LEBAI Pas Ketinggalan Zaman - Video
Selagi Presiden parti hang tu duk tegar bercokoh bercakok dengan Umno macam belangkas, jangan harap hang sorang nak tunjuk lawa boleh ubah 'mind set' Lebai tu. Tara Husam Musa yang cerdik tu pun; Lebai hang sebelah mata pun tak pandang Husam tu. Hang sayang ke Pas dan lebai tak kena tempat. Sebelah mata pun depa dah tak kelih kat hang dah...KahkahKah
Maaf cakap sekali lagi. Hang tu Mahfuz yang ketinggalan zaman sebenarnya. Lama sangat hang duk berkubang dalam Pas tu sampai naik majai !! Parti hang tu gelong teruk ! Silap haribulan boleh reput relai macam tu saja. Kahkahkah.
Patutnya dah lama hang tunjuk kaler sebenar. Ini sat hijau, sat merah, sat oren? Aku yang bukan Pas pun meluat dengan umang2 macam nie ! Kawan-kawan hang dah setandan keluaq tubuh Amanah, hang masih terkial2 lagi sampai sekarang mencari 'dinding' nak bersandar. Aku rasa Pas tidak akan calonkan hang semula di Pokok Sena? Kerusi tu Pas punya dan Pas boleh pilih sapa saja lebai lain selain dari hang untuk bertanding di situ.
Aku nak habaq satu je kat hang. Kalo dibanding hang dengan Kak Jah dan anak2 almarhum UFN,
hang bagi aku 'out class' laa bro! Depa lebih dekat dengan almarhum dan depa lagi awal celah dari PA$ yang berketuakan Lebai Marang yang telah mengkhianati perjuangan almarhum melawan Umno BN. Tetapi hang masih 'setia' mengulit Pas yang dah tak ketahuan hala tu. Memang hang ketinggalan zaman. Maaf bro ! Tulang belakang mesti cargas baru orang tahu kita tu sehat. Kalau Tulang Belakang tu 'bengkok' itu tandanya ber penyakit.
Kadang terhibur juga dengan 'lawak' hang ketika di pentas PH. Apa pun terima kasihlah tolong tui bagi 'naik' PH tu. Jarang ada orang macam hang ni, rata menyelam? Cuma di pentas Pas sendiri hang tak nampak sangat berkubang bagi 'talk' bro! Patutnya di situ hang nak kata apa pun kat depa segala walauncai dan lebai tu. Tapi dengan kelaku hang duk 'hantam' depa tu, depa pun tak ada selera nak jemput hang, faham2 jer la.
Ropanya hang 'ketinggalan' sangat. Mana tidaknya hang masih bernostalgia dengan zaman dan masa Pas dalam PR dulu. Orang lain kawan2 lama hang dulu tu dah habis timpaih membuka ladang baru dan sudah pun meraih 'hasil' yang lumayan! Sikit hari lagi hasil tu bolehlah dituai dan dijual.
Diandaikan PRU14 nanti PA$ dan lebainya habis tersungkur? Ke mana pula hala tujunya bro? Masa tu masih mahu bersama lebai lagi?
Politik aku mudah saja, Pas bersekutu dgn Umno, dan hang adalah ahli Pas. Itu bermakna hang juga bersama Umno sekalipun di luarnya suara hang tidak menyelebahi Umno. Perjuangan apa pun mestilah mengikut 'stream' mengikut saluran yang betul. Harapan tetap memberi ruang kepada siapa juga yang mahu bercakap melawan kezaliman dan Pas tertinggal di sini..ruj...Sinar Harian .
Mahfuz semasa menyampaikan ceramah bersama Pakatan
Harapan di Pasir Puteh
Janji 100 Hari Harapan.
Lebai PA$ Ketinggalan Zaman
Benarkah tiada agenda Islam dalam janji 100 hari Pakatan Harapan seperti dikatakan PAS ?
