Posts

Showing posts from December, 2016

Anak2 Suriah dalam kesejukan | Rayuan Kemanusiaan Untuk Syria [2 Video]

Image
Menitis air mata, sebak dan pilu melihat penderita an saudara Islam kita di bumi Suriah. Bantulah mereka sekadar mampu kita bro ! Hulurkanlah bantuan. Mereka anak-anak Islam Suriah dan keluarga mereka amat memerlukan apa juga bantuan saat ini. Pengerusi Kehormat YDH Dato Haji Husam Musa menulis di facebook beliau merayu sangat2 agar kita bermurah hati hulurkan bantuan tadi bagi meringankan beban yang ditanggung saudara seagama kita di sana.  Mereka anak2 Suriah sedang bergelut dengan cuaca sejuk melampau di sana. Berdoalah kita moga bantuan nanti selamat sampai kepada sasaran sebenar. Insya' Allah. 5 anak Syria terkorban kesejukan, Yayasan Darul Hijrah terus rayu sumbangan Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit

Erdogan Bertemu dan Peluk Bocah yang Kirim "Kicauan" dari Aleppo [VIDEO]

Image
Bocah itu kanak-kanak bro ! kanak2 perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Suriah telah menarik perhatian dunia kerana 'kericauan' dari akaun Twitter beliau dari Aleppo (Halab). Ia berhasil menarik perhatian untuk bertemu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Rabu pada 21/12/2016 baru-baru ini. Lihatlah bagaimana tersiksanya kanak2 ini untuk keluar dari Suriah di mana ramai kanak-kanak, para gadis dirogol, disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh kumpulan Syi'ah Syria, sedangkan dalam masa yang sama ada de so called 'ulama' sebuah gerakan Islam dari sini boleh duk berpeluk dengan Tok Sheh Besar Syi'ah di Tehran. Sementara itu bro ! Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria (sunni) di bunuh dgn kejam khususnya di Aleppo adalah ...

Kapal Buruk PAS menanti Karam ?

Image
Dalam 'bahtera' PA$ nie berapa nakhoda sebenor nya bro? KAH KAH KAH. Kalau sebuah bahtera yang sedang belayar, tetiba ada anak-anak kapal yang berlagak bagai nakhoda mahukan kapal tadi berlabuh di pelabuhan musuh dan seorang awak-awak lain mahukan ianya berlabuh di tempat lain. Kan haghu sighuu semua tu bro ! Dah laa PA$ sekarang macam 'kapal buruk' dan usang saja, anak-anak kapal memasing punya citra seorang 'nakhoda' utama? sedangkan mereka semua adalah wala'unta yg sengaja dibiarkan bercakaran antara yang punya jawatan dalam 'kapal' buruk itu.  Itulah yang berlaku bila 'percanggahan' kerap berlaku dalam PA$ dan terbaru ialah antara de so called ustazya yg seorang sebagai Pengarah Penyelidikan dan seorang lagi adalah Naib Presidennya.  Mana satu nak pakai nih? Wala'uns kat bawah lagi laa 'gila' jadinya? masing-masing bertutur macam kakak tua, berkokok macam ayam, lepas orang bangun, ayam pun membuta tidur.....Kah Kah Kah ...

Al-Kisah Antara KUDA & KHADAM

Image
Antara KUDA & KHADAM mana yang sedang UMNO lakukan kepada PAS..? K uda sifatnya tangkas, yang tangkas jadi kuda lumba, kalo kuda patah kaki, depa 'tembak' buang bro ! menyusahkan. Kah kah kah PA$ dan wala'uns dah lama jadi kuda kat Umno. Wala'uns saja yang tak nak mengaku.  Lamanya tu, selepas Tok Sidang sekarang memegang tampok pemerintahan PA$ bro ! PA$ diperkudakan semahunya oleh Umno.Samada depa dijamu dedak atau tidak, sendiri boleh pikior bro. Tapi adat kata, kambing akan kenali tuan dan patuh dgn baik bila acap sangat diberi sireh oleh tuannya, nampak tuan saja, kambing pun akan kuatlah mengembikk bro ! Begitu juga kuda, nampak tuan dia saja, manjanya terlampau lebih, kadang2 tu naik melugai bro, cuba bukan tuan dia, silap haribulan, kuda tu boleh boh penerajang bro ! Kah Kah Kah Kuda tetap kuda, setangkas mana pun kuda tu, tetap selamanya diperkudakan oleh jokinya oleh penunggangnya. PAS telah, sedang dan akan di perkudakan semahunya oleh Umno seh...

