Wadi Al-Bardani lembah paling indah di Arab Saudi - Video

Sekarang ini banyak sekali panorama mengejutkan berlaku di Arab Saudi bro ! Negara yang dulunya tidak berpenghuni sebelum Nabi Ibrahim alaihissalam membawa Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang masih kecil ke satu lembah tidak berpenghuni iaitu Mekah sekarang ini kerana menunaikan perintah Allah SWT.

Setelah telaga Zam-Zam ditemui barulah kaum Jurhum yang datang dari Yamen meneroka dan membuat penempatan tetap di sana dan diteruskan oleh bangsa Quraish sehingga lahirnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang membawa Rahmat untuk sakalian alam.

Sebelumnya Saudi Arabia punya suhu yang cukup panas. Tanah gersang dengan gurun tandus dan bukit bukau keras membatu. tiada aliran sungai di buminya. Siapa sangka  satu Lembah Menarik yang jadi tumpuan pelancong tempatan dan luar kini punya daya tarikan istimewa kerana terdapatnya aliran sungai serta tanah yg menghijau subur. 

Lembah itu terletak di selatan Bareq dan utara Muhayil Asir dialiri sungai sepanjang tahun dari bandar Al-Mashbah dan kawasan lain di wilayah Asir sehingga ke Wadi Baqrah. Itulah Wadi Al-Bardani yang seba memukau dengan keindahannya yang unik.



Wadi Al-Bardani lembah paling indah di Arab Saudi

Wadi Al-Bardani adalah salah satu daripada lembah menghijau dengan aliran air paling cantik di Arab Saudi, dan menjadi tumpuan pelancong tempatan.




Lembah itu terletak di selatan Bareq dan utara Muhayil Asir dialiri sungai sepanjang tahun dari bandar Al-Mashbah dan kawasan lain di wilayah Asir sehingga ke Wadi Baqrah.

Kedudukannya adalah di selatan Makkah dengan jarak sejauh 515 kilometer, manakala jaraknya dengan Madinah ialah 941 kilometer.

Dua bandar kecil Bin Otyafa dan al-Asrat terletak di sekeliling lembah ini. Bardani bermaksud ‘sebuah negeri yang dinaungi


Sebagai tambahan kepada aliran sungainya, lembah ini terkenal dengan rumput yang menghijau dan formasi gunung-ganangnya. Ia dikelilingi oleh tanah pertanian, industri ternakan kambing dan lembu.

Jurugambar Abdullah bin Shalwan banyak merakamkan gambar-gambar di lembah ini sehingga menarik ramai pelawat yang mahu menikmati keindahannya.



Inilah Wadi Al-Bardani, tempat paling Indah hijau dan Subur di Arab Saudi

Published on Jan 31, 2018
Dalam video ini ditampilkan Lembah Wadi al bardani yang terletak di selatan Bareq dan sebelah utara Muhayil, Provinsi Asir Arab Saudi.Lembah ini ini dialiri oleh sungai yang mengalir sepanjang tahun dari kota Al-Mashbah dan daerah lain di Provinsi Asir menuju ke Wadi Baqrah. Wadi Al-Bardani terletak diantara dua kota, Bin Otyafa dan Al-Asrat.


Selain sungai, lembah ini juga terkenal dengan lahan hijau dan area perbukitan. Dikelilingi oleh lahan pertanian yang luas, para gembala sering membawa gembalaan mereka kesanan untuk untuk beristirahat karena udaranya yang sejuk dan pemandangan yang indah. ~ | Al Arabiya |



Mat Tanjong 2/2/2018 at 6.35pm




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video