Posts

Sekalipun kamu benci dia, berlaku adillah ! [ video ]

Image
Tidak pasti sebenarnya Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa solat Jumaat diganti hari Sabtu? Maria sendiri ketawa bila pemberita ajukan soalan demikian kepadanya. Dia kata solat Jumaat mana boleh diganti hari Sabtu, itu perintah Allah. Pemberita itu pun lah lagu tu saja. Malulah tu. Maria pun tahu itu perintah Allah. Orang bodoh saja percaya kepada 'fitnah' politik bodoh. Difahamkan, semua ini adalah kerana 'kebencian' di 'satu pihak' kepada 'Bersih' dan mereka coba memutar belitkan Pengerusinya di mana yang boleh dengan menimbulkan 'ketegangan' terhadap isu 'agama' yang cukup lumrah bagi kumpulan itu mengada-adakannya? Kebencian ini mula terserlah bila 'satu kumpulan' membuat senaman punggung di hadapan kediaman Maria Chin sendiri ( sini ). Terbaru, selepas gutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali. , kereta anak Maria Chin pula disimbah chat ( sini ) adakah semua ini dapat selesaik...

Lagu Politik - AMANAH Vs PAS [Video]

Image
Perkembangan politik pembangkang mutakhir sangat menarik bro ! Antara Pas dan Amanah disatu sudut dan dengan DAP dan Bersatu di satu sudut yang lain. Lagu politik PAS tidak seiring dan senada dengan lagu politik Pakatan Harapan. Lagu politik PAS mengikut rentak dan tari Umno-BN. Apa saja yang datang dimainkan muziknya dan dilaksanakan oleh UBN, memang lagunya sedap didengar oleh PAS, dia pun apa lagi, goyang badan laa beb ! ralit sampai tersengguk-sengguk punya 'khusyuk' berkenan kat lagu mainan Umno tu.  Teras Umno tu Melayu, maka Pas kadang berlagu lebih laju dari Umno pulak bro, habis bertanjak, bersamping, bertengkolok, berkeris dan kerisnya pun bukan sebarangan? Nala punya panjang buat belah kek bulan sebesar meja panjang tu ! Kah kah Kah Lagu politik Amanah hingga kini lebih diyakini, suaranya sedap, mengusik jiwa, menikam kalbu bro, atas dasar kepeduliannya, progresifnya dan lebih inklusif sifatnya - maka pendengar dan peminat pun mahu 'bernyanyi' bersama. ...

Al-Kisah RUU 355 [ Video ]

Image
Difahamkan RUU Persendirian, iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) turut tersenarai dalam Aturan Mesyuarat kali ini.  Sebelum pembentangan Usul Persendirian ini, Malaysia digamatkan    Aku petik sikit apa yang YB Rafizi Ramli tulis, boleh dibaca sepenuhnya di sin i . "Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman). "Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan. Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian. "Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengund...

Wayang Cina versi Melayu

Image
Umno taja parti Cina? Biaq betoi bro ! Parti Cina baru tajaan pemimpin UMNO ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” beritahu LGE. Penang Front Party (PFP) didaftarkan pada 9 September tahun dan mendakwa telah mendapat sokongan lebih 100 NGO Cina. Namun parti tersebut belum mendedahkan senarai sokongan tersebut sehingga sekarang.;demikian laporan Malaysia Dateline 13 Oktober 2016. Yang best tu bro, AP dari Umno yang menaja PFP ini dok cadang nak rampas Pulau Pinang musim pilihanraya akan datang nanti, sampai tara tu depa pulun buat kerja?  Hari-hari depa nielah yang sumpit Cina termasuk  adik kecik depa Pas tu, maki Dap tak habis-habis, musuh laa apa laa..tau-tau AP Umno nie pula mau buat kasino judi di P.Pinang? Tok Sidang mana? Tak kan diam saja kot? Kata jadi 'penasihat' ? Dah tumpul ke nasihat tu? Kalaulah fitnah..tolong nafikan gambar dari Malaysia dateline tu. Kalo benar? Memang Umno tak peduli hape dah,  asalkan a...

