PAS kian Gelong

Biaq aku senyum dulu bro..sejak seminggu dua nie, macam-macam perkara ditimbulkan Pas, hari ini begini, esok dah jadi lain bro ! Terbaru, PAS kata Umno tetap musuh depa bro? Kah kah kah atau TITM saja ke yang menyonsong arus dengan Tok Sidang sendiri yang terus 'jinak' dengan Umno dan dijinakan oleh musuh tradisinya itu? Kah kah kah

Naik mengkelan baca kenyataan TITM nie,  Lepas tu mai bro Taki pula selaku SUA Pas bagi tau PAS akan bergabung dengan satu parti politik yang masih dirahsiakan untuk membentuk blog politik ketiga bagi menghadapi PRU14? Kah Kah kah sakit memulas perut aku bro dengan segala kelaku PAS nie, dulu tok Sidang bukan main syombong lagi bagi tahu (sinarharian) yg PAS cukup kuat, tak perlu lagi parti lain? La nie awat? bawa kayu pi kawad laa...kah kah kah

Itu laa kita manusia ini bersifat 'baharu' bro ! jangan takbur, hari ini tak semena-mena nak cari kawan nak buat blok baru, jangan jadi goblok sudah laa...pasai awal-awal lagi bila PAS menamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai salah satu parti yang berpotensi menjadi sekutunya bagi membentuk blok ke-3 politik di negara ini namun ia dinafikan pemimpin tertinggi Ikatan ..kan ke malu tu,?(themalaysianoutsider) nak letak muka tang mana bro ? teman tak sudi bro ! Kah kah Kah

Bagi aku senang saja sifirnya, bila 'kapten' kapal mula gelong cara pikiornya, segala awak-awak dan krew kapal pakat cempegha habis bro ! Kah Kah Kah
PAS dah lama gelong, alignment Pas dah rosak teruk bro ! masa rosak sikit2 dulu nie, depa tak pi buat balik alignment tu ? asyik dok bawa saja ? gelonglah kereta tu, kalo buat balik pun dah tak elok dah macam asal bro ! yang duduk dalam kereta tu pula, bukan kecik badan punya manusia, pakat hinggut sama kereta tu bila drebarnya masuk parit ke, masuk lobang ke, pancit ke tak pancit ke, kereta tu dia bawa juga bro ! lagi hancur laa kereta tu? 

Kah kah Kah

UMNO Tetap Musuh PAS – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Seluruh ahli PAS di semua peringkat dingatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan agenda UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perjuangan PAS adalah untuk melawan UMNO sekaligus menyelamatkan ekonomi dan negara daripada pemimpin zalim.
Katanya, PAS bukan saja mengkritik pentadbiran negara tetapi memberi jalan penyelesaian bukan seperti UMNO yang tidak mempunyai idea.

“Setiap kali berlaku gelombang dalam UMNO, kita kena ambil manfaat. Sebahagian besar ahli UMNO pening, mereka hendak kepada UMNO, UMNO sudah teruk,”katanya dalam kenyataan.
Mengulas mengenai perkembangan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berkata, pilihanraya tersebut merupakan satu cabaran kepada PAS untuk berpolitik secara matang untuk menyelamatkan negara.
Katanya, pilihan raya Sarawak amat penting bagi PAS untuk membuktikan bahawa PAS bukan parti yang hanya sesuai untuk orang Melayu.

Ia sekaligus menolak dakwaan negatif kononnya parti Islam itu perlu bergantung kepada parti lain untu mendapat sokongan bukan Melayu. – FMT

******* 
Zahid puji Hadi 
Tolak Deklarasi Rakyat

Ahmad Zahid Hamidi
Ia membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi. More ››

Pasai apa Umno puji? kerana Pas dah dilihat kian gelong bro ! Pas senang jadi pedukang Umno, maka Umno pun puji laa ! pedukang senang mancing bro ! umpan dia pun senang ! puji sikit kembang laa...kah kah kah

Pas akan bentuk 

blok baharu pembangkang

Takiyuddin Hassan
PAS akan bergabung dengan satu parti politik yang masih dirahsiakan untuk membentuk blog politik ketiga bagi menghadapi PRU14. More ››