PAS kata janji 100 hari Pakatan Harapan takda agenda Islam.. Hadam molek..Maknanya lebai duk ingat bila kata agenda Islam tu macam 355 ke? kena sebat orang kat khalayak ramai, tebang balak? karbon kredit ? ajak artis dangdut? Lebai dan walaunta memang tak faham maksud ' رحمة للعالمين ' [ rahmat untuk semua ]Agenda Islam itu bukannya sekadar sebat orang di khalayak ramai dan tebang balak.. Islam itu rahmat untuk semua.. Faham..??? Ketinggalan zaman betullah lebai Pas nih ! Bacanya tidak habis, fahamnya gelong, ada hati nak 'tenyeh' Harapan. Sekali kena tenyeh balik baru temonyeh ! KahKahKah.
Janji 100 hari Pakatan Harapan.
1. Hapuskan GST:
Cukai haram dikenakan pada rakyat miskin.. Itu agenda Islam..
2. Stabilkan harga minyak:
Allah kurniakan minyak di bumi Malaysia untuk dinikmati hasilnya oleh seluruh rakyat, bukan untuk dibebankan dengan dijual dengan harga mahal.. Itu agenda Islam..
3. Meringankan beban rakyat:
Kerajaan wajib menentukan rakyat hidup selesa tanpa bebanan kos sara hidup yg tinggi.. Itu agenda Islam..
4. Reformasi terhadap sistem dan institusi kerajaaan:
Perlu lakukan perubahan terhadap sistem dan institusi negara ini seperti sistem kehakiman atau perundangan, sistem pendidikan dan sebagainya agar lebih menjurus kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat.. Itu agenda Islam..
5. Memerangi rasuah:
Rasuah antara dosa besar di dalam Islam dan wajib diperangi.. Itu agenda Islam..
6. Menubuhkan Siasatan Diraja di dalam menyiasat skandal 1MDB:
Setiap penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan apatah lagi yang membebankan rakyat walaupun melibatkan pimpinan kerajaan wajib disiasat dengan adil untuk diambil tindakan.. Itu agenda Islam..
7. Memulihkan felda:
Apabila didapati terlalu banyak penyelewengan dan salahlaku berlaku di dalam felda, kerajaan wajib menyiasat dan mengambil tindakan serta memulihkan kembali felda kepada objektif asalnya untuk membantu warga felda. Itu juga agenda Islam...sumber .
Semua yang dinyatakan berpaksikan agenda Islam. Hanya lebai tak sekolah jer yang tak fahami maksud tersirat. Nak hurai tu pun lebai ketinggalan zaman. Mencari keadilan dlm kezaliman berleluasa itu adalah agenda Islam wahai lebai! KahKahKah
Lebai 'Outdated'
Lebai nie baru sepenggal jadi YB Seronok bebenor dia? untuk 'maintain' de seat, dia pun bukan main ghairah ber cakap entah apa-apa bro ! sekejap nak lawan Ameno sekepap full time pembangkang kononnya. Lebai jadi semakin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan. Depa jadi macam cacing kerawit kepanasan, tergaru sana tergaru sini. KahkahKah.
Tu gamaknya PA$ 'nak perintah' malaysia tu? Apa punya 'ketinggalan' idea lebai nih? ~baca terus di sini .
LEBAI ni
Lagi 'outdated'
Ketinggalan Zaman - Kasiannn !
Tajuk FMT - Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, kata Nik Abduh. |sumber. Hahaha.
Begitulah labon lebai yang 'tertinggal' ke belakang. Lebai kaki mengampu tegar UBN ini langsung tidak terusik tersentuh dengan segala kebejatan pihak pemerintah yang di ketahui umum termasuk skandal terbesar 1MDB yg menjadi bualan saentero dunia! Lebai PIS tetap memekakan telinga, menutup mata dengan segala salah laku rasuah pemimpin kerajaan umpamanya? Dan lebai coba bermadah helah memberi ingatan tidak mendengar hasutan asas pembohongan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.? Kenapa lebai ini begitu beriya-iya sangat mendokong mendakap UBN? Kenapa?Awat lebai ni lebih sangat dari Umno? Umno pun tak sampai tara tu punya bodek.