Sedap juga Mahfuz sindir Ku Nan - [ Video ]

Image
Boleh tahan juga cara AP Pokok Sena bidas Ku Nan bro ! Sesekali Mahfuz bikin panas daa.. memang Ku Nan tak paham maksud sebenar kenyataan Mahfuz ke ?.  Ku Nan tuduh Mahfuz 'gila kuasa' ? Apa kuasa yang ada pada Mahfuz?; yang 'gila kuasa' ialah mereka yang dah ada 'kuasa' atau pun sedang 'berkuasa' bro ! Ini Mahfuz apa dia ada? PJ Pas kat Kedah pun orang dah cabut bagi ke orang lain, yang ada Ahli Parlimen tu saja lagi, yang nie pun boleh tercabut juga kalo tak kena gaya lenggok ber main politik. Jadi yang 'gila kuasa' tu puak Umnolah macam Ku Nan tu, mereka inilah yang takut hilang 'kuasa'? Kata omputeh 'Absolute power corrupts absolutely ? Bila dah banyak kuasa, almaklumlah bro ! mau lagi kuasa tu, tu laa 'gila kuasa' namanya? Kuasa yang banyak ini biasanya si yang gila kuasa itu terdedah kepada amalan menyalahgunakan kedudukannya. Hangpa baca dan tengok vid tu sekali, siapa sebenarnya salah terkam? Kah Kah Kah

Rakyat masih mengharapkan Anwar dibebaskan [ Video ]

Image
Hari ini 12 October 2016, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan DS Anwar Ibrahim - usaha akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjaranya. "DSAI sudah alami pelbagai rintangan dan seksaan..DSAI sudah membayarnya dengan harga yang amat tinggi..bertahun merengkok dalam penjara..suatu ujian yang belum pernah dialami oleh mana-mana pemimpin..sanggup tergadai jawatannya..namun..beliau tetap berjiwa besar..bukan jawatan yang dikejar, sebaliknya maruah dan masa depan rakyat menjadi keutamaan. "Keputusan bertulis semakan semula kehakiman @anwaribrahim hanya akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan iaitu tarikh akhirnya pada 11 Januari 2017. Adakah panel hakim tidak boleh membuat keputusan segera pada hari ini kerana perlu merujuk dahulu 'kertas semakan' kepada 'tuan politik' mereka? Inilah yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat yang jelas melihat hujah-hujah pasukan peguambela gagal dijawab secara substantif juga oleh pasukan pendakwaraya. ...

Lebai Kelarah...Membangun bersama balak ! [ Video ]

Image
Lebai dan walaun sama saja cara berpikior bro ! Kelantan yang dah kena banjir terbesar setahun yang lepas tidak juga menginsafkan mereka malah turut bermegah dengan memacak tugu banjir menjulang tinggi dan pitih pun ditabur basa basi membinanya konon untuk sejarah anak cucu dan negeri? Kah Kah Kah Akhirnya pembalakan di kawasan orang asli di Gua Musang dihentikan sekejap setelah Kerajaan Pas Kelantan dikecam kerana lebih utamakan syarikat dan pekerja balak berbanding nasib masyarakat orang asli, sehingga masyarakat orang asli di Pos Simpor, Gua Musang sejak 27 September lalu membuat sekatan menghalang lori balak masuk daripada memusnahkan hutan didiami mereka, rujuk sini dan sini bro ! Apalah malang Kelantan beroleh pengurusan negeri yang tidak langsung menunjuk kematangan berpikior, sepatutnya rakyat diutamakan (dalam kes orang asal), apakah tidak ada jalan lain untuk membangunkan Kelantan? Sudah buntukah cara pengurusan negeri mengembelingkan tenaga manusianya mencari sumber ...