Dari PWTC | PAU 2017 Makin Tiada Isi.- Video
PAU memulakan edisinya tahun ini dengan menampil pengampu2 tegar Umno Totok untuk mencerahkan harapan supaya mereka di pilih semula bertanding di PRU 14 nanti. Kalau tidak mengampu? Tak boleh 'cari makan' ler ! Begitu pun ada juga yang cuba pusing belit sikit sikit.
Bermulalah 'mentera', jampi dan serapah dari segala macai dan sekutu tegar Umno. Tentunya sekutu yang sekufu' dengan UMNO tidak lain adalah Lebai2 PAS itu sendiri. Depa pun tolong sama ber ganding bahu tolong memba taawun palu gendang dgn cara hadir kan diri dalam PAU 2017 ini. PAU telah bermula (MD) PAU2017 Makin pudar Tiada Isi.
Minggu ini media akan tertumpu kepada Perhimpunan Agung Umno yang ke-71. Sudah pasti liputan kali ini akan lebih meluas memandangkan persidangan berkenaan dikatakan sebagai persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tidak mengapa. Ini musimnya dan ini kebiasaannya. Tidak ada apa yang pelik. Jika Umno tidak mengambil kesempatan penuh daripada persidangan tersebut untuk memalu gendang perang PRU, maka itu yang pelik.
Justeru, nantikan mantera Umno seperti biasa. Nantikan penegasan daripada pucuk pimpinannya akan perjuangan parti itu untuk membela nasib Melayu, Bumiputera dan Islam.
Nantikan laungan bergema bahawa parti itulah satu-satunya parti yang membawa kemerdekaan dan memimpin bangsa serta negara ke arah kejayaan. Dengarlah nanti pelbagai ulangan inisiatif Transformasi yang telah dilaksanakan dan angka-angka hebat lagi gah yang membuktikan Umno BN telah berjaya memartabatkan bangsa, agama dan negara. | Teruskan Baca Mentera PRU14 dlm Pau 2017 .
JOGET LAMBAK
Putri UMNO Sakan Beb !
Wanita Umno
Isytihar 'Perang'
“Di hadapan kita musuh yang menggila, ini perang yang bukan kepalang, ini sumpah seorang pejuang. Ini perang yang mesti menang, kita tegakkan panji keramat. Kita perang demi maruah, kita perang demi bangsa kita perang mesti menang. “Ini amaran Wanita, sekali anak bangsa kami disentuh, siang malam Wanita rempuh. Sekali Wanita perang, jangan siapa berani halang. Sekali Wanita perang, semua petualang mesti kecundang.
“Ini perang mesti menang wahai ibu terbaik bangsa, gendang perang sudah dipalu, seruan jihad gegar berseru, pilihan kita hanya satu. Perang mesti menang,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Wanita Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di PWTC, hari ini..| sumber .
Dahsyat beb depa nie ! sampai main 'perang' 'perang'. Perang apa tu Mami Ijat? Dah tua-tua pun nak 'berperang' ke? Kalau 'berperang' belum tentu boleh menang! Peperangan adalah tipu muslihat. Begitulah yang pernah sejarah manusia alami. Tapi ini kali Pakatan Harapan tak akan bagi laluan mudah buat UMNO. PH pun ada 'skill' dan kemahiran 'bertempur' dengan UMNO nie ! Pengalaman dan tipu muslihat UMNO sudah dimaklumi dan dihadham dengan baik oleh lawan UMNO kali ini. PH dah cukup bersedia Mami ! Bukan macam Umno yang guna 'mentera' semacam pitih & dollar. Kita tak pakai 'mentera'. KahKahKah
Habis semua jasa
Mahathir orang tak nampak
Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali mengeluarkan kenyataan panas mempertahankan pemimpin kesayangannya iaitu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menerusi Instagram, Fathia meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang melupakan jasa-jasa Mahathir yang disifatkan bagai kacang lupakan kulit.
"Bila kita di atas, orang sanjung kita macam nak rak, tapi bila kita sudah tua atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka cakap, kata kita ni nyanyuk, gila, tak dak akai (akal), itulah dinamakan kacang lupakan kulit."Habis! Habis semua jasa dia (Mahathir) orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni macam kena lempar tepi jalan," katanya..Malaysiakini.
Bila bersuara menyongsong arus UMNO dan para pengampunya, sekali pun benar, macai yang kuat mengampu tidak boleh menerima pakai apa yang diluahkan artis ini. Maka Nur Fathia Latiff digesa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memandangkan pelakon itu kini gemar membuat komentar mengenai politik. Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sudah tiba masanya Fathia memilih platform sesuai jika beliau mahu meneruskan minatnya dalam politik. Baca lagi di sini . Itulah UMNO - Under 'Mugabe' No Objection beb ! Kalau mahu kekal dan senang ampulah semahumu! Hai ! Tak sayangkah segala macai dengan artis jelita ini.? Bukan senang nak cari yang sokong UMNO jelita macam nie? Salute to you Nur Fathia Latiff.
Zahid: Putrajaya
akan kekal milik Umno
"Umno tidak boleh kalah! BN tidak boleh tewas!
"Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Insya-Allah Putrajaya akan terus menjadi milik kita - milik Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian tiga sayap parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam ini.
"Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki winning mentality.
"Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun!Zahid.
Panglima Umno dah bersuara tu. PH akan coba sedaya upaya kali ini untuk mengalahkan UMNO. Memanglah Umno selalu optimis menang. PRU13 dulu Umno sebenarnya dah kalah. Undi 'Popular' Setiap 'pertempuran' ada kalah menangnya. Umno cukup gerun cukup berpeluh kalau 'Kalah Total'?, Bukan takat berpeluh saja. Umno takut akan hilang segala ghanimah dan khazanah yang diraih selama ini. Banyak tu. Tak terkira banyaknya? Bukan itu sahaja yg ditakuti oleh juak-juak besar Umno ini, paling ditakuti mereka cukup gerun bila nanti akan ada yang akan diadili? Itu yang sebenar nya menjadi igauan mereka siang malam kiranya kecundang pada pihak lawan politik mereka khasnya kepada Pakatan Harapan. Umno boleh saja kalah kali ini kiranya rakyat sudah muak dengan kerenah pemimpinnya yang mesra 'rasuah' umpamanya? Muak dengan 'Kleptokrasi' yang menyulit & menjadi beban kepada rakyat. Panglima Umno jangan kata 'BN Tidak Boleh Tewas', 'Umno Tidak Boleh Kalah' ? Tiap suatu ada tarikh luputnya. Sekali kecundang! Umno tidak mampu bangun semula..
SAYA BERASA LEGA
- Iskandar Abdul Samad
PAS berkata parti itu berasa 'lega' apabila bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor semalam. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah. “Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno)..Mkini.
Lebai PA$ berasa lega? Lega apanya Lebai? Sebenarnya rakyat yg lega tengok PA$ berulit dengan Umno. Senang rakyat nak menolak PA$ yang bersekutu bersekongkol dengan Umno tu. Rakyat LEGA sangat-sangat tengok PA$ dan UBN bagai aur dengan tebing. Tapi Lebai nak juga makan keliling. Tengok Video ini.
LAGU LAMA
AMPUSANA AMPUSINI .
Hanya Umno mampu ceriakan rakyat, kata Shabery
Bernama melaporkan Ahmad Shabery Cheek berkata hanya Umno yang mampu memberikan keceriaan kepada keseluruhan rakyat dengan memberikan perhatian penuh soal kebajikan seawal usia bayi hingga warga emas. “Dalam masyarakat Melayu, Umno menjadi institusi tempat mereka bersandar bukan bergantung...daripada anak kecil dilahirkan, ibu yang mengandung, soal pelajaran, sakit demam hinggalah ke universiti dan perumahan serta kebajikan lain, ia adalah hasil daripada perjuangan Umno,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.. | Malaysiakini.
Madah ampusana wasini memang 'boom' beb! Inilah cara dan gaya mereka bermain minda penyokong dan rakyat. Aku kutip komen2 dari netizen apa yang Shabery Chik labon nie..ikuti di bawah ini
Bersandar kau kata, sejak terpacul keluar dari rahim ibu Dah menanggung hutang yg pemimpin2 umno buat, Apa yg kau sembang..(Raja Adzmi Raja Wahab ).
Dato Seri..Tempat pengantungan&pengharapan serta berserah diri hanya kepada Allah...bkn kpd parti politik..xpyh nk retorik sgtla..(Shairulafizan Muhammad Shamsuddin )
Adakah umno sanggup berlapar demi rakyat?adakah umno sanggup gaji kecil demi rakyat?adakah umno sanggup lepaskan kemewahan demi rakyat?adakah umno sanggup jd susah demi rakyat?jawapannya,mereka hnya sanggup turunkan 1 sen je hrga minyak stat esok...so toksah mimpi la nk mereka berkorban semua tu..sedor2 la wehhh..(Ario Haziq).
Subbahannallah bawa la bertuabat, bukan umno bengong oiii, Allah yg berkuasa atas segala kesenangan umat Nya....jika ada yg lain dalam hati sekali pun bermakna kau menduakan Allah hukumnya syirik perlu bertaubat....hanya dgn izin Allah saja umno diberi hak dan amanah untuk memerentah kalau tak amanah tunggu lah azab Allah..(Nasir Sardi).
SUARA SHIELA
BERGEMA DI PAU 2017
Semalam penyanyi popular Sheila Majid menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.Pendirian tegas penyanyi lagu Sinaran itu kini menjadi tular di Internet. Kritikan pedas itu di anggap sebagai tamparan hebat kepada Umno kerana dibuat menjelang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang bermula hari ini. Kenyataan itu muncul selepas rakan artis Fathia Latiff membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an yang tidak memihaknya | Mkini.
Di sebalik pujian, Umno serang Sheila Majid ‘tak guna akal’ lebih emosi untuk ampu pemimpin.