Apa yang hasutan? Apa yang fitnah? Bila rakyat yg peka mengkritik pembaziran, rasuah dan pemborosan pemimpin yang berkuasa?? Nak kira fitnah ke? Kalo Lebai 'pondan' tak mahu tegur tak mahu bersuara? Kenapa 'berpeluh' dalam 'air-con'? Lebai yang ketinggalan zaman atau pun bengap, pekak, tuli dan bisu tidak mahu sentuh isu seperti 1MDB bimbangkan sesuatu? Maklumlah lebai pun 'cari makan' juga? Lebai tak faham ke Amar Makruf Nahi Mungkar? Kedua tuntutan itu kena serentak ditangani. Kalo tahu amar yg baik saja tapi ingkar laksanakan kemungkaran? Pincanglah kehidupan beragama. Lebih bagus mamat lebai nie masuk Umno terus. Bereh. Kah Kah Kah
Luqman pernah mengatakan pada anaknya,
وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)
Berdasarkan ayat di atas, lebai dilihat kurang sabar hadapi kesukaran hadapi 'mehnah' organisasi dan lebai kian mendekati Umno untuk sebuah harga yang murah, sebab itu lebai tertarik dengan segala yang dipunyai oleh Umno BN dan ingin sama-sama merasai nikmat tadi. Jadilah lebai hilang maruah diri. Kemungkaran seperti korupsi dan lain kemungkaran dipandang enteng sahaja oleh lebai malah seperti bergandingan melakukannya bersama.
1- Dilaknat dan jauh dari rahmat Allah Taala
2- Doa tidak mustajab
3- Azab (di akhirat) dengan berbagai bentuk balasan.
Moga kita senantiasa dalam lindungan Allah.
Mu’adz bin Jabal ra pernah mengatakan,
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
”Ilmu adalah pemimpin amalan. Sedangkan amalan itu berada di belakang ilmu.”
Tapi kalo ilmu semacam lebai? Songsang jadinya, amalannya tidak dipimpin oleh ilmu. Jadilah ilmu itu, ilmu yang tidak berguna dan berfaedah. Ketinggalan ilmu namanya. Ketinggalan zaman. Wallahu'alam.
Jawaban Lebai
Ketinggalan Fikrah
Cara lebai Pas menjawab balas kenyataan LKS yg ditujukan kpd Apandi Ali agar tidak melakukan 'pembohongan'... Baca sini, amatlah tersasar jauh kerana lebai ini baru nak besaq dan masih 'ketinggalan' jauh dan kurang matang. Mana tidaknya, waktu DAP dalam PR dulu, mereka inilah yang menyokong Pas tungging terbalik hingga calon tunggal Pas di DUN Ptg Pasir diberikan jawatan besar di MAIPP, begitu juga beribu walauns turut mendapat 'habuan' berkerja dalam pelbagai sektor dalam kerajaan negeri P.Pinang. Inilah sebab musabab yg utama kenapa Pas begitu bermusuh dengan DAP kerana walauns tidak lagi peroleh 'habuan' yg se lama ini diterima kerana kebebalan Lebai Utama Pas memutuskan kerjasama dgn DAP tanpa bahas melalui Muktamar Agung Pas sebelum ini. Lebai Utama yang mem'veto' keputusan itu tanpa bahas.
Di era UFN bukan Islam sudah terlalu 'dekat' menerima 'dakwah' Pas bila mana ramai yang muda dan tua bersama2 pada Pru 2008 dan 2013 menjulang bendera Pas ke sana kemari kerana ingin menolak Umno BN. Apakah kamu tidak ingat? Oh ya ! mungkin masa tu lebai masih di bangku sekolah atau kolej?
