Serba Pedas dari AMANAH - [VIDEO]

Perbezaan pendapat dan pandangan antara pimpinan, pemimpin dalam sesebuah parti gabungan adalah biasa bro ! dan rakyat pula bukanlah sampai tak boleh menerima langsung perbezaan itu, perbezaan diraikan, selisih pendapat bukanlah seperti 'selisih malaikat 44' dalam pandangan orang kita.
 
Rakyat yang faham politik menerima persilangan pendapat ini secara sangat bersahaja; tidak banyak tingkah; inilah antara perkara yang ditekankan oleh pimpinan Amanah supaya setiap perbezaan pandangan diuruskan dengan bijak, jangan sampai jadi retak seribu kerana rakyat sentiasa menilai bagaimana mereka pimpinan dalam Pakatan Harapan mengurus perbezaan itu seperti yang berlaku antara LGE dan Azmin Ali baru-baru ini (
Guan Eng Vs Azmin ), juga lihat ( Perbezaan pendapat sepatutnya diraikan ) Moga perselisihan sedemikian tidak membenih permusuhan dalaman dan diharap ianya segera selesai seperti di sebut oleh Dato Johari Abdul dahulu.




Rakyat bukannya terlalu naïf untuk menganggap Pakatan Harapan tidak boleh berselisih pendapat tetapi mereka mahu melihat sejauhmana perbezaan pandangan diuruskan, tegas Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab..@(Rakyat menilai Pakatan Harapan urus perselisihan pendapat)

'Orang Kuat' PAS
Pokok Sena hijrah Amanah



Yusof menyerahkan borang keahlian kepadaUstaz Ahmad Awang sambil disaksikan Ustaz Hasanuddin dan Dr Ismail.

Ketika para pemimpin Pas sibuk membuat kenyataan kononnya ada di kalangan ahli parti itu yang menyertai Amanah ingin kembali semula ke pangkuan Pas, satu demi satu pemimpin Pas mula berhijrah menyertai Amanah.

Di POKOK SENA dekat sini, bekas Bendahari Pas Kawasan Pokok Sena Yusuf Ariffin telah menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
Penyerahan borang keahlian Yusuf disaksikan Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ketua Amanah Pokok Sena, Omar Awang..@(
Bekas Pengerusi Tetap Pas Pusat sertai Amanah) (Bekas Bendahari Pas Pokok Sena sertai Amanah)



Perkasakan 
Pakatan Harapan


Shazni Munir
Pemuda Amanah Nasional menyeru kepimpinan Pakatan Harapan kembali pada kandungan dasar Perjanjian Pakatan Harapan yang telah dipersetujui bersama.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, semua pimpinan daripada Amanah, PKR dan DAP perlu mengurus perbezaan pendapat tanpa menggugat permuafakatan politik yang telah sedia terjalin.

“Segala isu politik dan pertikaian dalaman perlu merujuk kepada Fasal 3 Perjanjian Pakatan Harapan yang jelas memberikan prosedur apa perlu dilakukan jika wujud krisis atau pertikaian melibatkan ketiga-tiga parti,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Menurut beliau, pihaknya yakin kesepakatan Amanah, PKR dan DAP mampu menjadi tempat untuk rakyat meletakkan harapan perubahan jika formula berkenaan menjadi keutamaan dalam tatacara penyelesaian konflik melibatkan kesemua parti dalam Pakatan Harapan..@(
Kembali pada semangat Perjanjian Pakatan Harapan, seru Pemuda Amanah)


Luahan 
Tok Sidang AMANAH

Mohd Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui berdepan sumber kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan dana.
Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, Amanah memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, Amanah kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung, dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.
"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.
"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan," katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma Amanah Pahang di Taman Chengal di sini, hari ini.
Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian sudah diedarkan.
Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya dalam proses.
"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online," katanya.@(Amanah tiada duit, dapat dana DAP fitnah - Mohamad Sabu)

Insya' Allah semua yg disuarakan oleh Presiden terutama masalah pendaftaran akan dilakukan dengan sebaik mungkin. Yang dah berjawatan dalam kawasan hendaknya lebih peka dengan keluhan Presiden. 


Tahniah DS Nizar !
Bebas dari elemen fitnah !


