Selepas PRU, IMAMS jadi MAKMUMS?

Ramai juga yang kurang faham apa benda IMAMS nih? Depa ingat mcm Tok Imam kat Mesjid atau Surau kut? Tapi yang ini IMAMS  Integrated Manasik Monitoring System, merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.  Lihat | sini & sini

Kalau nak cari 'kelompongan' dan kelemahan semacam 'penipuan' dalam pakej umrah yang berlambak duk ada, memang senang 'mencipta' alasan. Bila ujudnya IMAMS, baru kita tahu adanya semacam usaha pihak 'tertentu' dengan pengenaan GST serta insurans yang mana semua syarikat pengendali umrah berlesen & berstatus muasassah WAJIB menguna pakai sistem itu. Nampak apa yang aku nampak tak?? Kahkah Kah. 

Kenapa ada BANTAHAN?

Pengurusan IMAMS juga dipertikaikan. Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan 3 orang Cina selaku setiausaha. “Adakah mereka yang bukan beragama Islam boleh menguruskan amal ibadat umat Islam di negara ini?”. Demikian kata Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Sepatutnya kerajaan boleh melakukan sendiri pemantauan secara berkesan, malah kementerian telah menyenaraikan pengendali umrah berlesen di portal.

Pembangkang hari ini mempertikaikan pengenaan cukai GST ke atas ibadah umrah melalui Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang berkuat kuasa semalam..sini dan sini .

Penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata pengenaan cukai ke atas orang yang menjalankan ibadah sebagai tidak masuk akal. Ini kerana kerajaan sepatutnya permudahkan aktiviti keagamaan, dan memberi insentif kepada rakyat mengerjakan ibadah.

“Nampak sangat kerajaan sudah tak ada duit sehinggakan umat Islam di negara kita nak tunaikan ibadah umrah pun kena bayar GST,” katanya dalam kenyataan hari ini. “Inilah kerja menteri yang senantiasa kreatif memerah duit rakyat.” PKR bagaimanapun mempertikaikan kewajaran melantik sebuah syarikat swasta untuk memantau aktiviti penipuan pakej umrah di negara..| FMT .

Kalau tidak ada bantahan? Rasanya perkara ini tidak dibatalkan? Tetapi pembatalan ini lebih kepada 'kejutan awal' sahaja? Agaknya begitulah kut? Persis semacam penangguhan GST di peringkat awal dahulu? Sekarang IMAMS nie jadi makmum la sat ? Lepas nie, bila dah reda sikit? Tok IMAMS pun ambil alih la tempat dia balik? Kecuali dia 'sakit kuat'? KAHKAHKAH


TIMBALAN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sidang media mengenai pelaksanaan IMAMS bagi Pengurusan Kawal Selia Umrah di Putrajaya, hari ini. Jumaat, 22 Disember 2017- Foto Nursyahirah Marzuki | Berita Harian  .
Selepas PRU, IMAMS jadi MAKMUMS?

Oleh Yunus Tasim



Kekecohan tentang Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) sangat menarik perhatian.
Pada 15 Disember, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan pelaksanaan IMAMS yang diwajibkan ke atas semua operator umrah. Sehari kemudian, kerajaan menarik balik dan membatalkan IMAMS.


Pelik bin Ajaib bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan melalui Twitter yang beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan IMAMS dan pembatalannya adalah tepat.

Jika IMAMS terlaksana, bermakna setiap orang Islam yang hendak melakukan umrah membayar kos tambahan sebanyak RM90.10, lebih daripada sedia ada. Pecahan kepada kos itu ialah RM45 kerana menggunakan sistem IMAMS dan RM40 untuk insuran setiap jemaah, manakala RM5.10 untuk GST.

Dengan lebih 200,000 ribu jemaah umrah Malaysia setiap tahun, syarikat pengendali IMAMS dijangka meraih pendapatan sekitar RM18 juta setahun hanya dengan “memaksa” IMAMS digunakan oleh semua operator pengendali umrah.

Syarikat pengendali umrah kini terpaksa menerusi satu lagi lapisan iaitu syarikat yang mengendali IMAMS untuk memperolehi visa umrah.

Sekarang ini operator umrah menguruskan visa peserta umrah terus dengan Kedutaan Arab Saudi. Lapisan tambahan ini belum tentu melicinkan lagi pelaksanaan tersebut dan tentunya terdedah kepada banyak masalah akibat pengendalian jumlah yang banyak.

Apa yang nyata, pelaksanaan IMAMS pastinya menambah kos kepada setiap jemaah yang hendak melaksanakan umrah. Bukan itu sahaja, IMAMS membuktikan kerakusan kerajaan yang ingin mengutip cukai GST daripada pelaksanaan ibadah. Nak beribadah nak umrah pun kena GST!

Kalau dahulu apabila GST dilaksanakan, terdapat ultra Melayu dari kalangan parti pemerintah menyatakan GST dilaksanakan khusus untuk orang bukan melayu dan peniaga bukan melayu yang pintar mengelak daripada membayar cukai pendapatan dan cukai korporat.

Kini IMAMS membuktikan kerajaan begitu rakus untuk menambah “pendapatan” dan sanggup memangsakan orang Melayu Islam yang hendak beribadah membayar cukai GST melalui IMAMS.

Lebih menghairankan bila Najib sendiri menghantar tweet mengatakan yang beliau tidak setuju dengan IMAMS digunakan untuk visa umrah dan pembatalannya adalah satu yang tepat. Apakah pelaksanaan IMAMS oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tidak dibincangkan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Najib atau timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Seolah-olah perdana menteri boleh terlepas pandang terhadap perkara yang sebegini besar melibatkan rakyat. Mustahil! Apakah pelaksanaan ini hanya memikirkan tentang poket kerajaan dan untuk mengaut keuntungan? Kalau untuk mengatasi jemaah umrah daripada ditipu syarikat pengendali umrah, pastinya ada cara lain yang boleh dilaksanakan. Dan IMAMS tidak seharusnya mengenakan caj tinggi atas penggunaannya yang membebankan rakyat yang hendak beribadah.
Di sinilah rakyat sangsi keikhlasan kerajaan di sebalik pembatalan IMAMS itu. Apakah pembatalan IMAMS bersifat sementara kerana pilihan raya umum yang makin dekat?

Apakah ia hanya kerana tidak mahu undi Melayu dan Islam hilang daripada Umno/BN?

Ada pula yang mengatakan kerajaan takut orang Islam yang mengerjakan umrah nanti akan mendoakan yang bukan-bukan di depan Kaabah. Rakyat sangsi jika Barisan Nasional menang lagi di pilihan raya akan datang, IMAMS akan dilaksanakan juga, mungkin dengan nama lain seperti BILALS, SIAKS, MAKMUMS dan sebagainya.

Apakah kita tidak melihat lagu sumbang dikumandangkan berulang kali? | SUMBER .



Posted by Md. Tanjong at 2.20am


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]