Mengembara Seorang Diri, Bertemu Jodoh Di Rusia

Jauh berjalan, banyak pandangan, itulah antara pepatah pepitih orang2 tua dulu. Pengalaman berharga sudah tentu ditimba. 

Bertuah saudara Aizat Othman mendapat jodohnya seorang gadis Rusia jelita setelah mengembara seorang diri di sana. Ikan di laut asam di darat, dalam belanga mereka bersatu. Apa pun tahniah kepada usahawan muda ini kerana bukan senang bak dikata untuk mendapat gadis Rusia jelita sebegini. Moga bahagia ke anak cucu.

Islam anjurkan untuk manusia saling kenal mengenal satu sama lain, Islam juga anjurkan umat Islam untuk berjalan ke serata muka bumi agar mencapai dan melihat bagaimana kekuasan Allah yang Maha Hebat dalam menciptakan sesuatu, (قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُجْرِمِينَ) - Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa..(QS. An-Naml [27] : 69) Lain2 ayat lihat di sini .



Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia




Ditulis Oleh:
Usahawan
April 6, 2016 3:00 PM
Pengalaman travel ke Rusia.
Saya telah travel ke negara Rusia pada tahun 2011 ketika itu masih lagi dalam pengajian peringkat Master Ekonomi.
Secara ringkas mengenai Rusia. Negara Rusia mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 150 Juta manakala penduduk beragama Islam di sana lebih kurang 30 Juta dan merupakan agama kedua terbesar selepas Kristian Ortodoks. 


Ketika ini -17.. sejuk
Tujuan asalnya adalah untuk melihat negara orang dengan harapan jauh perjalanan luas pemandangan.
Saya menggunakan Qatar Airways, transit di Qatar seterusnya ke Moscow. Di Moscow terdapat tiga Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu Domodedovo, Sheremetyevo dan Vnukovo. Saya mendarat di Domodedovo.
Saya mula mencari tempat untuk solat dan awalnya terkejut kerana di Domodedova ada surau dan terdapat orang Rusia sedang membaca Al-Quran. Selepas itu bermulalah perjalanan saya di Rusia dan saya telah berjumpa dan berkenalan dengan seorang wanita Rusia. Saya berada di sana selama satu minggu.
Selepas balik ke Malaysia, kami terus berhubung melalui Facebook, SMS, Whatsapp dan Skype. Beliau juga datang ke Malaysia setahun selepas itu untuk berjumpa saya. Saya mengambil kesempatan melamar beliau dan beliau mengatakan sekiranya ingin kepada beliau perlu terlebih dahulu berjumpa dengan ibu bapa beliau. Saya bersetuju untuk berjumpa dengan ibu bapa beliau.
Alhamdulillah keluarga saya tidak menghalang dalam pilihan saya dan mendoakan yang terbaik. Segala persiapan telah dibuat dan saya telah terbang semula ke Rusia seorang diri pada musim bunga penghujung bulan April 2013.

Di masjid kul Sharif, Kazan Rusia
Memilih Qatar Airways untuk ke dua kalinya. Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, saya menaiki satu lagi penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Nizhnekamsk untuk sampai ke tempat rumah beliau di Naberezhnye Chelny, Republik Tatarstan, Rusia.
Bermulalah perkara yang paling mendebarkan saya apabila bertemu kedua ibu bapa beliau. Saya telah menyerahkan sebentuk cincin sebagai tanda hajat saya untuk mengambil anak mereka menjadi isteri saya. Perbincangan tersebut agak sukar kerana ibu bapa beliau tidak boleh berbahasa lain selain bahasa Rusia. Perbincangan tersebut terpaksa di lakukan dalam dua bahasa, bahasa Inggeris dan bahasa Rusia.
Alhamdulillah akhirnya kami telah dapat kata sepakat dan keluarga beliau sudi menerima dan mengahwinkan saya serta terima saya sebagai menantu. Tetapi ibu-bapa beliau menetapkan syarat untuk saya belajar bahasa Rusia serta boleh berkomunikasi dengan mereka. Saya disana selama dua minggu. Beliau membawa saya ke tempat-tempat menarik seperti di Kazan, Nizhnekamsk, Naberezhnye Chelny, Elabuga dan banyak lagi. 