Tugas kerajaan adalah membantu rakyat wahai perwakilan. Bukan nya 'suggest' suruh rakyat berusaha mencari pendapatan lebih uutuk menampung kos. Kalau mai persidangan hanya untuk memuji pemimpin? Takkan ada sorang pun nak berhujah pasal kos. So n so makin meluat la generasi sekarang pada umno....Perwakilan semua kaki angguk, pasal tu mereka kata gitu, semuanya kaki bodek dan mengampu pemimpin. Mana ada yang berani 'to say no', UMNO tu U Must No Objection kata pemimpinnya kalau nak mengekalkan kedudukkan.
KISAH 'TIKAM MENIKAM'
Memba 'Tikam' Memba
PAU 2017 | Umno dan BN yakin dapat menggandakan jumlah kerusi DUN di Kelantan dan merampas negeri itu daripada PAS. Malah, wakil Pemuda Umno Kelantan Sheikh Razali Sheikh Hamad mendakwa bahawa Allah telah beri petunjuk yang PAS di negeri serambi Mekah itu tidak lagi kuat. "Slogan Tok Pa (Datuk Mustapa Mohamad) adalah PRU14, Kelantan milik BN."Allah telah beri petunjuk kepada kita, PAS dan rakan-rakan di sebelah sana cukup bercelaru. "Kita doa Kelantan terus milik BN," kata Sheikh Razali dalam perbahasan di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC hari ini.. | Malaysiakini .
Bila Lebai baca apa yang mamat Umno ni kata, lebai2 PA$ tetap tak percaya kerana lebai dah sedap dipeluk Umno. Inilah politik beb ! Masa Pas tengah baguih sokong Umno setengah gila, UBN pula nak kuburkan Lebai. Memba 'Tikam Memba. Jadinya, Umno-BN tak perlu kerja kuat pun memang niat Lebai Tua nak derma negeri serambi tu dgn suka rela juga..Dulu dia berjaya pecahkan PR. Kini berjaya pecahkan parti sendiri menjadikan tiga kumpulan. Jadi bukan susah sangat nak tempur masuk namun memang pintu sedia di buka oleh memba baru itu sendiri...
UMNO akan tawan kembali Kelantan kerana PAS telah terperangkap ke depan. Dah tak boleh nak patah kebelakang balik dah, rakyat dah tak percaya lagi. Langsung Tidak percaya beb !!!!.
ADIK 'TIKAM' ABANG
Selebriti Azwan Ali bercakap kepada media mengenai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini dikejutkan dgn kehadiran selebriti kontroversi, Azwan Ali yang beria-ria benar mahu ‘menjatuhkan’ abang kandungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Azwan ketika ditemui pemberita, mendedahkan sikap dan layanan Azmin terhadap beliau yang juga merupakan penyokong kuat abangnya itu. Namun, setelah kehilangan banyak peluang pekerjaan dalam industri hiburan, sokongan tersebut bertukar menjadi dendam ekoran sikap Azmin yang didakwanya lebih mementingkan kumpulan pengikutnya yang korup, katanya. | sumber. Tonton video beb ! Panas meletup letup..
COKELAT PUN
ADA AMPUSANA SINI
Bungkusan coklat yg paparkan wajah Mahathir menjadi pilihan kedua paling diminati selepas Datuk Seri Najib Razak. “Ini hari keempat (jualan) & sambutan sangat menggalakan bekalan pun banyak dah habis terutama sekali (bungkusan) coklat yang berwajah Datuk Seri Najib Razak," katanya menambah coklat yang memaparkan wajah Mahathir pula dijual sebanyak 800 bungkusan. Ditanya sambutan luar biasa terhadap coklat Najib, Norsiah menafikan ia disebabkan ketaasuban kepada presiden Umno itu sebaliknya kerana perisa berlainan bagi setiap coklat. "Kebanyakan yang datang tak suka kacang atau mereka yang alah pada kacang akan pilih perisa coklat biasa, bukan sebab taasub kepada satu-satu pemimpin," katanya..| Malaysiakini .
PRU14:
INI KALILAH, UMNO
Umno, khabarnya, mahu berubah untuk menjadi parti yang menjaga kepentingan rakyat, meringankan beban kehidupan dan tidak sekadar menjadi parti yang menjaga kepentingan para kroni atau anak-beranak semata-mata. Umno juga tidak mahu lagi hanya mempunyai banyak cawangan yang kesemuanya adalah terdiri daripada sepupu-sepapat sahaja dengan jawatan ketua bahagian diperturunkan dari generasi ke generasi. Umno tidak mahu lagi menjadi parti yang terheret dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang membarah kerana tidak pernah duduk di kerusi pembangkang sejak Malaysia merdeka pada 1957.
Umno tentunya tidak mahu terpalit lagi dengan isu-isu mega seperti 1MDB, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) atau dakwaan salah guna kuasa dalam Felda mahupun MARA yang bukan sahaja dipaparkan di media Malaysia.
