'Ayat' Temberang Lebai PAS Bersama Umno - Siri 1 - Foto Pilihan Menarik
Sejak kembalinya UFN ke Rahmatullah, PAS ber alih kepimpinan utamanya kepada Hadi Awang. Maka bermulalah episod suram berbalam bagai di malam kelam pekat hitam. Tiada lagi sinar yang mampu memulihkan hebat PA$ sebelumnya. Segalanya berpunca dari kekalahan besar UMNO dan BN kepada Pakatan Rakyat (PR) yg berakhir dengan tumbangnya BN di 5 negeri utama: Perak, Kelantan, Kedah, P.Pinang dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat. Itulah pencapaian terbaik sejauh ini dari pakatan pembangkang. Mata pemimpin Umno dan BN bagai dimasuki pasir, berberas mata mereka memikirkan bahawa orang melayu telah menolak Umno. Orang Cina menolak MCA dan India menolak MIC. Kenapa? Episode 2008 ini menghantui Umno. Pak Lah ber undur dari mengetuai kerajaan. Perak negeri PR pertama jadi sasaran awal, dikucar kacirkan dan dibantu Lebai dari PA$. Tamatlah riwayat Nizar Jamaluddin sebagai MB pertama pembangkang dari PA$. PR tinggal empat negeri berbaki. PRU 2013 hanya Selangor & P.Pg sahaja 'maintain'...