PRU14 yang dinanti-nantikan banyak pihak telah tiba hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara. Walaupun bahang pilihan raya boleh dirasai di mana-mana, dengan bendera dan sepanduk parti mula dipasang lama sebelum tarikh rasmi berkempen bermula hari ini. Namun di celah-celah kehangatan itu masih terdapat aksi dan insiden lucu dan manis yang memeriahkan suasana, dan membuktikan rakyat Malaysia masih berupaya melalui semua persaingan itu dengan sikap positif, rasional dan manusiawi. Walaupun bersengketa dan saling saling kata-mengata, calon PAS, Ibrahim Ismail, dan DAP, Teh Kok Lim di Parlimen Taiping sempat berpelukan semasa menyerahkan borang pencalonan masing-masing.