LKS menentang kemungkaran lalu mengingatkan Apandi dengan 2 potangan ayat al-Quran. Di mana salah LKS? Yang lebai jawab ini bagi pihak siapa? Pihak yang lakukan kemungkaran ke? Ia hanya mengingatkan Apandi kerana ia seorang Islam, dan seorang Islam adalah wajib melaksanakan tuntutan Islam tanpa kira ia datang dari siapa pun yang tahu akan kepincangan itu. Amat malang bagi lebai ini yang tolong menjadi 'penampan' kpd kemungkaran. Betullah lebai membela kerja2 mungkarat !
Kenapa lebai begitu jadinya? Ini tidak lain kerana LKS tu datang dari DAP yang menjadi musuh besar Pas. Bagaimana mereka bukan Islam ini akan lebih dekat dengan Islam kalau sikap anak Tok Sidang pun macam ayahnya? Tak malukah seorang bukan Islam macam LKS mampu mengingatkan Apandi untuk patuh syariatnya sendiri. Lebai pula habis pakat jadi ' شيطان أخرس ' Setan Bisu - الساكت عن الحق شيطان أخرس - kerana bila berhadapan dengan isu mungkar seperti ini lebai terkedu tak berani nak bersuara. Itulah tandanya lebai ketinggalan zaman kerana cara fikir yg songsang ! Ketinggalan fikrah.
Orang yang diam atas kebenaran (tanpa mahu bersuara) atas kepincangannya diibaratkan sebagai Syaithan Bisu.
Hebahkannya - الدال على الخير كفاعله - Orang yang menunjukan suatu kebaikan itu adalah sama seperti ia lakukan suatu kebaikan tadi.
Jadi kalau yang bersetuju dengan 'kemungkaran' apa pun, samalah turut kerjakan mungkarat juga!
Khulasah
1. PAS ialah parti politik yang ketinggalan zaman dan dipimpin oleh lebai lebai pelahap lagi jahil.
2. Lebai pula kerana kejahilan pelbagai isu besar yg merugikan rakyat seperti penyelewengan, rasuah, pemborosan dan pembaziran harta rakyat tidak langsung berani bercakap benar menolak atau menentang, malah lebai yang kononnya ber pegang dgn idealisma Islam terus membungkam seribu bahasa.
Mereka para lebai dan walauncainya langsung tak pernah kisah Umno nak rasuah ke, nak seleweng ke, salahguna kuasa ke apa ke? Para Lebainya tak pernah ambik tahu dan buat tak tahu. Jadinya, Islam semacam apa yang dibawa dan di amalkan oleh para lebai ini? Satu Malaya hangpa bagi khutbah Jumaat macam kat Kedah masa Muktamar baru ini. Takkan nak bercakap pasai Najis Mughollazah Mukhaffafah, bab istinjak dan jimak saja? Kemungkaran depan mata tak ambik kisah ke? KahKahKah
3. Semua yg terjadi pada lebai ini adalah akibat perubahan iklim dan citarasa lebai yang juga ingin dilihat 'hebat' lagi elegant seperti mana pemuka-pe muka dalam UBN agar dilihat lebih ber 'Prestige' serta meningkatkan reputasi dan membolehkan lebai dan walaunnya keluar dari kepompong kampungan yang melekat pada anggapan ramai sejak dahulu.
Jadi lebai pun mulalah berjinak dgn 'snooker', bina badan, motor besar 'super bike' dan barulah boleh jemput artis meriahkan serambi mekah, kopiah hitam pula diperagakan dengan pentalon, kot dan tai, barulah nampak gah? Barulah boleh 'kautim' dengan abang2 dalam parti Melayu tu. Kah Kahh Kahhhh.
Yang Tertinggal
dan Ketinggalan.
Lebai tertinggal maklumat agaknya. AMANAH juga sebuah Parti Islam yang lebih konprehensif dan eksklusif. Jangan ingat Pas saja boleh perjuang Islam. Kalau ini cara pikir lebai? Tertinggal zaman ler tu. Dalam dunia ini adakah Pas sahaja Jamaah Islam? Apa punya ketinggalan lebai nih !
