Siapa perosak Felda? - Video

Rakyat berduka. Pemimpin yang diamanahkan menjaga, mengurus, mentadbir negara terang-terang mengkhianati rakyat.Setelah cerita tanah Felda hilang di Jalan Semarak, kini Tanah Felda Jln Semarak sebahagian terbongkar, 12 lagi masih kontroversi, dakwa Anak.

Betapa serius 'pemainan' ini sehingga Mazlan Aliman dilaporkan menangis merayu selamatkan Felda. Aktivis yang memperjuangkan nasib peneroka itu mengimpikan pentadbiran Felda kembali ke landasan yang betul. Aktivis generasi Felda, Mazlan Aliman tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika diwawancara mengenai kemelut yang melanda agensi kerajaan itu oleh sebuah saluran YouTube milik Amanah, Oren TV FMT .

Felda semakin rosak. Dirosakan oleh tangan-tangan mereka yang diamanahkan menjaga dan mengurus 'aset rakyat' ini. Tetapi bro! Siapa sebenarnya yang menjadi 'Perosak Felda'? Ikuti penjelasan dari Saudara Mazlan Aliman, seorang yang begitu mahir dengan isu yang dibangkitkan ini.

Di bawah Umno BN Siapa perosak Felda?

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau amat sedih dengan pendedahan Berita Harian dan pengakuan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad, mengenai isu ‘ Felda hilang tanah di Jalan Semarak’.

Kata beliau, sejak tahun 2014, ura-ura cerita Wisma Felda di Jalan Semarak mahu dibangunkan, beliau telah membantahnya.

“Menara Felda setinggi 50 tingkat dengan kos hampir 1 bilion yang dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn Bhd di Platinum Park, mercu tanda Felda sedia dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ertinya, tiada keperluan pada ketika ini untuk melepaskan kepentingan atas tanah umpama emas bernilai RM1,200 sekaki persegi di Jalan Semarak. Diberi kepada syarikat luar yang tiada apa-apa kepentingan dengan Felda.

“Bahkan, latar belakang syarikat dan individu berkaitan diragui,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau lagi, seperti juga isu penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, bantahan beliau bersama Anak diperlekeh.


“Saya maklum, diketika bebanan kewangan Felda yang serius, mana mungkin Felda mampu untuk membangunkan projek mega di atas tanah Jalan Semarak, melainkan diserahkan pada pihak lain.

“Ternyata, apa yang dibimbangi mengenai kemungkinan tanah di Jalan Semarak terlepas kepada pihak lain, telah menjadi kenyataan.

“YAB Perdana Menteri dan Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri di JPM, saya yakin tahu maklumat perancangan pembangunan tanah di Jalan Semarak.


“Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi Felda dan Felda Investment Corporation (FIC) pada waktu itu. Dato’ Faizoull Ahmad, adalah Pengarah Besar Felda, juga Ahli Lembaga Pengarah. Sebahagian Ahli Lembaga Pengarah Felda ketika ini, adalah orang yang sama terlibat ‘menganugerahkan’ tanah di Jalan Semarak untuk dimajukan,” kata beliau lagi.

Jelas Mazlan, dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan tanah di Jalan Semarak boleh dielakkan, sekiranya YAB PM, Dato’ Razali Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah Felda menghalangnya daripada awal.


“Saya pun tidak pasti, apa peranan SPRM ke atas Felda, di bawah Plan Intergriti Felda-SPRM. Adakah SPRM terlepas pandang?

“Saya simpati dengan Tan Sri Shahrir Abd Samad yang bertanggungjawab mencuci ‘najis’ yang ditinggalkan mereka yang terdahulu.

Kalau dengar video temubual BH bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad takda dia sebut pasal kena bayar balik 2 billion untuk miliki tanah itu semula...

Menyebar apa yang orang tak kata mengatakan mereka kata itu FITNAH.

“Namun, jika beliau pelik dan hairan mengapa begitu mudah tanah milik Felda di Jalan Semarak itu boleh berpindah milik, beliau adalah sebahagian daripada anggota pentadbiran Kerajaan BN yang memerintah sejak sekian lama!

“Apa yang mampu beliau lakukan dalam kerangka sistem yang telah rosak?” sambungnya.

Kata Mazlan, beliau yakin kemungkinan Tan Sri Isa Samad akan di tahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Di sebalik tanggapan kita mengenai Tan Sri Isa Samad, Dato’ Sri Najib Tun Razak tidak boleh berlepas diri.

“Beliaulah yang melantik Isa Samad, meskipun dibantah banyak pihak.



                                    Situasi FELDA Terkini 
                                 Oleh Sdr Mazlan Aliman

“Konsep ‘pertanggungjawaban bersama’, dengan erti kata, tidak harus Isa Samad sahaja yang dipersalahkan.

Beliau memohon maaf kepada PM Najib namun katanya “anda bertanggungjawab atas malapetaka besar yang melanda Felda!”

“Perdana Menteri inilah yang mengungkapkan ‘ HARAM JADAH’ kepada peneroka yang menentang penyenaraian FGV di Bursa Malaysia,” kata Mazlan...| SumbeR .

