PA$ Panas dan Berpeluh Vs SR Vs Husam - [video]

Bila SR membetulkan kenyataan Tuan Ibrahim, PA$ dan walaun mula kebingungan kerana Laman SR menafikan bahawa parti itu telah mengambil
tindakan undang-undang terhadap laman web itu. PA$ berbohonglah selama ini?


PA$ makin tertekan bila Husam Musa pula menam
bah luka PA$ dengan mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta se bagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

PA$ ingat Husam pondan ke? Kalo dia tak ada sesuatu ynang kukuh dengan 'statement' dia? Mana mungkin Husam berani begitu. Di sini Hadi ter cabar dan tercalar, lalu Hadi melalut, lain yang ditanya! lain yang dijawab video di bawah. Husam dalam fesbuknya berkata sedia pertahan apa yang didakwanya itu. Hancur luluhlah puak2 walaun yang awalnya mula syok pasai PA$ nak ambil tindakan? Kah Kah Kah

Pas makin parah, makin terbelit, makin tidak lalu makan, makin tak ketahuan, ini kerana Hadi kata isu dana 90J itu hanya helah Husam tak mahu ber 
tanding PRU14? (baca sini) Kah Kah Kah

Hadi buat lawak ke? atau tak faham apa yang dikatanya? Kenapa pelari isu? Cakaplah bagi tegas mahu saman atau tidak? Kalo Husam tak mahu bertanding, tak payah dia susah buat kenyataan tu. 

Takiyuddin pula kata kenyataan TITM bahawa Pas akan saman Husam tu adalah kenyataan peribadi Free Malaysia .... Lagi sighu puak PA$ nie, siapa lebih power nie? SUA Pas ke atawa Timbalan kepada Hadi? Kah Kah Kah.

Maknanya sangat mudah, SR pun nanti PA$ tak saman dan kita berani kata saman kat Husam pun nanti 'spring' macam tu saja bro! Tobat puak lebai kelarah kelarai nie tak berani saman? Cari pasai kalo depa saman? Kah Kah Kah

Itu PA$ bro ! kalau orang lain yang makan dedak?, orang lain yang tak makan dedak duk pi jawab !!! Maka lagu ni la jadinya. Jadi sang karibut. Acah bagi gempaq saja. Mampuih keraih depa tak akan saman bro, kalau depa saman rakyat boleh tahu nama² orang dalam Pas yang makan dedak sampai tersedak tu?.

Kah Kah Kah


Sarawak Report membetulkan kenyataan
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man bahawa parti itu telah mengambil tindakan
undang-undang terhadap laman web itu. 
Sah, 
Pas belum saman Sarawak Report

Sarawak Report membetulkan kenyataan Timblan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web ituSarawak Report membetulkan kenyataan Timblan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web itu

Sarawak Report menafikan bahawa Pas telah memulakan tindakan undang-undang terhadap laman web itu kerana mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Pas belum lagi memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report," kata Sarawak Report dalam satu kenyataan.

Husam sedia pertahankan
dakwaan yg beliau buat..
Macam nie PA$ berani saman?..
😜
Pihaknya menegaskan demikian sebagai membetulkan kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Jumaat lalu bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa seperti yang dilakukan terhadap Sarawak Report.

Setakat nafi saja ke Pak Tuan?Tak kan takat nafi je ...
Kah Kah Kah
...😜
Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.

Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.

Mengulas lanjut, Sarawak Report yang berpengkalan di UK berkata, dua bulan lalu seorang pimpinan Pas menghantar surat tuntutan melalui peguam di United Kingdom (UK) mengandungi tuntutan agar Sarawak Report menarik balik artikel yang didakwa memfitnah parti itu.

Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan Pas.

Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan Pas agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Kah Kah Kah ! Siapa ygcari nahas nih?Takut nak saman Husam,
dia pun konar.
KERJASAMA TIDAK,
SAMAN PUN TIDAK,
FAHAM-FAHAMLAH !!
Kan ke dah malu..nak tunjukbijak terlampau? Ropanya dahkantoi mantoi ! Tukil politik ni.
Walau bagaimanapun, Pas tidak mengambil apa-apa tindakan selepas seminggu tuntutan itu dibuat.

"Membayar seorang peguam untuk menulis surat adalah tidak sama dengan mengambil tindakan undang-undang," jelas Sarawak Report.

Justeru pihaknya berpandangan, Pas tidak mempunyai fakta yang cukup untuk menyaman Sarawak Report.

"Selepas dua bulan berlalu, kami menganngap Pas menipu. Kami mengesyaki peguam Pas sendiri sudah memberi nasihat yang sama, menjelaskan kegagalannya untuk memfailkan writ," katanya lagi.

Sarawak Report juga menasihatkan ahli Pas yang mendakwa bahawa parti Islam itu telah memfailkan saman terhadap laman web itu agar meneliti semula dakwaan itu.