Ohoo ! Banyak sungguh hangpa punya tidak mahu yer? Tapi kalau sekali lagi 'berkuasa'? Lebih dari tu nanti hangpa buat? Hangpa nanti mahu bukan2 Kahkahkah | Ya betul. Ini kalilah, Umno merasa jadi parti pemerintah, lain kali Umno tukar tempat jadi parti pembangkang pulak. Ada sesetengah orang boleh belajar dari pengalaman orang lain, ada pula kena belajar dari pengalaman sendiri barulah mereka dapat belajar dengan lebih tekun. Begitu jugak Umno, mereka perlu belajar daripada kekalahan mereka untuk mereka mengubah sikap jadi parti yang lebih baik. Jika mereka tidak kalah, mereka tidak takut berbuat salah kerana buat salah pun mereka tetap disokong. KAHKAHKAH Mentangmentang ORANG UMNO boleh senang, boleh buat apa saja depa suka, mereka fikir mereka boleh beli undi rakyat pada bila-bila masa mereka mahu. Sorry laa Macai ! INI KALI UMNO kena pulak jadi pembangkang. Amacam? KAHKAHKAH
OLE OLEH PAU2017
FOTO MENARIK NARIK !
PAU 2017 HANG KATA AKU,
AKU KATA HANG...
SAYONARA LEBAI
Lebih banyak kerusi mampu ditawan di K'tan - perwakilan
PAU2017 Umno Kelantan yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Wakil Umno Kelantan merangkap Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini berdasarkan keyakinan masyarakat di negeri itu yang dilihat semakin meningkat terhadap Umno dan BN hasil usaha tulus yang ditunjukkan kerajaan persekutuan di negeri itu. |Malaysiakini.
Umno dah tak berselindung. Lebai PA$ saja yang anggap Umno tu rakan niaga politik Lebai. Chief Lebai PA$ bukan main beriya iya sangat menyokong Umno sampai keluar arahan kepada walauns suruh undi Umno asal jangan undi PH. Hari ini apa macam Lebai? Apa macam walaoun? Memba sendiri dah nak pelangkong PA$. Konon kerjasamalah, setiakawanlah. Gigit jarilah Lebai nanti. Bai Bai PA$ n Lebai.
AMPUSANA AMPUSINI
'Jika ekonomi terjejas, kenapa tiket RM888 Shiela habis?'
Kritikan ratu Jazz negara Sheila Majid berkaitan ekonomi negara turut mengundang reaksi pembantu khas isteri perdana menteri Rizal Mansor.Pembantu Rosmah Mansor itu berkata, jika benar dakwaan Shiela itu tidak mungkin tiket konsertnya yang berharga sehingga RM888 sekeping boleh habis terjual.
“Ya, betul anda adalah ratu jazz negara dan dianggap legenda yang punya ramai peminat tetapi mampukah mereka untuk membeli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas,” soalnya..| Mkini .
Aloo bro ! Hang ingat Pak Mat Tempe ngan Pak Din jual sayur ke nak tengok konsert Shiela tu? Yang ketagih dengan konsert Shiela ni jenis puak2 Umno atasan juga macam bro ! Itu pasal hang tau harga konsert tu. Yang tengok yang duk stim dengan konsert mcm nie hanya puak koporat ternakan UBN yang tak tahu nak hamborq pitih dollar depa tang mana? Takat arga tu, kacang jer bagi depa. Tapi Shiela bersuara untuk rakyat marhaen semua, yang terhimpit dengan kos sara hidup bikinan 'tokeh' hang juga ! Hang tau apa bro? hang duk atas puncak, tu pasai nampak orang bawah kecik je! kerja ampu bodek tu kerja puak Umno yg dah senang lenang macam bro ! Shiela tu dah kaya dan mampu, sebab dia ada rasa sama yang dirasai rakyat, dia pun bersuaralah. Itu tanda dia prihatin dengan nasib bangsa sendiri yang tidak ada dalam jiwa puak2 bro ! Salute to you Shiela.
KHULASAH
Patutnya perhimpunan besar seperti PAU begini lebih banyak diisi dengan agenda menyelesaikan permasalahan rakyat, masalah rakyat umum dan keseluruhan. Kos sara hidup, pekerjaan dan siswazah yg ramai menganggur, harga rumah yang terlalu mahal, pendidikan, kebanjiran pekerja asing, infrastruktur di kampung2 pendalaman & apa saja isu yang bersangkutan dengan rakyat untuk dapat jaminan penyelesaian jangka panjang, bukan sekadar bantuan talian hayat jangka pendek seperti sekarang ini seperti BR1M umpamanya !!
Perhimpunan besar ini nampaknya hanya menagih sokongan orang itu sokongan orang ini. Sebab itu ramai yang bercakap! Tidak sah kalau tidak mengampu, mengipas, membodek. Maki hamun hang aku, cabar mencabar, menempelak orang itu ini yang tidak ada kena mengena dengan isu rakyat. Inilah wajah PAU bikinan Umno saban tahun.
Macai Umno segala peringkat semacam syokk sendiri kalau boleh pegang mic bercakap. Perasan saja lebih konon nak tarik perhatian? Segala macai pun bertempik sorak bertepuk tangan sambil ketawa terbahak2 berdekah2 akhirnya nang boh ti nang koi boh ti koi..Pi Mai Pi Mai Tang tu jugak. KAHKAHKAH
Posted by Md Tanjong at 3.40am 9/12/2017
Bermulalah 'mentera', jampi dan serapah dari segala macai dan sekutu tegar Umno. Tentunya sekutu yang sekufu' dengan UMNO tidak lain adalah Lebai2 PAS itu sendiri. Depa pun tolong sama ber ganding bahu tolong memba taawun palu gendang dgn cara hadir kan diri dalam PAU 2017 ini. PAU telah bermula (MD) PAU2017 Makin pudar Tiada Isi.
