Surat terbuka ‘lebai malang’ kepada ‘jembalang’ politik
Sebuah 'satira' mengundang kita berfikir jauh melangkaui tahap pemikiran biasa kerana 'satira' menggalas banyak penggunaan jenaka, ironi atau sindiran yang bertujuan untuk mengkritik sesuatu 'kebodohan' atau kejahatan dalam konteks politik dan isu-isu semasa. Satira juga sering menyembunyikan 'Kritikan'nya secara berseloroh tetapi tegas dalam maksud dan 'serangan' yang ingin disampaikan. 'Lebai Malang' dalam 'pojok' satira ini menujukan surat terbukanya kpd para jembalang politik yang berkeliaran mengampu sang penguasa. Jembalang politik ini kadang bercakap atas nama 'agama' dan memperlihatkan merekalah sahaja faham 'agama' ! Dan selain mereka adalah 'buta' agama. Tentunya mereka ini adalah para lebai dan walaunta sebuah parti politik yang menjadikan 'agama' sebagai aset cari makan besar untuk kesinambungan politik sempit mereka. Lebai, macai sekutu mereka dan walaun ini punya hati tetapi t...