Lebai memang kena 'main'. Ini betul-betul bukan cobaan ! Tiga kali 'tangguh' hampir lagi? Tak pernah ada dalam sejarah sampai kena 'main' macam tu? Baru tahu, baru sedar kata Umno lebih zalim? Tapi dengan Umno, berpisah tiada, Lebai makin baguih punya kautim. KahKahKah.
Sapa menang dalam 'peperangan' ini bro Lebai? Lebai gebang, laut pun kering! Bila Pas dan lebai nak 'perang' nih? Umno makin jauh tinggalkan Lebai, biarkan Lebai terkulat-kulat dgn aryuyu yang layu tu. Kelantan tu jaga bagi elok takut tak boleh labon lagi di kerusi sekarang ini kerana Pakatan Harapan Kelantan sudah siap sedia untuk tawan Kelantan. - baca sini - Tak cuak ke Lebai? .
Lebai dan PA$ hanya dijadikan 'perkakas' & 'alat' saja buat Umno untuk terus 'survive' setelah mereka UBN ini ditolak oleh rakyat yg hampir2 kecundang pada 2008 dahulu. Tetapi Lebai Pas perasan kata depa diperlukan sangat oleh Umno sampai dijadikan 'pojok' dalam HarakahDaily !
Umno ubah strategi ada pasai. Sebabnya Umno tu parti 'asabiah Melayu'.
Lebai pun dah makin meninggalkan perjuangan 'suci' nya dan terikut2 rentak Umno. Tu yang pekena songkok berbaju Melayu, bertanjak bersamping dan berkerih lagi ! Apa saja Umno buat? Lebai naik syok sama. 
Selamatkah PA$? Lebai makin kuat 'temberang' adalah ! PA$ makin ditinggalkan, makin sunyi dengan 'perjuangan' mengenyahkan Umno. Lagi galak berpadu tenaga dengan Umno. Ayat orang yang mengaku alim ulama digunakan bagi 'mencela' kumpulan yang tidak mahu bersubahat menongkat Umno. Terlupakah ayat 11 dari Surah Al Hujuraat ini:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ (QS. Al Hujuraat :11)
AKHIRNYA
INILAH AKIBATNYA


Posted by Mat Tanjong at 2.37AM


Comments

  1. Puak2 lebai ni sebenaqnya pemalas nak baca buku. Kalu di pondok, tok guru cakap jenis malas nak dhobit kitab. Tp pakai serban bukan main besaq lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak lebai n walauns rajin duk gebang kosong kedai kopi jer Bro Mat Safian!
      lepas tu balut rokok daun tak berenti...kahkahkah
      Masa mana depa nk mengaji?

      KahKahkah

      Delete
  2. pengaruh syiah doktrin takiyyah dlm pas .... menipu dalam perjuangan dibolehkan.

    pengaruh doktrin khawarij .... pas saja yg islam, wala total pada pemimpin, pemimpin dpt kasyaf

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]