Minggu ini media akan tertumpu kepada Perhimpunan Agung Umno yang ke-71. Sudah pasti liputan kali ini akan lebih meluas memandangkan persidangan berkenaan dikatakan sebagai persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tidak mengapa. Ini musimnya dan ini kebiasaannya. Tidak ada apa yang pelik. Jika Umno tidak mengambil kesempatan penuh daripada persidangan tersebut untuk memalu gendang perang PRU, maka itu yang pelik.
Justeru, nantikan mantera Umno seperti biasa. Nantikan penegasan daripada pucuk pimpinannya akan perjuangan parti itu untuk membela nasib Melayu, Bumiputera dan Islam.
Nantikan laungan bergema bahawa parti itulah satu-satunya parti yang membawa kemerdekaan dan memimpin bangsa serta negara ke arah kejayaan. Dengarlah nanti pelbagai ulangan inisiatif Transformasi yang telah dilaksanakan dan angka-angka hebat lagi gah yang membuktikan Umno BN telah berjaya memartabatkan bangsa, agama dan negara. | Teruskan Baca Mentera PRU14 dlm Pau 2017 .
JOGET LAMBAK
Putri UMNO Sakan Beb !
PAU 2017 Joget Lambak Puteri Umno Sakan
Inilah yang Pak lebai memba kamcing Umno suka tu ? Maklumlah dalam AMANAH payah sikit nak tengok putri lindungan bulan tua nie meghenyam gatai nak berjoget? Tua-tua bangka pun dpt gelaran putri juga. Itulah UMNO. Hang buat pi laa apa pun. Patuh Syariah ke Tak Patuh ke? Janji pemimpin depa naik naik syok sama! Lepas two? Three laa..KahKahKahWanita Umno
Isytihar 'Perang'
“Di hadapan kita musuh yang menggila, ini perang yang bukan kepalang, ini sumpah seorang pejuang. Ini perang yang mesti menang, kita tegakkan panji keramat. Kita perang demi maruah, kita perang demi bangsa kita perang mesti menang. “Ini amaran Wanita, sekali anak bangsa kami disentuh, siang malam Wanita rempuh. Sekali Wanita perang, jangan siapa berani halang. Sekali Wanita perang, semua petualang mesti kecundang.
“Ini perang mesti menang wahai ibu terbaik bangsa, gendang perang sudah dipalu, seruan jihad gegar berseru, pilihan kita hanya satu. Perang mesti menang,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Wanita Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di PWTC, hari ini..| sumber .
Dahsyat beb depa nie ! sampai main 'perang' 'perang'. Perang apa tu Mami Ijat? Dah tua-tua pun nak 'berperang' ke? Kalau 'berperang' belum tentu boleh menang! Peperangan adalah tipu muslihat. Begitulah yang pernah sejarah manusia alami. Tapi ini kali Pakatan Harapan tak akan bagi laluan mudah buat UMNO. PH pun ada 'skill' dan kemahiran 'bertempur' dengan UMNO nie ! Pengalaman dan tipu muslihat UMNO sudah dimaklumi dan dihadham dengan baik oleh lawan UMNO kali ini. PH dah cukup bersedia Mami ! Bukan macam Umno yang guna 'mentera' semacam pitih & dollar. Kita tak pakai 'mentera'. KahKahKah
Habis semua jasa
Mahathir orang tak nampak
Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali mengeluarkan kenyataan panas mempertahankan pemimpin kesayangannya iaitu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menerusi Instagram, Fathia meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang melupakan jasa-jasa Mahathir yang disifatkan bagai kacang lupakan kulit.
"Bila kita di atas, orang sanjung kita macam nak rak, tapi bila kita sudah tua atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka cakap, kata kita ni nyanyuk, gila, tak dak akai (akal), itulah dinamakan kacang lupakan kulit."Habis! Habis semua jasa dia (Mahathir) orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni macam kena lempar tepi jalan," katanya..Malaysiakini.
Bila bersuara menyongsong arus UMNO dan para pengampunya, sekali pun benar, macai yang kuat mengampu tidak boleh menerima pakai apa yang diluahkan artis ini. Maka Nur Fathia Latiff digesa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memandangkan pelakon itu kini gemar membuat komentar mengenai politik. Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sudah tiba masanya Fathia memilih platform sesuai jika beliau mahu meneruskan minatnya dalam politik. Baca lagi di sini . Itulah UMNO - Under 'Mugabe' No Objection beb ! Kalau mahu kekal dan senang ampulah semahumu! Hai ! Tak sayangkah segala macai dengan artis jelita ini.? Bukan senang nak cari yang sokong UMNO jelita macam nie? Salute to you Nur Fathia Latiff.
Zahid: Putrajaya
akan kekal milik Umno
"Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Insya-Allah Putrajaya akan terus menjadi milik kita - milik Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian tiga sayap parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam ini.
"Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki winning mentality.
"Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun!Zahid.