Meleret orang  politik 'bedal' PAS yang makin gelong nie bro !
Alkisahnya selepas bercerai kasih 'talak tiga' dengan Pakatan Rakyat, PAS memang jelas tidak mahu rujuk kembali dengan bekas sekutunya PKR-DAP-AMANAH yang kemudian membentuk Pakatan..Pemimpin Amanah Raja Kamarul Bahrin kata, blok pembangkang baru PAS tu mengherankan bro ! (sumber)

Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula..(sinarharian)

Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.
“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” (sinarharian)




Zafri Husain
Ulasan MT - Dulu dah elok dengan PR, akibat sekerat dua dalam PAS yang termakan umpan Umno? sejak dari sebelum muktamar 61 lagi agar PR yang ramainya didokong oleh kumpulan progressif yang secara pukal menolak Umno, dan Umno memang tak senang dengan kumpulan ini, maka mereka 'menggula2kan' Pas agar mengenyahkan seluruhnya dari PAS agar senang Umno nak berkasih sayang dengan PAS yang lama tertunda pasai ada puak progressif PAS nie. Adanya Puak Progressif ini akan menyulitkan kerjasama dan madu kasih Pas-umno ini ! Jadi bila tersingkirnya mereka semua, Pas pun segera dekati Umno tanpa segan silu lagi bro ! 

Maka berlakulah sunnah alam satu hukum kebiasaan yang mana ular tak boleh laa nak berkasih sayang dengan buaya  ! Jarang buaya yang kecundang bro ! Kah kah Kah

Maka berhasillah niat 'serong' Umno tu? bila Pakatan Rakyat yang hampir menumbangkan Umno (atau UBN telah pun tumbang kalo ikut kuasa majoriti pengundi PRU 13 lalu) dilihat bangun semula dengan menjadikan PAS sebagai perisai baru Umno untuk berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan segala kemelut yang menyusahkan rakyat ! PAS sebagai perisai baru Umno, mesti digunakan sebaik mungkin untuk meranapkan pakatan pembangkang ini Pakatan Rakyat !

Peranan ini dimainkan oleh mereka yang bergelar 'ulama' supaya agenda ini tidak terhidu sangat oleh akar umbi Pas yang senang dicucuk hidung mereka, kerana melayu mudah menurut kata 'ulama' depa tanpa usul periksa kerana rata-rata mereka perlu patuh kepa 'wala system' yang dibikin PAS ? Kah Kah Kah

Sekarang kalut nak buat blok baru pula dengan sekutu baru ! Sapa laa yang nak makan umpan 'plastik' PAS nie? itu pasal Ikatan pun awal-awal nafi (Ikatan nafi) bila PAS bercadang jadikannya sekutu baru untuk membentuk blok ke 3 politik baru ? Hantam laa Labu ! Silap tak silap PAS nanti jadi Labu Sayong sahaja ?  Kah kah Kah


Tak dak 
sapa nak gerun
Pelik kata Blok Pembangkang baru! Tapi nak Parti Pembangkang yg gerun dgn mereka (PAS)... sepatutnya BN yg gerun... betul lah org kata Lebai Cadbury Kaki Auta... Yg Bodoh Vanggang boleh lah percaya mcm macai UmnoBN. .... TOLAK PAS,UMNOBN PRU14...



Nak bentuk blog ke 3 - Blok apa tu? Blok Celaghu? Kah kah Kah Dulu bukan main lagi Tok Sidang dengan angkuh dan sombong dok habaq kata Pas tu kuat bebenor, tak perlu rakan parti lain? tapi dalam masa dok gebang nie, dok ngeng ngeng juga ngan PKR dan Umno walapun ramai orang Umno menyampah, orang PKR pun ramai menyampah meluat, hanya sorang dua kepala Umno dan PKR yang kebuloq ke Pas nie?tu pun ada pasai sendiri jer kot? Kah kah Kah


Jenis makan puji
tentulah seronok terlebih
Blok politik ketiga: Pas cuba rampas kerusi majoriti Melayu, kata Ibrahim  Bila Tok Yim dok puji PAS, kena beringatlah sikit bro ! tapi Pas mungkin kembang semangkuk dengan pujian Tok Yim nie ? Bila Tok Yim kata PAS sangat bijak dan Pas banyak belajar serta Pas ada strategi jelas untuk nak sapu sebanyak kerusi yang ada pasai menurut Tok Yim rakyat masa tu bukan lagi pilihan depa???

