PRU14 | Yang Belit Yang Terbelit - Video Terbaru

PRU14 tinggal 2 hari saja lagi bila artikel ini mula ditulis. Dua hari yang akan melihat 'Perubahan Besar' untuk Pakatan Harapan menjuarai negara. Insya' Allah.

Itu impian semua rakyat yg prihatin dengan nasib dan masa depan negara. Lagi dekat PRU14 lagi banyak celoteh pimpinan dari bagai parti. Setiap kenyataan pimpinan besar mulanya sebagai percobaan untuk membetulkan kekusutan lawan. Tetapi kemundiannya lawan pun membalasbalik, ditenyeh semula oleh seterunya. PAS, BN dan UMNO coba sedaya upaya meyakinkan orang ramai bila mana PH coba persoalkan tindak tanduk mereka. 

Maka ada yang membelit awalnya, depa sendiri pula yang terbelit kemundiannya. KAHKAHKAH

PAS KECAM  
WAN AZIZAH

Hanya kerana Wan Azizah mendakwa parti itu menarik diri drpd pencalonan bagi DUN Rantau untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN). Maka lompatlah Pak Tuan Berahim | Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) dengan mengata balas ianya tuduhan fitnah? Kan betul tu yang PAS menarik diri di Rantau? Tarik diri tu bermaksud bagi laluanlah kepada UMNO. Bukankah UMNO tu sahabat qareeb Lebai? 

Walaun yang buang undi di situ takkan nak beri kat Harapan. Lagi pun walauns telah diasuh PAS dan Lebai Perdananya supaya undi UMNO. sini bro ! Pilih UMNO atau PAS kata Hadi. Jadi kalau PAS tak bertanding di situ, makanya walaun akan kena undi UMNOlah. Itu yang Wan Azizah bersuara tu. Pak Tuan buat-buat tak faham pulak? Simple congak je Pak Tuan ! Kan dah terbelit tu? Baca sumber asal .

                                                            MEDIA OREN
                                 DAKWA DISABOTAJ?


Media Oren dakwa disabotaj, cuba ganggu | Timbalan Setiausaha Agung AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Team Media Oren (MO) yang menyediakan khidmat siaran langsung menerusi Facebook bahawa terdapat gangguan siaran bermula dari Siaran Langsung Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya beberapa hari lalu.. | Masdar .

|| Bila AMANAH punya Media Oren ini, ia menjadi rujukan rakyat seluruhnya untuk lebih cakna dengan siaran langsungnya melalui FB. Sambutan di Ceramah Putrajaya saja mengundang sampai lebih 62K penonton. Tentunya ia suatu rekod baru yang menggerunkan pihak lawan. Itu sebab ianya disabotaj? Tetapi kerja itu adalah sia-sia, almaklumlah Team Media Oren dapat atasi semua itu. Mereka semua adalah professional beb !

                                    CARA MEDIA OREN
BERKERJA BELAKANG TABIR

PERSEPSI PAS Vs DAP
DIBETULKAN NIK OMAR 

Percubaan menggambar kan DAP sebagai anti Islam dan merancang memusnahkan agama itu di negara ini hanya datang dari pemikiran yang begitu lama diasak Umno kepada pengikut nya.

“Mereka yang takut kononnya DAP memusuhi Islam dan akan hancur Islam kalau berpakat dengan DAP adalah akibat termakan dedak Umno,” kata calon Pakatan Harapan Dun Chempaka, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. DAP katanya, mempunyai sikap yang jelas dan konsisten menentang Umno-Barisal Nasional (BN)..| sumber

|| Amacam PAS n Lebai ??? Begitulah cara politik sehat. Cara Nik Omar cukup memukau. Inilah tokoh masa depan negara. Bertuah PH memiliki beliau. Ropanya PAS dan Lebainya berkhayalan DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak Umno, begitu kata Nik Omar bro ! Bahaya 'dedak' ini ropanya bro ! Last sekali depa sama depa bergaduh pasai dedak. Ada yang kena sumpah jadi abu nih? JADI 'ABU' BEB ! Dahsyat Lebai punya sumpat tu? Kan dah terbelit?

|| Aku tertarik ayat2 yang digunakan oleh Nik Omar ini bro ! DAP katanya, mempunyai sikap yang jelas dan konsisten menentang Umno-Barisal Nasional (BN).

DAP sama seperti rakan bukan Islam lain tentu menjalani kehidupan berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini. Tidak perlu menuduh mereka yang bukan-bukan kerana mereka juga mahukan kehidupan harmoni seperti manusia lain.

| Kan ke cantik dan bergula manis ayat tu? Ini bahasa politik kelas atasan bro ! Kerana taksub dan walak membabi buta menjadikan PAS sekarang terbelit dengan 'permusuhan' ciptaan mereka sendiri dengan DAP.