 Finally...
Sekembalinya saya ke Malaysia, segala proses perjalanan yang berlaku di sana berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Saya telah memaklumkan kepada keluarga saya berhubung perkara yang berlaku semasa saya di Rusia dan sekali lagi keluarga menyokong hasrat saya. Saya telah berbincang dengan beliau untuk datang ke sana semula bagi membincangkan tarikh pernikahan dengan keluarga beliau sebelum saya membuat langkah awal untuk memohon daftar nikah di Pejabat Agama Negeri Selangor.
Maklumbalas yang saya terima daripada pihak beliau mengatakan, tidak perlu lagi datang berulang kali hanya semata-mata menetapkan tarikh pernikahan. SubhanAllah, Allah mudahkan urusan kami. Keluarga beliau memberi kebebasan kepada kami menetapkan tarikh. Kami telah berbincang dan menetapkan pada hujung tahun bulan Disember 2013. Ketika itu musim sejuk dibawah paras beku -20 sehingga -25 Celcius.
Proses permohonan berkahwin di luar negara telah diluluskan oleh pejabat agama. Cumanya saya terpaksa menterjemahkan dokumen tersebut ke Bahasa Inggeris dan ke Bahasa Rusia. Proses permohonan visa juga telah selesai dan hanya menanti sahaja tarikh untuk terbang ke Rusia. Pada kali ini saya telah memilih China Southern Airlines kerana tiket penerbangan agak murah sedikit berbanding syarikat penerbangan yang lain. Biasaya tiket akan mahal pada waktu musim sejuk (winter).
Penerbangan melalui China Southern Airlines agak penat kerana akan transit di Guangzhou, China selama 10 jam. Selepas Guangzhou akan transit lagi ke Urumqi selama 2 jam. Selepas Urumqi terus ke Moscow. Pada ketika ini lapangan terbang yang berlainan iaitu Sheremetyevo.
Pada masa ini terdapat masalah di bahagian Kastam Rusia. Saya serta beberapa penumpang lain telah ditahan untuk tidak masuk ke Rusia dan pasport kami telah diambil. Setelah hampir 2 jam menunggu datang seorang pegawai Kastam memanggil kami dan bertanyakan soalan kenapa ke Rusia. Setiap orang memberi jawapan masing-masing. Pegawai Kastam tersebut tidak menerima dan mahu menghantar kami balik ke negara masing-masing.
Pegawai kastam berkenaan menjangkakan saya mahu migrasi (migrate) ke negara Russia. Ketika itu terdapat penumpang dari China, Mongolia, Kazakhstan, India dan beberapa lagi negara bekas Soviet. Saya seorang sahaja penumpang dari Malaysia.
Saya tiada kata-kata dan hanya menelefon bakal isteri saya ketika itu bagi menjelaskan situasi saya dan beliau meminta untuk bercakap dengan pegawai kastam tersebut. Setelah beberapa minit talian dimatikan. Kemudian Pegawai Kastam memanggil saya lalu membenarkan saya untuk masuk melapasi Kastam.
Alhamdulillah hanya mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah Allah bantu lagi dalam urusan saya. Tetapi untuk penerbangan seterusnya hanya ada masa 20 minit. Dari Terminal A hendak ke Terminal D berjalan kaki mengambil masa selama 15 minit. Pada masa ini saya menangis tetapi tiada air mata.
Memang tidak sempat untuk naik penerbangan seterusnya. Mujur ketika itu Allah utuskan seorang lelaki bertanyakan kepada saya hendak ke mana lalu beliau membantu dan mengajak saya menaiki kereta kerana lebih cepat. Kami berdua berlari ke kaunter dan beliau juga membantu membawa beg dan menjelaskan situasi saya semasa ditahan kastam dalam bahasa mereka. Alhamdulillah sekali lagi Allah membantu saya dalam urusan saya dengan penerbangan dilewatkan selama 10 minit semata-mata menunggu saya untuk naik pesawat tersebut.
Saya tiba di Nizhnekamsk tengah malam dan ketika itu suhu -18 Celcius. SubhanAllah sangat sejuk dan terlalu penat. Saya mengalami sedikit demam.
Abang bakal isteri saya telah menjemput saya dan terus bawa saya ke rumah untuk dirawat. 



Semasa majlis akad nikah..sangat mudah
Alhamdulillah sebelum hari pernikahan saya telah sihat sepenuhnya. Kali ini saya travel dan berkahwin seorang diri tanpa iringan keluarga. Bukan tidak mendapat restu tetapi telah disarankan keluarga mentua untuk tidak serta kerana tidak biasa dengan cuaca sejuk yang ekstrim bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal berlaku.
Majlis pernikahan dilakukan secara kecil-kecilan dan berjalan lancar dengan menjemput hanya keluarga terdekat. Apa yang menarik majlis pernikahan dalam bahasa Rusia dan kami berdua telah selamat menjadi suami isteri. Pihak keluarga isteri pun hanya minta sebentuk gelang tangan yang sangat halus sebagai mahar.
Ketika saya di Malaysia untuk buat persiapan perkahwinan, semasa saya memilih di kedai emas dan tangkap gambar yang mana satu dia berkenan, bakal isteri saya (ketika itu) tunjuk yang paling halus sahaja. Keluarga saya pun agak terkejut.


Selesai majlis nikah.. sudah bergelar suami

Sudah jadi suami isteri waktu ini sekitar -20
Alhamdulillah kini kami telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan menetap di Malaysia.
Apa yang saya nak sampaikan jangan takut untuk travel ke negara orang. Mengembaralah dan lihatlah negara orang kerana ini adalah sunnah Nabi. Sekiranya terdapat sebarang masalah fokus kepada solusinya sahaja.
Lihat dan berkenal-kenallah dengan orang berbangsa asing. Dari situ kita akan belajar bahasa, budaya, bangsa, ekonomi dan secara tidak langsung kita dapat melihat kebesaran Allah. 

Inilah peneraju Aizreg Food Industries Insya'Allah..Aizreg Food Industries
Aizat dan isterinya - usahawan pengeluar makanan halal

Musim bunga 2015
Apa yang saya belajar dari masyarakat Rusia, ada yang mengatakan masyarakat di sana tidak mesra dan tidak senyum. Berbeza dengan budaya kita. Ini kerana apa yang saya nampak mereka mempunyai sifat yang berterus terang dan tidak hipokrit. Mereka tidak berpura-pura untuk menjaga hati.
Tetapi masyarakat Islam di sana apabila bertemu sesama Islam akan memberi Salam. Budaya Salam sangat meluas di sana di kalangan Muslim dan ini perlu dipraktikkan di Malaysia. 



Balik ke Rusia
Insya’Allah akhir bulan empat ini kami akan ke Rusia lagi untuk melawat keluarga di sana dan mencari peluang-peluang yang boleh diadaptasikan di sini.
Insya’Allah, mohon doakan saya.

(SUMBER)


Lagi
Foto (Aizat Othman )







Sejuk..tulis Aizat Othman


Our nikah cake..Aizat Othman

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video