Mahfuz Omar Kenen Che Det ? - kah Kah Kah [Video]

Image
Telatah Mahfuz Omar [MO] MP Pokok Sena ini sedikit unik bro ! Jarang boleh jumpa macam susuk dia nie, MO punya stail dan pembawaan politik yang jelas berbeza dengan parti dia sendiri PAS.  PAS pening kepala dengan dia nie, Bersih 5 dia pergi, rata pentas parti lain dia pergi dan turut berucap. Orang kata dia menyongsong arus..tetapi 'perahu' dia bergerak elok bro, tak dengar sangkut dengan arus pun. Mahfuz is Mahfuz..itulah Mahfuz, dia bukan heran kat sapa pun selagi dirasakan jalannya betul..Kah kah Kah Sejak kecil lagi bawaan nya ini senantiasa mahu jadi jawara ! demikian apa yang difaham dari cakap abangnya sendiri semasa kami berbual di sebuah warung, kebetulan abangnya tinggal di Tikam Batu dekat tempat aku. Bila Mahfuz kata bukanlah PAS yang keliru, dia seolah sindir atau orang kedah kata 'bede' atau kenen kat Che Det bilamana Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.Ini kerana katanya d...

AMANAH ganti PAS, bagaimana?

Image
Amanah sudah mempunyai 154 kawasan dan 100 cawangan seluruh negara. Amanah telah buktikan jati diri, ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan ahlinya untuk teruskan usaha tegakkan keadilan untuk negara menentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat yang inginkan negara ini menikmati rahmat Allah. Amanah meneruskan jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Harapan yang di dokong semua warga negara. Sebahagian  mereka bukan beragama Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan mereka yang beragama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat. Inilah AMANAH sebuah bahtera politik yang versatile sifat dan coraknya. Ia mencorak dirinya setelah PAS tidak mampu bersaing idea dan fikrah pemimpinya semasa mereka di dalam PAS. Pemimpin PAS lebih teruja mahukan UMNO sebagai 'Tuan Besar' baru mereka atau lebih tepat menjadikan UMNO sekutu mereka, sedangkan pemimpin AMANAH yang rata-rata dari kumpulan ' progresif ' menolak Umno ...

Umno Berpesta Berjaya Perdayakan PAS

Image
Umno berjaya menjinakan wala'uns dan ketuanya sekaligus memperdayakan PAS. Di PAU yang berlangsung di PWTC.Perwakilan Umno berpesta sakan meraikan kejayaan ini bro ! Kah Kah Kah Berjaya Perdaya PAS satu kejayaan manis buat Umno. Pas yang dipenuhi ego dan kesombongan itu masih belum sedaq habaq lagi bro ! Pas sebenarnya sudah terjerumus ke dalam perangkap Umno dan tak mampu lagi untuk keluar. Tok Sidang Pas begitu percaya dengan Umno, sebaliknya ahli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur dgn 'kerjasama' yang terjalin antara Umno dan Pas, demikian kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sini .  PAU kali ini seperti kata Zahrin Mohd Yasin orang kuat UMNO, perhimpunan UMNO kali ini hambar dan tidak seperti perhimpunan2 yang lalu.  Mana tak hambar bro, ucapan perwakilan semua jenis ucapan syok sendiri. Ramai tidak ambik pot sangat dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Ada pemimpin bercakap seorang diri tanpa ada ruang yan...

AJK PAS Pusat NAFI Terlibat Perbualan Tidak Senonoh Di FB Mesengger

Image
02 December 2016 Ulama PAS Pusat Terlibat Perbualan Tak Senonoh Di Internet?? AJK PAS Pusat Nafi Terlibat Perbualan Tidak Senonoh Di FB Mesengger - Gambar2 Tersebar Itu Fake Kata Mokhtar Senik. Gambar fake. Tiada kaitan dengan dirinya. Satu lagi fitnah untuk menjatuhkan dia. Ini susulan beberapa gambar screenshot yang dikatakan perbualan antara Ustaz Mokthar Senik bersama seorang janda anak satu tersebar di laman sosial. Gambar-gambar itu mula dimuatnaik pada semalam dan tersebar secara meluas sejak itu. Beberapa penyokong-penyokong Ustaz Mokhtar Senik bertanyakan kesahihan tentang penyebaran itu namun dinafikan oleh UMS sendiri. Antara respon UMS ; Walaupun telah dinafikan, penyebaran gambar-gambar berkenaan tidak terhenti disitu bahkan bertambah mengelirukan netizens yang mengikuti pendedahan tersebut. Ini kerana Ustaz Mokhtar Senik secara tiba-tibanya menukar nama di profile FBnya. Dan, serentak dengan itu, individu yang menyebarkan gambar2 perbualan tidak seno...