MAKNAWInya ISU FELDA


Saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh. Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA mengenai isu-isu yang dibangkitkan - Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Lebai kemundian menambah, " Pada mulanya kami sememangnya mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, akan tetapi setelah mendengar penjelasan dari FELDA, jadi kami tunggu hasil siasatan SPRM sebelum umumkan langkah seterusnya" | sumber 

Lebai nak jadi jhoora dalam isu FELDA ? Alahai Lebai ! Juara sebenar isu ini ialah Mazlan Aliman dan 'ANAK'nya | Lama dah Mazlan bangkitkan isu ini sejak 2014 lagi. Tak payahlah Lebai nak mencelah ! Lebai dah puashati kira cukuplah ! KEHKEHKEH !
Terang hati belaka puak ni..Lebai terus saja berpuashati dengan penjelasan pihak2 berkenaan. 1MDB, TH, Isu FELDA dan dalam parlimen, Lebai2 Sekutu Umno boleh saja BERKECUALI sedang kan semua yang Lebai berpuashati itu penuh dgn pelbagai kemelut, skandal dan mempunyai unsur2 'rasuah' keterlaluan seperti mana yg dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang. 

Lihat beberapa pautan ini Skandal Felda, rafiziramli.com, Malaysia Dateline dan baca lagi pautan menarik ini bagaimana untuk kita rakyat boleh Bina Semula Negara bagi ringankan beban rakyat‎ yg kian dimamah kecurangan pihak2 tertentu di atas sana. Tidak apa apa lagi boleh diharapkan kepada PA$ dan lebainya kerana mereka telah terkepung dengan 'belaian mesra' Umno dan mudah saja digula-gulakan oleh sekutunya itu untuk BERPUAS HATI dlm semua perkara sekalipun jelas menyusahkan rakyat. 


Mungkin ada 'hidden agenda' lantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda? Now we know why?
Nak Tanya sikitlah bro !Bila keluar BERITA ini? Apa hubungkait Hilangnya tanah Felda kat Jalan Semarak tu dengan selesainya hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC). Bukan kecik anak beb ! 

Hutang tu berjumlah AS$602.7 juta. Sebuah akhbar di Singapura semalam, The News Straits Times bertajuk:”1MDB Malaysia menyelesaikan hutang Abu Dhabi dengan bantuan China”, dipetik melaporkan bahawa AS$602.7 juta telah diselesaikan. Selesai hutang dengan (IPIC) satu bab ! Yang 'bantuan China' tu pula mai kok mana? Bantuan tu kira 'hutang baru' laa kut? Kalau benar bagai dilapor? Cantekkkk beb ! Buat hutang bayar hutang? KahKahKah. Rujuk dan Lihat.. sini .

Sekadar Bertanya !
KALAU BENAR? Malanglah rakyat dan Negara. Anak cucu akan 'menyumpah' seranah perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini?





Coba Baca dan teroka di Bumi Melayu-Singapura dan Israel..

Tau Tau Keluar Beritan INI > VV >
| DERITA BAWAH NAUGAN DAP - Hadi Awang.

Dah tak ada apa dah dengan Lebai ini ! Dari kepala sampai ke ekor dah membusuk, semua kuat menipu aka fitnah. Adakah tanah yang berpindah milik seperti di atas itu angkara DAP? Kenapa Lebai tak hendak bercakap yang benar? Bukankah hilangnya tanah strategik & rizab Melayu di Pulau Pinang dan di lain negeri akibat & angkara orang-orang Umno? UMNO yang gadai Melayu, kenapa marah DAP?; Lihat sini

Di Kelantan pun siapa yang menyuci bersihkan balak? DAP ke? Berkaitan dengan ini | Hutang 1MDB: Patriot gesa Majlis Raja-raja campurtangan susulan laporan media asing ? Adakah Lebai Tahu?? Lebai nak sebut 1MDB pun ketarq lutut ketarq jenggot ! Masihkah rakyat derita bawah DAP ke? DAP ke yang 'berhutang' sebegitu? Elok baca jawaban balas dari Wan Ji terhadap kenyataan berpusing dan 'bohong' Lebai Perdana itu di sini. Cukup-cukuplah Lebai. Jangan 'timbunkan dosa' lagi ! KahKahKah

Bolehlah hangpa 'qias' kan dengan apa yang berlaku sekarang kat negara kita Malaysia yang tercinta ini yang namanya selepas Merdeka 1957 itu dengan nama ' Persekutuan Tanah Melayu' kemundian di 'Malaya' kan dan akhirnya jadi 'Malaysia' ! Jarang ada negara di dunia yang bertukar nama sampai dua tiga kali beb?

Tinggi semangat patriotik yg ditunjukkan oleh BN. Kalah DAP! Lebai Perdana tak mahu 'komen' ke? KAHKAHKAH
Apa barang nk hantar Unit Amal, lebai² tu kena pi sendiri tunjuk solidariti baru wa salute. Ni nk lawan UMNOBN pun ketaq lutut, ada hati nk pi berjihad. Lawak lu Lebai !!...

Kepada semua pembaca Batu Bara . Admin ucapkan Selamat Berpindah ke Tahun Baru 2018. Makin beranjak tahun, makin kurang umur kita sebenarnya. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. 


Posted by Md Tanjong at 1.38am 31/12/2018



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?