  
BERJASA DIKHIANATI

Berjasa kesal dikhianati Pas | Itu isunya bro ! Kahkahkah. Ada ke patut memba sekoleh dalam PIGS (PAS Ikatan Gagasan Sejahtera) diberi 3 kerusi di Kelantan? Depa minta 17 ! Pas kasi 3 saja. Baru hangpa rasa terbelit dengan PAS. Kata juru cakap Berjasa, kerusi yg diberikan hanya memberikan kalah mati sahaja buat parti. Bak kata orang macam lepas batuk masa berjuntai kat tangga saja bro? Lebai kalo pasai belit? Memang 'class' bro? Kata juru cakap depa. 'Berjasa' rasa menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila Berjasa hanya diberi tiga daripada 17 kerusi. KAHKAHKAH. | Beritanya di sini bro !
        




LEBAI YG TERDESAK
BUKANNYA P. HARAPAN
Hadi kata, HARAPAN terdesak guna Nik Omar ! | Lebai dah cukup gusar, gelabah sejak Nik Omar bersama PH bro ! Lebai rasa terbelit dan PAS tidak ada jalan lain melainkan terus menghantam PH. 

| Yang ter desak tu sebenarnya Lebai & PAS. Itu pasal canang di sana canang di sini di sinun supaya walauns undi dan pilih UMNO atau PAS saja. Dah lama canang dan gendang dipukul. Takkan pula Lebai gusar kut? Dah sampai beratus kerusi PAS bertanding? 

Jadi 'King Maker' lah lebai dan PAS nanti? Harapan tak terdesak bro ! Yang sangat terdesak dan sesak dada adalah Lebai sendiri. Nik Omar pilih sendiri sertai HARAPAN. 

Tidak ada paksaan. Hanya kerana Nik Omar tidak memilih PAS dan wadahnya yang dah gelong tu. Orang cerdik seperti Nik Omar tak akan pilih wadah gelong seperti PAS yang berterusan 'berselimut' dengan UMNO..| sumber 

NIK OMAR
TIADA HALA TUJU
KATA PAS KELANTAN?
 



Johari Mat (kiri) berkata, PAS tidak pernah tutup pintu untuk bekas ahlinya kembali ke pangkuan parti itu.
Johari Mat menyifatkan anak bekas mursyidul am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz menyertai Amanah ibarat “menaiki bas tanpa hala tuju jelas”. PAS terbuka menerima bekas ahlinya, termasuk Nik Omar kembali bersama parti itu, selepas mereka sedar kesilapan termakan pujuk rayu pihak tertentu, kata Johari Mat..| Masdar .

|| Kah Kah Kah Lebai PAS kat Kelantan dah terlalu tertekan. Habis lebai2 pakat berkicau macam murai tercabut ekor. Woit Lebai! Hangpa baru saja pecat Nik Omar dah 'gila' panggil balik ke? Gila apakah ini? Hangpa kata Nik Omar naik bas tanpa hala tuju? Tetapi Bas Nik Omar tu sekarang ini penuh sesak dengan manusia yang mahu tumpang sama. Hala tujunya membawa negara kembali kpd platform yang lebih baik bukan macam Pas dan lebai yang masih harapkan aura Umno untuk terus hidup? KAHKAHKAH


Nik Omar tu halatujunya jelas untuk PH kalahkan BN . Tidak jelas dan kelabu hala tuju tu puak PAS hangpa la samada nak menang atau hendak menangkan Umno BN. Kalau nak menang mustahil boleh bersendirian macam kera sumbang .Bertanding banyak kerusi hanya memudahkan Umno BN menang. 

Sekejap nak menang 40 kerusi, lepas tu nak jadi Kingmaker, lepas tu nak menang simple majority, lepas tu nak bertanding 140 kerusi, lepas tu nak bertanding 160 kerusi, lepas tu nak menang 60 kerusi. Lepas tu nak jadi Kerajaan, lepas tu nak tubuh kerajaan perpaduan, lepas tu nak jadi 'penasihat' kerajaan? Jelas ke hala tuju macam nih? Berserabut habislah dengan lebai. 

Sudah tentu Nik Omar jelas hala tuju bila dia naik bas bersama rakyat yakni mahu menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan kelptokrasi yang kini dihulur talian hayat oleh PAS.