Panglima Umno dah bersuara tu. PH akan coba sedaya upaya kali ini untuk mengalahkan UMNO. Memanglah Umno selalu optimis menang. PRU13 dulu Umno sebenarnya dah kalah. Undi 'Popular' Setiap 'pertempuran' ada kalah menangnya. Umno cukup gerun cukup berpeluh kalau 'Kalah Total'?, Bukan takat berpeluh saja. Umno takut akan hilang segala ghanimah dan khazanah yang diraih selama ini. Banyak tu. Tak terkira banyaknya? Bukan itu sahaja yg ditakuti oleh juak-juak besar Umno ini, paling ditakuti mereka cukup gerun bila nanti akan ada yang akan diadili? Itu yang sebenar nya menjadi igauan mereka siang malam kiranya kecundang pada pihak lawan politik mereka khasnya kepada Pakatan Harapan. Umno boleh saja kalah kali ini kiranya rakyat sudah muak dengan kerenah pemimpinnya yang mesra 'rasuah' umpamanya? Muak dengan 'Kleptokrasi' yang menyulit & menjadi beban kepada rakyat. Panglima Umno jangan kata 'BN Tidak Boleh Tewas', 'Umno Tidak Boleh Kalah' ? Tiap suatu ada tarikh luputnya. Sekali kecundang! Umno tidak mampu bangun semula..
SAYA BERASA LEGA
- Iskandar Abdul Samad
PAS berkata parti itu berasa 'lega' apabila bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor semalam. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah. “Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno)..Mkini.
Lebai PA$ berasa lega? Lega apanya Lebai? Sebenarnya rakyat yg lega tengok PA$ berulit dengan Umno. Senang rakyat nak menolak PA$ yang bersekutu bersekongkol dengan Umno tu. Rakyat LEGA sangat-sangat tengok PA$ dan UBN bagai aur dengan tebing. Tapi Lebai nak juga makan keliling. Tengok Video ini.
LAGU LAMA
AMPUSANA AMPUSINI .
Hanya Umno mampu ceriakan rakyat, kata Shabery
Bernama melaporkan Ahmad Shabery Cheek berkata hanya Umno yang mampu memberikan keceriaan kepada keseluruhan rakyat dengan memberikan perhatian penuh soal kebajikan seawal usia bayi hingga warga emas. “Dalam masyarakat Melayu, Umno menjadi institusi tempat mereka bersandar bukan bergantung...daripada anak kecil dilahirkan, ibu yang mengandung, soal pelajaran, sakit demam hinggalah ke universiti dan perumahan serta kebajikan lain, ia adalah hasil daripada perjuangan Umno,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.. | Malaysiakini.
Madah ampusana wasini memang 'boom' beb! Inilah cara dan gaya mereka bermain minda penyokong dan rakyat. Aku kutip komen2 dari netizen apa yang Shabery Chik labon nie..ikuti di bawah ini
Bersandar kau kata, sejak terpacul keluar dari rahim ibu Dah menanggung hutang yg pemimpin2 umno buat, Apa yg kau sembang..(Raja Adzmi Raja Wahab ).
Dato Seri..Tempat pengantungan&pengharapan serta berserah diri hanya kepada Allah...bkn kpd parti politik..xpyh nk retorik sgtla..(Shairulafizan Muhammad Shamsuddin )
Adakah umno sanggup berlapar demi rakyat?adakah umno sanggup gaji kecil demi rakyat?adakah umno sanggup lepaskan kemewahan demi rakyat?adakah umno sanggup jd susah demi rakyat?jawapannya,mereka hnya sanggup turunkan 1 sen je hrga minyak stat esok...so toksah mimpi la nk mereka berkorban semua tu..sedor2 la wehhh..(Ario Haziq).
Subbahannallah bawa la bertuabat, bukan umno bengong oiii, Allah yg berkuasa atas segala kesenangan umat Nya....jika ada yg lain dalam hati sekali pun bermakna kau menduakan Allah hukumnya syirik perlu bertaubat....hanya dgn izin Allah saja umno diberi hak dan amanah untuk memerentah kalau tak amanah tunggu lah azab Allah..(Nasir Sardi).
SUARA SHIELA
BERGEMA DI PAU 2017
Di sebalik pujian, Umno serang Sheila Majid ‘tak guna akal’ lebih emosi untuk ampu pemimpin.
Tugas kerajaan adalah membantu rakyat wahai perwakilan. Bukan nya 'suggest' suruh rakyat berusaha mencari pendapatan lebih uutuk menampung kos. Kalau mai persidangan hanya untuk memuji pemimpin? Takkan ada sorang pun nak berhujah pasal kos. So n so makin meluat la generasi sekarang pada umno....Perwakilan semua kaki angguk, pasal tu mereka kata gitu, semuanya kaki bodek dan mengampu pemimpin. Mana ada yang berani 'to say no', UMNO tu U Must No Objection kata pemimpinnya kalau nak mengekalkan kedudukkan.