"Bolehkah mereka bercakap bohong di bawah undang-undang hudud yang sedang diperjuangkan.

"Pas juga perlu mengambil kira kos memulakan saman fitnah di UK, ang menelan berjuta-juta ringgit, sudah pasti ahlinya mahu tahu di mana mereka mendapat wang itu?" katanya. ~ Sumber.

Video

Sian Hadi, Lain ditanya laindia pi jawab.......Kah Kah Kah Hadi Awang Buat lawak bro !Kenyataan Hadi Awang melucukan, kata Husam...
Berani PA$ saman Husam ?? 
Ketahuilah Ulama yang menyerondoi pintu-pintuUmara itu adalah ulama suu' atauulama jahat sahaja.
Sekali sekala cadangan Ibrahim Aliini boleh pakai daa ! Tak payah Pas
kalut berhimpun buang masa orang
ramai !.
PA$ khabarnya tidak senang
dengan Dr. Asri yang pertikaikan
sejauh mana syarat untuk
menghukum berhubung pelaksanaan
pindaan itu sudah mencukupi.
Rujuk juga di sini .

Ni kes Salah hantar @mmg
sengaja nak Menipu walaun
serta macai...salah kerof tu?
PA$ kata depa tawakkal?
Pakai tidak sampailah kepadasasaran sebenar kalo diserahpada pihak yang melumatkan  etnik Rohingya. Ayam terlePa$ tangan bau tahik !!!Kah Kah Kah
Gullppp ! Errr Ehem !Bank Islam ada sekarangini tu idea asal DSAI ! nakselesai mende lagi? Haha
Menjawab Tohmahan LebaiPA$ P.Pg yang tidak berasas Baca lagi di pautan atas tu..See More
Alahai la Lebaikalau sangat UBN tu dipercayai?Eloklah bersatu cepat ! Tak elok dukpuja puji tetapi tak bersama ! Tak berapa elok orang pandang ! Hahaha
KhulasahKENYATAAN HADI AWANG MELAMBANGKAN BELIAU HANYA POLITIKUS BIASA BUKAN ULAMA!!

Apa saja alasan yang presiden PAS berikan ianya melambangkan beliau hanyalah seorang politikus biasa yang serba lemah dan bukannya ulama yang berjiwa besar.

Ulama yang berjiwa besar akan bersikap inklusif, terbuka serta menerima siapa saja dengan penuh keredhaan. Seseorang ulama akan berbaik-baik serta bermaaf-maafan dengan sesiapa saja khususnya bekas para sahabatnya yang berpuluhan tahun berjuang bersama-sama.

Hadi awang sepatutnya berpegang pada prinsip dan amalan nabi junjungan besar iaitu rasulullah saw yang amat bersifat pemaaf, tidak berdendam serta sanggup memeterai perjanjian dengan sesiapa saja termasuk dari kalangan bukan islam semata-mata bagi menjamin kesejahteraan hidup ummah.

Rasulullah saw juga tidak sama sekali berkompromi dengan segala bentuk kemungkaran atau salahlaku tanpa mengira apa saja pangkat mahupun darjat seseorang itu.

Saya nampak sifat hadi awang semakin bercanggah dengan perwatakan rasulullah saw. Ini perkembangan yang amat menakutkan!!

Kita sedang lawan kemungkaran rasuah dan berbagai salah laku yang bakal meranapkan keseluruhan bangsa, agama dan tanahair tetapi presiden PAS ini semakin intim pula dengan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara kita.

Apa nak jadi dengan hadi awang ini?!

Sekurang-kurangnya hadi awang kena ambil ikhtibar serta contoh dari tun dr mahathir mohamad dan dato seri anwar ibrahim. Kedua tokoh ini amat berjiwa besar!! Mereka meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan diri!!

Sudah sampai masanya Pakatan Harapan susun strategi untuk memantapkan barisan pembangkang tanpa PAS untuk tawan putrajaya pada pru14 nanti.

PAS adalah sebuah parti hipokrit!! Jangan risau dengan tokoh-tokoh pemimpin PAS macam hadi awang!!

Orang hipokrit bila dia lihat Pakatan Harapan mantap serta kuat dan boleh memenangi pru14 kelak; yakinilah mereka akan buat 'u-turn' seterusnya akan balik ke pangkuan pembangkang akhirnya.

Saya hanya ingin melihat hadi awang untuk buat pengumuman rasmi kearah bekerjasama dengan umno serta Barisan Nasional.

Sekiranya itu berlaku kita semua jangan risau kerana keseluruhan rakyat termasuk bangsa melayu akan tolak parti PAS secara total.

PAS sedang masuk dalam perangkap umno!! Sekali terperangkap PAS akan terkubur tanpa batu nesan buat selama-lamanya!!

Pada hemat peribadi saya, hadi awang semakin merepek!!

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
12 Februari 2017





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video