Cakap saja yang PAS dah meghudum sokongan di Kelantan sejak kemasukan Nik Omar dan bertanding di DUN Cempaka. Jadi sekarang siapa yang belit dan terbelit? Yang belit tu PAS dan Lebainya kerana mahu sangat menongkat MO1. Last PAS sendiri terbelit. KAHKAHKAH 

'PECAT?
SAYA BUKAN AHLI
PARTI KLEPTOKRAT'

Sekarang ni UMNO yang terbelit bro ! Nak pecat Rafidah? Dia bukan lagi ahli UMNO dah lama sangat. Dah sedekad katanya. Dah tak bayarq yuran pun. Kahkahkah | Umno nak belit? UMNO yang terbelit beb ! Baca berita ini. 


Penampilan Sulong
Rafidah Aziz di Ceramah PH

UMNO 
PERTUBUHAN HARAM-DAIM
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini mendakwa Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya daripada parti itu. “(Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) tiada kuasa untuk memecat sesiapa. “Sebagai setiausaha agung, Tengku Adnan bertanggunjawab terhadap kekacauan yang berlaku pada Umno hari ini,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. Daim juga mendakwa, Umno kini sebuah pertubuhan haram..| Beritanya.

|| Sepatutnya UMNO wajib mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, 19 April lalu yang gagal dikasanakannya. Itu isunya bro ! Ternyata kini bahawa UMNO bukan lagi sebagai sebuah pertubuhan politik yang SAH tetapi telah menjadi sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Jadi ! Selepas 19 April parti ‘sarkas’ dianggap parti jembalang? Setiap tindak tanduk UMNO mutakhir ini menjelaskanya, saperti melibat kan banyak pihak untuk mengikuti telunjuknya terutama SPR, RoS dan banyak lagi. Itu sebab mengapa segala ketetapan yang termaktub di dalam pelembagaan UMNO sendiri boleh di BULL-DOZE ikut sesuka  hati mereka sahaja.

LEBAI 
KUNCI PAGAR Beb !
Sebuah lori dengan bendera Pas diletakkan di depan pintu pagar tanah perkuburan yang menempatkan jasad Nik Aziz bagi menghalang Tun Mahathir menziarahinya. | Baca Sini  . 

|| Punya dahagi lebai2 PAS. Tu habis ceghedik la gamaknya duk buat kerja macam tu? Maruah PAS dan Lebai kelarai mereka makin meghudum beb ! Bukan makin naik. Tanah kubur tu tanah wakaf, tapi lebai buat macam sendiri punya? Ini bukan ajaran Islam. Ini akan boleh merosakan imej Islam. Bukan Islam akan lihat semua ini. Mereka tidak dapat mencari 'ISLAM' dari Lebai2 PAS. Dengan kerenah lebai2 PAS ini, Tun Mahathir pun membatalkan niat ziarah kubur Nik Aziz itu. Khalas. KAHKAHKAH. 

DEPA TAK HERAN
LAGI DGN UGUTAN Bro ! 



Umno: Tindakan menanti Rais jika naik pentas pembangkang
Ku Nan kata, buat masa ini, status Rais Yatim belum diputuskan kerana difahamkan bekas menteri tersebut hanya mengkritik parti menerusi media sosial. kedudukan Rais yang dilaporkan masih dalam siasatan parti selepas Umno menggugurkan keanggotaan 2 veterannya yang juga bekas menteri, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz berikutan tindakan mereka menyokong pembangkang dan menghentam parti..

Adakah Rais dan yang lain seperti Daim dan Rafidah heran kalau mereka diugut sebegini? Kahkahkah


PENAMPILAN RAIS
DI CERAMAH HARAPAN .

Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim membuat penampilan sulung di ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Titi, Jelebu malam ini. Ahli politik yang merupakan anak jati Jelebu itu tiba sekitar jam 10 malam, disambut sorakan orang ramai dan duduk di kerusi hadapan di pentas ceramah. Lebih 1,000 orang hadir mendengar ceramah itu. 


| Walaupun Rais Yatim belum bersedia untuk memberi ucapan atau menaiki pentas ceramah, tetapi penonton menghargai kehadirannya. Dah cukup laa tara tu bro ! Adakah ini ada kaitan dengan 'ugutan' di atas tu? Sapa yang belit? Siapa yang terbelit sekarang? Kahkah Kah. Lihat sini  .

AKHIRULKALAM

Lihat foto ini bro ! Lihat panji2 itu ! Lihat rakyat yang tekun mendengar ceramah Pakatan HARAPAN ! Masihkah anda mahu bersama 'Dacing' lagi? Masihkah mahukan Bulan O gerhana yang kosong lagi? Masih? Kenapa mereka berhimpun sebegitu ramai???