KISAH 'TIKAM MENIKAM'
Memba 'Tikam' Memba
Bila Lebai baca apa yang mamat Umno ni kata, lebai2 PA$ tetap tak percaya kerana lebai dah sedap dipeluk Umno. Inilah politik beb ! Masa Pas tengah baguih sokong Umno setengah gila, UBN pula nak kuburkan Lebai. Memba 'Tikam Memba. Jadinya, Umno-BN tak perlu kerja kuat pun memang niat Lebai Tua nak derma negeri serambi tu dgn suka rela juga..Dulu dia berjaya pecahkan PR. Kini berjaya pecahkan parti sendiri menjadikan tiga kumpulan. Jadi bukan susah sangat nak tempur masuk namun memang pintu sedia di buka oleh memba baru itu sendiri...
UMNO akan tawan kembali Kelantan kerana PAS telah terperangkap ke depan. Dah tak boleh nak patah kebelakang balik dah, rakyat dah tak percaya lagi. Langsung Tidak percaya beb !!!!.
ADIK 'TIKAM' ABANG
Seri Azmin Ali di Laman Media, PWTC, K L |
Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini dikejutkan dgn kehadiran selebriti kontroversi, Azwan Ali yang beria-ria benar mahu ‘menjatuhkan’ abang kandungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Azwan ketika ditemui pemberita, mendedahkan sikap dan layanan Azmin terhadap beliau yang juga merupakan penyokong kuat abangnya itu. Namun, setelah kehilangan banyak peluang pekerjaan dalam industri hiburan, sokongan tersebut bertukar menjadi dendam ekoran sikap Azmin yang didakwanya lebih mementingkan kumpulan pengikutnya yang korup, katanya. | sumber. Tonton video beb ! Panas meletup letup..
Saya sedia untuk
‘jahanamkan’ Azmin - Azwan Ali..
Apa punya 'keturunan' macam nie? Mau 'jahanamkan' abang sendiri?. Dedak punya pasal semua jadi huruhara...KahKahKah
COKELAT PUN
ADA AMPUSANA SINI
Bungkusan coklat yg paparkan wajah Mahathir menjadi pilihan kedua paling diminati selepas Datuk Seri Najib Razak. “Ini hari keempat (jualan) & sambutan sangat menggalakan bekalan pun banyak dah habis terutama sekali (bungkusan) coklat yang berwajah Datuk Seri Najib Razak," katanya menambah coklat yang memaparkan wajah Mahathir pula dijual sebanyak 800 bungkusan. Ditanya sambutan luar biasa terhadap coklat Najib, Norsiah menafikan ia disebabkan ketaasuban kepada presiden Umno itu sebaliknya kerana perisa berlainan bagi setiap coklat. "Kebanyakan yang datang tak suka kacang atau mereka yang alah pada kacang akan pilih perisa coklat biasa, bukan sebab taasub kepada satu-satu pemimpin," katanya..| Malaysiakini .
PRU14:
INI KALILAH, UMNO
Umno, khabarnya, mahu berubah untuk menjadi parti yang menjaga kepentingan rakyat, meringankan beban kehidupan dan tidak sekadar menjadi parti yang menjaga kepentingan para kroni atau anak-beranak semata-mata. Umno juga tidak mahu lagi hanya mempunyai banyak cawangan yang kesemuanya adalah terdiri daripada sepupu-sepapat sahaja dengan jawatan ketua bahagian diperturunkan dari generasi ke generasi. Umno tidak mahu lagi menjadi parti yang terheret dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang membarah kerana tidak pernah duduk di kerusi pembangkang sejak Malaysia merdeka pada 1957.
Umno tentunya tidak mahu terpalit lagi dengan isu-isu mega seperti 1MDB, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) atau dakwaan salah guna kuasa dalam Felda mahupun MARA yang bukan sahaja dipaparkan di media Malaysia.
Ohoo ! Banyak sungguh hangpa punya tidak mahu yer? Tapi kalau sekali lagi 'berkuasa'? Lebih dari tu nanti hangpa buat? Hangpa nanti mahu bukan2 Kahkahkah | Ya betul. Ini kalilah, Umno merasa jadi parti pemerintah, lain kali Umno tukar tempat jadi parti pembangkang pulak. Ada sesetengah orang boleh belajar dari pengalaman orang lain, ada pula kena belajar dari pengalaman sendiri barulah mereka dapat belajar dengan lebih tekun. Begitu jugak Umno, mereka perlu belajar daripada kekalahan mereka untuk mereka mengubah sikap jadi parti yang lebih baik. Jika mereka tidak kalah, mereka tidak takut berbuat salah kerana buat salah pun mereka tetap disokong. KAHKAHKAH Mentangmentang ORANG UMNO boleh senang, boleh buat apa saja depa suka, mereka fikir mereka boleh beli undi rakyat pada bila-bila masa mereka mahu. Sorry laa Macai ! INI KALI UMNO kena pulak jadi pembangkang. Amacam? KAHKAHKAH
OLE OLEH PAU2017
FOTO MENARIK NARIK !