Mohammad Nizar Jamaluddin
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa tiada unsur berat sebelah kehakiman dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mohammad Nizar telah memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap stesen televisyen berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kereta "WWW1", yang berjaya dibida dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.

(Mahkamah Persekutuan kekal keputusan TV3 bersalah fitnah Nizar)


Amanah Johor 
bakal cetuskan perubahan
Aminolhuda

Isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno turut menarik perhatian Amanah Negeri Johor.Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor, Aminolhuda Hassan (gambar atas)mengajak rakyat Johor tanpa mengira fahaman politik dan kaum melakukan perubahan politik..MD@(Mulakan perubahan dari selatan Semenanjung, seru Amanah Johor)
 
Amanah
dan isu bauksit
Ustaz Hasanuddin (tengah) bersama pimpinan
Amanah, jawatankuasa bertindak, peneroka dan Malaysia Dateline dalam tinjauan di Bukit Goh, 21 Februari lalu

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan sidang meja bulat mengenai isu bauksit di Kuantan, Pahang dalam masa terdekat melibatkan penyertaan ahli akademik, perunding perlombongan, jurutera alam sekitar, peguam dan NGO.


Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata, sidang berkenaan bagi mendapatkan fakta teknikal dan perundangan mengenai perlombongan bauksit di kawasan Felda itu seterusnya mengambil tindakan susulan bagi membantu peneroka terbabit..(Gambar: Kawasan yang diratakan selepas tanah yang mengandungi bauksit dibawa keluar.)..MD@(Bauksit di Kuantan: Amanah bakal adakan sidang meja bulat)

Amanah melihat isu bauksit ini akibatkan  penderitaan kepada orang ramai dan kerosakan alam sekitar bro ! Jadi Amanah akan kemukakan beberapa cadangan kepada pihak berwajib agar ia tidak terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan, pembaharuan dan tindakan.

Mat Sabu De Chef


Presiden Amanah Tuan Mohamad Sabu menjadi sukarelawan sebagai ketua tukang masak untuk program "Bina Jati Diri Pemuda Amanah Kedah".
TAHUKAH ANDA?
Presiden Amanah ialah seorang yang suka menyediakan khidmat memasak/penyediaan makanan di mana saja beliau berada.
Gambar beliau menyediakan 'garam belacan' jam 2 pagi tadi untuk di cicah mempelam, nenas dan sengkuang bersama rakan Amanah dan Keadilan.
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Saifuddin Nasution antara rakan yang turut serta.

Bravo..!! Cayalah bg Mat..


Pimpinan 
PAS terus hijrah Amanah

Alhamdulilah..!Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka kini bersama Amanah.
Amanah
Ada peluang di Johor?



DAP rakan AMANAH
Sama-sama menggalas Tugas

Prestasi Parti Amanah Negara akan menjadi kunci sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menawan Perak pada pilihan raya umum akan datang, kata DAP.
Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, yang juga Setiausaha DAP Perak berkata AMANAH perlu berkembang dengan cepat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk sekurang- kurangnya menyamai kekuatan PAS.
Beliau berkata ia adalah "pertandingan kalah menang" antara AMANAH dan PAS dan oleh itu ruang yang diberikan HARAPAN kepada PAS akan mengorbankan AMANAH.
"Bagi AMANAH untuk menjadi sebuah parti yang kuat yang mampu mengalahkan Umno, kita tidak boleh sama sekali membenarkan PAS terus menggunakan platform atau asas sokongan asal Pakatan Rakyat, yang kini Pakatan Harapan," katanya..MKini@(AMANAH jadi kunci nasib HARAPAN di Perak, kata DAP)

Suara 
Pimpinan Amanah

Selamatkan DPL
Selamatkan Bahasa Kebangsaan
Disamping itu Tulisan Jawi akan turut diperkasakan bagi kelangsungan umat yang cemerlang untuk meneroka khazanah lama ilmu Islam kebanyakannya ditulis dalam jawi.

ALHIKAM
Dari Bro Mat Sabu





Mat Sabu: Malaysia Jadi Negara Pembohong, Siapa Nak Mari Melabur Dalam Keadaan Begini?..

Published on Feb 21, 2016
Ceramah Pakatan Harapan, Dungun, Terengganu 20/02/2016..mediarakyat

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?