Kenapa? Mereka mahu berubah. Mereka mahukan 'Perubahan' kepada suatu pasukan yang terbaik untuk menguruskan negara? Manusia yang tidak mahu berubah pasti mindanya tersekat, tumpul dan beku. Perubahan bererti 'HIJRAH'. Berhijrah dituntut untuk suatu HARAPAN Baru. Kereta lama yang dah rosak perlu diganti, ditukar, dah tak larat nak 'overhaul' hanya habiskan fulus sahaja.

Jadi tentukan HARAPAN anda dengan Berhijrah kepada yang lebih baik bro n sis ! SELAMAT MEMILIH !



Catatan mat Tanjong at 7/5/2018 - 3.05am



Comments

  1. ISLAM itu adalah CAHAYA-NYA..

    Selain drp surah An-Nuur(CAHAYA)/Surah ke24..

    Ada bnyk kali Allah berfirman: "minaz-zulumati-ilan-NUUR" bhwsanya Allah menyuloh drp 'kegelapan' kpd "CAHAYA" yg terang bnderang..

    Ddlm CAHAYA yg terang bukan hanya 90juta, 1sen pon sgt jls TERANG n nyata TAK dpt disemunyikan!

    Ddlm CAHAYA yg terang..money-TRAILS sgt2 mudah mnghidu mcm mana individu2 itu mampu berkereta mewah Velfire Mercs BMW RangeRoover Audi Mini dsbnya..

    Ddlm CAHAYA-Minda yg terang yg dianugrahi-NYA..hujah/debat adalah seindah2CAHAYA yg dpt menyuloh kebebalan keTOLOLan pemBOHONGAN=penDajjalan keatas minda2 yg GELAP.. dan kenapa lobai holamak sgt takut kpd CAHAYA yg indah ini?

    Ddlm CAHAYA yg terang..jubah sorban ucapan2 TAKBIR n 2x-mah SYAHADAH tiada langsung nilainya, krn CAHAYA drp Allah itu menyuloh lurus telus tembus kedasar HATI hi hi..dan tau ke DOK, ada lebih 150x Allah menyebut ddlm Quran tentang HATI/qalbu...n ddlm CAHAYA-NYA itu, sbnr2 bahasa org2 yg beriman trhdp Allah adalah bahasa QALBU/hati, bukan bahasa mulut @ bahasa Arab 'tajwid' yg suka mnunjuk2 yg berbelit2 menipu lg KELIRU hu hu..

    Sbb itu apb CAHAYA Cinta-NYA yg tlh berputik ddlm HATI, akan terus sentiasa menyuloh seTERANG2nya kdlm diri diri n diri kita SENDIRI terlebih dahulu, agar sgl Dajjal=pmBOHONGAN =Ego=Kesumat kita pasrahkan kpd CAHAYA Cinta-NYA itu utk disuloh dibersih n dibuang jauh2!

    Dan ciri2 terindah CAHAYA itu adalah selfLESS tiada pentingDIRI-INCLUSIVE-OPEN-TERANG tiada-GELAP-Belit-PONTENG-Uturn-SONGLAP-Sembunyi, tiada smaskali AGENDA/sandiwara KELIRU tersembunyi, so adakah lobai2 tau hakikat CAHAYA yg sbegini cantek n indah sekali? hi hi..

    Klu kita maseh suka menipu berBOHONG=menDajjal maka jlslah ciri2 Dajjal itu ada pd diri kita, oleh itu Dajjal-Trails mnjdkan kita sgt2 mudah diDajjal diBOHONG ditipu keliru oleh penceramah2 Dajjal yg awal2 lg TAK sedar pon tlh diDajjal=mmBOHONGI minda mrk sendiri, sehingga dongeng Dajjal mata-SATU yg terjojol itu maseh mnjd ketakutan n debaran yg ditunggu2 sdangkan bayangan/ILUSI Dajjal sbegitu adalah karut marut n smaskali TAK akan berlaku!!

    Bro, adakah idup yg takut kpd CAHAYA-NYA yg terang itu, sebaliknya suka belit uturn ponteng menipu mnDajjal=berBOHONG ddlm "kegelapan" itu akan masuk kesyurga?

    Nota:
    Konon2lah.. klu yg bermata-SATU yg terjojol itu dtg nanti, gerenti dia tu bukan Dajjal sbb dia gerenti TAK dpt menipu berBOHONG=menDajjal kamu sbbnya awal2 lg kamu dah lari terlebih dahulu n dia TAK dpt n TAK sempat menDajjal=mmBOHONGI=meNipu kamu!? hu hu..

    Krn makna/ERTI/definasi hakiki Dajjal-itu=pmBOHONG=pnTOLOL=peNipu fulstop!



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?