Minta dijauhkan ! Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe ? [Video]

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Pelaburan dari China kini menjadi subjek perdebatan hangat selepas entiti milik negara China menyelamatkan 1MDB, dan ketika tawaran perdagangan mega diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China pada November 2016.Lihat juga di Free Malaysia Today . Apa pun sekarang ini 'pegangan' ke atas 'Proton' telah terlepas ke tangan China..lihat sini.

 
Malaysia bakal 
terima nasib serupa Zimbabwe 
12 Jun 2017 | DR HASSAN ALI

Presiden China, Xi Jinping (kiri) dialu-alukan oleh Presiden Zimbabwe Robert Mugabe di Harare, Zimbabwe, 1 Dis 2015 [Xinhua]
Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.

Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China "membantu" membaikpulih
rel keretapi di Zimbabwe.


Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.

Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.

Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.

Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.

Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.

Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli 'apa yang betul' dan 'apa yang salah' dilakukan oleh kerajaan mereka.

Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati 'bumper harvest year' pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.

Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.

Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang, 21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar kata-kata saperti; "Zimbab dan Malaysia tak sama";"Tidak akan berlaku di Malaysa" dan sebagainya.

Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.

Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib  Razak cuba lakukan ialah "cuba lari" dari Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan "cuba keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga".

Dalil-dalil  yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black market
yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.


•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.

•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard mutunya.

• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam
negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.


• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan dari China.

Saya ulangi, apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman. ~ sumber .

SISIPAN MAKNAWI
Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara..Baca ini: Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara .

Di ambang 
Proton 'disunting' Geely.

Pengumuman firma China, Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) membeli 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings Bhd (Proton) menarik perhatian banyak pihak.

Selain membeli pegangan 49.9 peratus dalam Proton, Geely juga akan membeli kepentingan 51 peratus yang dipegang oleh Proton Holdings dalam syarikat pengeluar kereta sport British Group Lotus Plc.

Kedua-dua pihak dijangka menandatangani Perjanjian Definitif pada bulan Julai ini.

Antara yang paling terkesan dengan berita itu ialah golongan bersemangat patriotik tinggi yang begitu kecewa apabila aset yang menjadi kebanggan negara sejak tahun 1983 itu kini menjadi milik firma asing.

Mana tidak berbangga kerana selain kereta berjenama Proton menjadi pilihan nombor satu rakyat negara ini dan membanjiri jalan raya sejak sekian lama, kilangnya di Tanjung Malim yang bernilai RM1.8 juta dan beroperasi pada tahun 2003 juga dibina atas kekuatan tunai yang dimilikinya. 

Dari Saga kepada Ertiga
Dari generasi pertama Proton Saga sehinggalah pengeluaran banyak model lain - seperti Wira, Iswara, Satria, Gen-2, Waja dan Ertiga - Proton terus gah di atas jalan raya dan menjadi 'periuk nasi' kepada ribuan kakitangan serta para vendornya yang ada antaranya menjadi jutawan kerana Proton.. sumber .

KEMEGAHAN INI 
SEMAKIN KELABU .
Proton adalah Kemegahan Malaysia. Merajai jalan raya sekian lama. Kini Proton sudah disebut 'PLOTON' ? Apa tu? Kelabu. KAHKAHKAH 

KHULASAH

1. Proton adalah satu-satunya pengeluar kereta lengkap di kawasan ini dan Malaysia pula memiliki aset perindustrian yang unik yang tidak mungkin dapat bertahan jika menumpukan pasaran domestik yang kecil sebaliknya dapat memainkan peranan penting sebagai peneraju di Asean daripada kumpulan auto global yang lebih besar. 

2. Bagi Geely mahupun PSA (syarikat Perancis, PSA Group), Asean merupakan peluang untuk mengukuhkan kehadiran mereka dari segi geografi, sekali gus menjadikan Proton aset yang perlu dimiliki dan merupakan kesempatan yang tidak boleh dilepaskan. 

3. Salah satu syarikat yang dikenalpasti sebagai pembida,  Zhejiang Geely Holding Group atau Geely dari China, telah memaklumkan media asing sebanyak dua kali bahawa ia menarik diri daripada rundingan dengan syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd, namun kemudiannya mengakui masih menjadi antara pesaing merebut Proton.

3. 'Proton' bukan lagi kereta nasional. Video ini boleh jelaskan sedikit kenyataan ini.
Proton terlepas ke tangan 'orang asing', ini komen Azmin.
4. Che Det pun teramat sedih bila 'Proton' telah terlepas ke tangan asing. Lalu Che Det pun tanya, "Apa lagi nak jual?". Ada lagi gamaknya? Kita je yang tak tahu? Kahkahkah.

5. Proton adalah 'legasi' Che Det. Ingat Proton, ingat laa kat Che Det, peneroka 'kereta nasional' Malaysia, kebanggaan rakyat dari Perlis sampai ke Sabah Sarawak. 'Legasi' ini cuba dilupuskan oleh 'pengganti' beliau hanya kerana 'keduanya' tidak lagi dalam satu pentas politik. Che Det banyak 'menyerang' kegagalan mereka mengurus negara dalam pelbagai sudut. Adakah itu puncanya? Anda sendiri boleh menelahnya.

Mahathir sedih, tanya "Apa lagi nak jual?"
6. Kejayaan 'Proton' selama ini dicemburui oleh penggiat automotif global bro ! Jadi mereka dari luar yang menjadi gergasi dalam 'automotif' begitu teruja 'mengejar' proton. Tentu ada alasan dn sebab
nya, Mengapa? Baca di sini . Geely Holding Group kini sudah bernafas lega kerana telah 'menguasai' melebihi 'kepentingan' kita dalam industri pembuatan kereta nasional Malaysia. Kealpaan kita amat dibimbangi ramai bro! Takut jadi 'zimbabwe' ke2? Mohon dijauhkan dari semua ini.

SISIPAN ANTIK












Posted by Mat Tanjong at 2.55am



Comments

  1. ,,.,KISAH NYATA ,
    Aslamu alaikum wr wb..Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
    Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki, namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang, hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yng saya punya, akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 800 juta , saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma, istri saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk, demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue, ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan KIYAI HAJI DAHLAR hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir dan melihat langsung hasilnya, saya akhirnya bergabung dan menghubungi KIYAI HAJI DAHLAR DI 085-299-585-055. Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya, akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kini saya kembali sukses terimaksih KIYAI HAJI DAHLAR saya tidak akan melupakan jasa AKI. JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH, SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB KIYAI HAJI DAHLAR DI 085-299-585-055. (TANPA TUMBAL/AMAN).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video