Huh, Brahieng nie pasai 'provoke' memang ada klas bro ! ada 'provoke' bagi marah macam yang dulu2 tu, ada 'provoke' jenis nak bagi lena bila kena anging sepoi2 bahasa macam nie? Kalo nak bagi marah tu angin lintang namanya, boleh terlentang kalo kena? Pas pun apa lagi, keghenyeh sampai telinga laa bro, kan Tok Yim nie memba baru cuma klasik sikit jer...kah kah kah

Konon kata Tok Yim : PAS nie sangat 'bijak'? PAS nie jelas pada prinsip dan matlamat? banyak belajar belajar dari pengalaman dan bla bla bla - memang Pas jelas dan berprinsip untuk meranapkan musuh2 Umno dan Perkasa ada laa..tu yang jelas tu agaknya, inilah agaknya P.Ramlee kata (Nasihat Busuk!!!) tu yer? Sampai mati pun orang dah percaya ke penasihat yang macam nie, boleh ranap memba jer ! Pas dah gelong macam nie bukan depa nak bagi ide menyumbang tetapi ide merosakan jer ! Kah kah kah kah kah kah sumber (malaysiadateline) dan (malaysiakini).


Pas saran KBS kerjasama dengan 
pembekal pakaian sukan muslim "Hummels"

Pas saran  KBS kerjasama dengan pembekal pakaian sukan muslim "Hummels" 
Dah tak ada ke syarikat pakaian buatan muslim ke untuk bagi atlet muslim kita tutup aurat di berbagai acara sukan dan pertandingan dalam dan antarabangsa? Dah habis ikhtiar ke sampai Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Khairil Nizam Khiruddin pi tunjuk suruh cari pakaian tu sampai ke Denmark (shape.com) bro ? (malaysiadateline)@(pakaian sukan muslim "Hummels")



Pulak Dahhh
Pas terus gelong ?




Maleh dah nak layan puak nie, sekejap begitu sekejap begini..Lawak mega depa bro !Yang tak naik bukan usul nie saja, usul 'hudud' terbaru pun tak naik? itu pasal jadi cam nie agaknya? nak bagi seimbanglah agaknya tu yer? dulu masa orang buat undi nie, depa menyorok  mengintai dari jauh saja, hadir parlimen pun tidak? tau-tau nak undi pulak dah ? tu pun kalo 'undi naik' dan WAWI (sebagai Ketua Pembangkang) yang bawa? Macam-macam laa Pas nie, Gelong ke apa depa Pas nie ? KAH KAH KAH

"Di Parlimen tak naik (usul undi tak percaya pada Najib). Kalau naik mungkin kita akan sokong."Usul itu tak naik. Kita sokong kalau ada usul untuk undi tak percaya. Kita akan sokong tapi biar la ada dulu usul itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini..(malaysiakini)@('Hadi, PAS akan sokong undi tak percaya terhadap Najib')

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin kata Pas akan sokong undi tidak percaya terhadap Najib kalau Dr Wan Azizah bawa usul di parlimen. Saya nak bagi tahu jangan percaya kepada apa yang Taki katakan itu. Pas sebuah parti yang tidak ada prinsip, sudah tidak tahu ke mana hujung jatuhnya. Pas yang sudah mula kemabukan setelah dituba dengan janji manis oleh Umno. PKR, khasnya wajar mengambil sikap tegas untuk tidak melayani parti berkenaan. Orang munafik itu lebih teruk daripada kafir. Pas hanya akan menjadi molek sekiranya ia dipimpinan oleh mereka yang ideal. Trims..(Mohd Sayuti Omar II)

 

Jejak-Jejak Gelong

Silang Kata


KATA 
Tak Kemaruk KUASA?
Ni yg pi tanding semua nie ? apa ke bendenya?
Parti koboi sedang mendabik dada...
Kesian aih..(Ahmad Dhuha Sobri)


Khulasah

UMNO tetap musuh PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS seharusnya menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mendapat sokongan rakyat susulan perpecahan yang berlaku dalam UMNO ketika ini..()

