Aplikasi kesan 'Pengundi Hantu' - videos

Aku ingat kueh saja yang ada nama 'spera'. Kueh yang berinti isi kelapa berperisa pedas itu memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Aku kurang minat  'karipap' berinti kentang yg sama 'pattern' macam spera tu. KahKahKah

Rupanya sekarang ada 'spera' baru utk mengesan  pengundi hantu. Pengundi boleh semak sendiri 'status' undi mereka dan juga boleh mengesan 'hantu' dengan memeriksa data di spera. Tahniah Nurul Izzah.

Biasanya 'Hantu' ini suka tokak orang bro ! rasuk merasuk tu perkara biasa jer sampai seorang tadi boleh jatuh sakit pasai 'hantu' ini bersarang dalam tubuh mangsanya. Melanuih ler kawan tu. Analogi ini samalah dengan 'pendundi hantu' yg dikatakan menjadi penyebab 'kekalahan' pembangkang sejak berapa lama dalam setiap PRU terutamanya.

Pengundi 'Hantu' tu pula, 'Hantu' spesial bro, ada bangla, ada indon, ada myanmar dan boleh dikata semua tu barang import bro ! Anda boleh lihat vid di bawah sebagai bukti.

Umno dan BN akan berusaha sedaya mungkin untuk kemenangan mereka kali ini, sebagai bukti 'penipuan' seperti yang dipaparkan oleh beberapa video di bawah ini jelas berlakunya 'penipuan' itu. Inilah yang kita bimbang. PRU 14 nanti mungkin terlebih kotor dari sebelum ini.

Berbagai helah lain yg juga bernama 'Penipuan'  akan sentiasa diusahakan mereka? Bacalah pautan itu untuk melihat bagaimana liciknya mereka mani pulasikan gerakerja menipu untuk menang. Kes seumpama 'blackout', penukaran besar2an pusat mengundi dan lainnya adalah lumrah dalam siri PRU sejak dulu lagi.

Jadi anda jangan tunggu, carilah 'spera' di Google Play dan gunakankan nanti di pusat mengundi anda.


 PKR lancar aplikasi kesan pengundi hantu

PKR melancarkan aplikasi Android yang dinamakan Spera, yang dikatakan dapat membantu pengundi mengesan sama ada terdapat pengundi hantu di daerah mengundi mereka.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan menggunakan aplikasi itu, pengundi boleh menyemak sendiri status pengundian dan mengenal pasti jika wujud pengundi hantu di mana-mana pusat membuang undi.

"Sistem itu akan menghantar maklumat mengenai pengundi hantu, pengundi berulang dan pengundi yang telah meninggal dunia dengan memeriksa data di Spera," kata Nurul Izzah kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Spera, yang dilancarkan semalam, boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play.

Dalam satu kenyataan semalam, naib presiden PKR itu berkata aplikasi itu dibangunkan dengan matlamat melawan penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses pilihan raya.

Beliau juga meramalkan pilihan raya akan datang akan menjadi pilihan raya "paling kotor".

“Saya berharap “Spera’ akan membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk bergiat lebih aktif dan kedepan dalam proses demokrasi.’ 

| sumber.

VIDEO BERKAITAN
Ops kesan 'pengundi hantu' 
melalui Facebook
Jul 8, 2011 



Wanita PKR bersama sayap angkatan mudanya hari ini melancarkan operasi mengesan 'pengundi hantu' melalui Ops IC yang digerakkan melalui laman sosial Facebook.

Rangkaian 'Road to Putrajaya' di laman berkenaan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat berhubung pengundi yang diragui.
Ketua pengarah operasinya, Azwan Ramli berkata maklumat berhubung pengundi yang diragui itu kemudiannya akan dibawa ke majlis pimpinan pusat PKR.


Pengundi Hantu 
dah ditangkap! 
Bukti SPR penipu! 
Malaysia Hak Bangla?
May 4, 2013

pengundi hantu bangla 
tanak nyanyi negaraku 
dan rukun negara
May 8, 2013

PRU13 
Malaysia Election 
Pengundi Hantu
 May 6, 2013

Bukti Pengundi Hantu 
diangkut naik
kapal terbang sewa khas
May 3, 2013

            Sila layari di http://bit.ly/12xoQpc.

PERTAHANKAN PUSAT MENGUNDI ANDA
DARI SEGALA 'PENGUNDI HANTU'


SISIPAN SEMPOI

SIAPA
"HANTU-HANTU RAYA"
DI PEKAN?

POLITIK TANAHAIR

Sila layari di - WordPress.com -


Bangla Mengaku Dapat IC,
Dapat Banyak Keistimewaan..
Tak Mahu Balik Negara Asal.
Suka kahwin Melayu.
KAHKAHKAH
Lihat - YouTube -

Orang Umno sendiri bantah
Pengundi Hantu yang kaco di
Kawasan depa?
KAHKAHKAH
Rafizi menunjukan slip daripada BN yang dihantar kepada 'Nur Fadilawaty Hanafi' dan 'Sakinah Ahmed' yang tidak pernah mereka kenali. Selanjutnya sila layari di - Anak Sungai Derhaka -
KAHKAHKAH

HUKUM ORANG YANG MENIPU
- الغش حرام - menipu adalah haram berdasarkan al-Kitab (al-Quran) dan As-Sunnah, kerana padanya (menipu) itu merosakan serta terlalu mudharat (umum).
Lihat matan Hadis berikut -
Ù…َا Ù…ِÙ†ْ عَبْدٍ ÙŠَسْتَرْعِÙŠْÙ‡ِ اللهُ رَعِÙŠَّØ©ً ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ ÙŠَÙˆْÙ…َ ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ غَاشٍّ Ù„ِرَعِÙŠَّتِÙ‡ِ Ø¥ِلاَّ Ø­َرَّÙ…َ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ الْجَÙ†َّØ©َ - Mafhumnya: Tidaklah mati seorang hamba yang Allah minta untuk mengurus rakyat, sementara dia dalam keadaan menipu (mengkhianati) rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan surga bagi dirinya (HR al-Bukhari dan Muslim); Hadis Sahih.


Posted by Mat Tanjong at 4.25 pm


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]