Pakat senyum apa tu Mami Jat? Wanita UMNO mengenggam erat tangan bersama selepas Mami Ijat menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2017 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Huh ! bersemangat anak buah 'tokeh' pemuda nie ! Bincang masalah negara masalah rakyat ke?, atau seronok mengampu untuk terus maju di PRU14? Kahkahkah
Huh ! Cun melecun habis ! PAU medan terbaik 'cari jadoh' bagi segala macaita dan macaiti Umno. Tapi awas ! Jangan 'tersangkut' yang dah ada 'driver' ! Nanti tak pepasai kena 'hentak'? KahKahKahMas Ermieyati Samsudin (tengah) bersama barisan kepimpinan dan perwakilan puteri UMNO melaungkan kata-kata keramat selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2017 di Dewan Merdeka, PWTC.
Putri Terlajak memang seroookkkkk begini..Masalah negara, dan rakyat letak ke tepi..yang penting che boleh dulu berselfie.KahKahReaksi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin melihat gambar yang mereka berswafoto pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 201.
Cokelat yang memaparkan wajah Tun M laris yooo! Aura Mahathir tetap menjolok hati nubari macai sekalipun pimpinan utama mereka tidak senang dengan Bekas PM paling lama pernah menguasai kerajaan. Ole Ole terbaik untuk macai membeli makan dan bawa balik. Kenangan PAU2017.
PAU 2017 HANG KATA AKU,
AKU KATA HANG...
SAYONARA LEBAI
PAU2017 Umno Kelantan yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Wakil Umno Kelantan merangkap Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini berdasarkan keyakinan masyarakat di negeri itu yang dilihat semakin meningkat terhadap Umno dan BN hasil usaha tulus yang ditunjukkan kerajaan persekutuan di negeri itu. |Malaysiakini.
Umno dah tak berselindung. Lebai PA$ saja yang anggap Umno tu rakan niaga politik Lebai. Chief Lebai PA$ bukan main beriya iya sangat menyokong Umno sampai keluar arahan kepada walauns suruh undi Umno asal jangan undi PH. Hari ini apa macam Lebai? Apa macam walaoun? Memba sendiri dah nak pelangkong PA$. Konon kerjasamalah, setiakawanlah. Gigit jarilah Lebai nanti. Bai Bai PA$ n Lebai.
AMPUSANA AMPUSINI
'Jika ekonomi terjejas, kenapa tiket RM888 Shiela habis?'
Kritikan ratu Jazz negara Sheila Majid berkaitan ekonomi negara turut mengundang reaksi pembantu khas isteri perdana menteri Rizal Mansor.Pembantu Rosmah Mansor itu berkata, jika benar dakwaan Shiela itu tidak mungkin tiket konsertnya yang berharga sehingga RM888 sekeping boleh habis terjual.
“Ya, betul anda adalah ratu jazz negara dan dianggap legenda yang punya ramai peminat tetapi mampukah mereka untuk membeli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas,” soalnya..| Mkini .
Aloo bro ! Hang ingat Pak Mat Tempe ngan Pak Din jual sayur ke nak tengok konsert Shiela tu? Yang ketagih dengan konsert Shiela ni jenis puak2 Umno atasan juga macam bro ! Itu pasal hang tau harga konsert tu. Yang tengok yang duk stim dengan konsert mcm nie hanya puak koporat ternakan UBN yang tak tahu nak hamborq pitih dollar depa tang mana? Takat arga tu, kacang jer bagi depa. Tapi Shiela bersuara untuk rakyat marhaen semua, yang terhimpit dengan kos sara hidup bikinan 'tokeh' hang juga ! Hang tau apa bro? hang duk atas puncak, tu pasai nampak orang bawah kecik je! kerja ampu bodek tu kerja puak Umno yg dah senang lenang macam bro ! Shiela tu dah kaya dan mampu, sebab dia ada rasa sama yang dirasai rakyat, dia pun bersuaralah. Itu tanda dia prihatin dengan nasib bangsa sendiri yang tidak ada dalam jiwa puak2 bro ! Salute to you Shiela.
KHULASAH
Patutnya perhimpunan besar seperti PAU begini lebih banyak diisi dengan agenda menyelesaikan permasalahan rakyat, masalah rakyat umum dan keseluruhan. Kos sara hidup, pekerjaan dan siswazah yg ramai menganggur, harga rumah yang terlalu mahal, pendidikan, kebanjiran pekerja asing, infrastruktur di kampung2 pendalaman & apa saja isu yang bersangkutan dengan rakyat untuk dapat jaminan penyelesaian jangka panjang, bukan sekadar bantuan talian hayat jangka pendek seperti sekarang ini seperti BR1M umpamanya !!
Perhimpunan besar ini nampaknya hanya menagih sokongan orang itu sokongan orang ini. Sebab itu ramai yang bercakap! Tidak sah kalau tidak mengampu, mengipas, membodek. Maki hamun hang aku, cabar mencabar, menempelak orang itu ini yang tidak ada kena mengena dengan isu rakyat. Inilah wajah PAU bikinan Umno saban tahun.
Macai Umno segala peringkat semacam syokk sendiri kalau boleh pegang mic bercakap. Perasan saja lebih konon nak tarik perhatian? Segala macai pun bertempik sorak bertepuk tangan sambil ketawa terbahak2 berdekah2 akhirnya nang boh ti nang koi boh ti koi..Pi Mai Pi Mai Tang tu jugak. KAHKAHKAH
Posted by Md Tanjong at 3.40am 9/12/2017
Comments
Post a Comment