Ulasan

 Laa nie, baru nak habaq kata Umno tetap musuh PAS ke guano bro TITM? Tok Sidang dan Tok Moh Pas kata sikit masa lalu - rujuk (malaysiakini) Tok Sidang meleleh puji (RMK11) yang dibentangkan perdana menteri di parlimen sikit masa lalu, dok habaq ada positif ada tidak? Kemundian Haron Din pulak kata dia susah nak percaya terhadap dakwaan terhadap penyaluran wang ke dalam akaun pribadi PM (shahbudindotcom) klik dan baca dari blok memba atas tu bro ! semua yang digarap oleh shahbudin sangat menarik untuk kita simpulkan betapa TITM saja yang nampak sonsong arus? Kenapa bro ! Mafhumnya, ramai akar umbi PAS tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka terutama Tok Sidang sendiri dan Mursyidul Amnya ! Habisnya di mana nak kata Umno tu tetap musuhnya PAS? lagi seronok berkepit ada laa..itu pasal sudah adanya laba yang dicapai, tak tahu laa kita sama da ditagih atau saja depa Umno nak bagi 'durian runtuh'? Haron Din sendiri dah jadi Ketua Kluster Dakwah MPI (sinarharian

Bila Deklarasi selamatkan Malaysia dicetuskan dan disertai oleh Che Det, Pas melalui Tok Sidangnya pun bermadahlah yang Deklarasi tu sebagai perkara sia-sia (tmi)? Amanah menjawab balik dan bertegas bahawa Deklarasi Rakyat bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas.(sinarharian) bro ! 

Bila PAS membuat kenyataan sebegini? untuk apa bro ? pasai apa nak sia-sia?  Mat Sabu berkata, BN diibaratkan seperti kanser yang berada di tahap empat dan baginya, sesiapa sahaja yang cuba untuk membaikinya tidak akan berjaya kerana ia sudah tidak berupaya lagi.(sinarharian) PAS dok bercadang nak baiki UBN agaknya tuh? Jangan harap laa PAS ! Kepentingan sendiri, agenda sendiri seperti 'Hudud' tu pun tak sampai ke mana lagi? Pasai tu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Che Det sebagai pengecut!  (sinarharian)..Sedap juga alasan Mat sabu bro ! tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.
"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.
"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.


Buat apa laa TITM masih dok bertegas bahawa Umno tu tetap musuh PAS? sedangkan masa yang sama Tok Sidang dok ejas dengan kata-kata muluknya untuk sedapkan hati 'seseorang' orang Umno tu bro ? Tak kan tak belaga angin ngan Tok Sidang kot? saja nak bagi keliru anak buah kat bawah? lagi bercempegha laa depa? Saranan TITM agar PAS ambil peluang atas kekalutan Umno sekarang ini tidak sangat dipeduli oleh Tok Sidang PAS sendiri, dia dok kalut ke benda lain, tak nampak pun dia ambik peluang ! TITM tak payah laa dok canggah angin Tok Sidang sendiri tu ! Memang Umno bukan lagi musuh PAS sekarang ini ! Tanyalah semua orang yang tuan jumpa ?

Cuma nak tanya sikit, sekarang nie Pas ke atawa Umno yang gelong? atau sama-sama gelong?

KAH KAH KAH.


Jom Snook 
Biaq bersama bola gelong


Kejohanan Snooker Piala Ketua Pemuda PAS.....? Woww...! macam bangang je.... Bukan apa, dalam banyak-banyak permainan, snooker ialah permainan yang paling synonim dengan judi.... setakat main kosong je, baik balik menjolok kat rumah.(Abe Awang Malaya)
KAH KAH KAH

Jeep rosak ?

Pengkhianat - bila masuk dan keluaq dari PAS saja ke?
Habis yang tak pernah masuk PAS dan lawan PAS sejak berzaman tu apa pulak?
Pengkhianat juga ke bila PAS sendiri dok tak dok pi junjung Umno ke hulu hilir sekarang nih? 
Orang lain buat itu pengkhianat ikut Tok Sidang?
Tok Sidang yang khianati perjuangan asal PAS tok sah kira ke? LAMA DAH GELONG NIE??
KAH KAH KAH
·
Hadi mengesahkan pd sidang media di Parlimen semlm bahawa bliau x akan bawa RUU Persendiran berkenaan Akta Mhkmh Syariah (Akta 355) pd kali ni dsebabkn ksuntukan masa.
Ulasan i..Nmpk sangat auta PA$ dlm isu hudud ni sb sblum Mktmar PAS 20!5, tok bomoh Harun Din nyatakn hudud ialah nyawa PAS. Ini mjelaskn lagi betapa PAS dah mapuih dsebabkn dah tidak bernyawa. Yg ada leni ialah PA$. PAS yg dah mapuih tu dgantikn dgn AMANAH oleh puak progresif n ulama tulin PAS..(Rahmat Wel)



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?