Bila yang terbatal nie? Di Selangor baguih punya lebai duk himpit. Tak malu ke lebai? Alih2 lebai lancar jentera kat Ptg Pauh, kononnya itu kerusi lebai? Bila masa Ptg Pauh nie jadi kerusi lebai??? Bila ?Lih. sini Kalo takat nk provoke, buat apa pi riuh kat Ptg Pauh. Lebai MA Pas pula kata, Pas kini bebas untuk bertanding dimana-mana sahaja termasuk kerusi Permatang Pauh berikutan sudah tiada tahaluf siyasi dengan PKR. Nyanyuk ke hape orang tua nih? Kalo dah tak ada tahaluf lagi? Keluarlah dari Selangor tu. Ketinggalan betoi depa nie. Kah Kah Kah
Ada Lebai Pas ajak umat Islam bersatu elak DIRATAH Pihak Asing - Hadi seru umat Islam bersatu elak diratah pihak asing -. Apco tu pula pihak mana? Yahudi tu lebai ! Pihak sini ke? Macam lebai yang jadi penasihat tu? Sapa duk bayaq kat Apco nie sampai banyak tu hanya dalam 10 bulan saja? Sekarang sapa kena ratah? Nape lebai diam pasai nie? Ketinggalan lagi lebai ropanya ! Hahaha
Kata Lebai kat Mahfuz, ''Rujuklah Pas, kalau dia orang Pas''. Lama dah mahfuz kata nie, tahun sudah lagi. Mahfuz kata, ' strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai '.
Nak rujuk Pas guano lebai? Pas dah ketinggalan jauh dari perjuangkan kepentingan rakyat, pasai tu mahfuz kata makan keliling, konon nak jadi King Maker, tau tau jadi King Joker. Kah Kah Kah
Nah haih ! Habis orang lain nak makan apa? Dah laa yang selebih tu kata Tok Sidang nak bagi kat Umno? Pelahap sungguh puak nie. Dulu kan main lagi sorang lebai Pas kata Pas tak beriman dengan p.raya sini. Bila kalah saja di Prk, terus tak beriman dgn P.raya ? Kalo tak beriman dgn p.raya, macam mana hang jadi AP di Bukit Gantang tuh? KahKahKah. Nak tadbir 5 negeri nie dinafikan pula oleh Tok Sidang. Ini buktinya, lihat video ini
Hj Hadi Kantoi Menipu Sasar 5 Negeri.Kenapa 'menipu' kenapa berbohong? Satu Malaya tahu ini rhopanya Tok Sidang Pas? Matang dan sejatera laa tu boleh berbohong? Ramai lebai dan walauns tak percaya ini semua beb ! Kalo sapa tak percaya? Ketinggalan zaman ler ! KahKahKah.
Akhir Kalam Buat Lebai
Tidak Kami utuskan kamu Muhammad melainkan sebagai Rahmatan lil 'Alamieen.
Posted by Mat Tanjong at 1.10 am
Mahfuz ni lama sgt dok bertenggek dlm PAS, apa yg dia tunggu aku pun tak tau. Kalau dia tak angkat kaki awai, nanti dia yg susah bila PRU14. Sapa nak buat keja2 kempen nanti?
ReplyDeleteAku rasa dia dok syg lagi kat Hadi Wang tu...agaknya la.
,,.,KISAH NYATA ,
ReplyDeleteAslamu alaikum wr wb..Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki, namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang, hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yng saya punya, akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 800 juta , saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma, istri saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk, demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue, ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan KIYAI HAJI DAHLAR hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir dan melihat langsung hasilnya, saya akhirnya bergabung dan menghubungi KIYAI HAJI DAHLAR DI 085-299-585-055. Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya, akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kini saya kembali sukses terimaksih KIYAI HAJI DAHLAR saya tidak akan melupakan jasa AKI. JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH, SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB KIYAI HAJI DAHLAR DI 085-299-585-055. (TANPA TUMBAL/AMAN).