Guan Eng Vs Azmin - [Video]

Tetiba kecoh melanda Pulau Mutiara lagi bro ! P.Pinang adalah Negeri Pakatan Harapan, satu-satunya negeri PH yang ada, jadi tumpuan segala kekalutan kiranya timbul sesama dalam komponen PH, cepat saja menjadi tajuk-tajuk besar dalam media dan portal berita bro !

Musuh politik sekeliling sentiasa mencari peluang seperti berita ini 
(Guan Eng: Azmin tidak sepatutnya masuk campur) urusan yang membabitkan Pulau Pinang tentunya tidak cepat disambar oleh rakan-rakan yang berada di status yang sama dengan LGE itu walaupun ianya dah kira selesai seperti kata Johari Abdul yang begitu tenang hadapi suasana sebegini (sinarharian) tetapi ia meninggalkan kesan dan luka kecil juga? Sedangkan lidah pun tergigit bro, biasa laa dalam rumahtangga PH ! Kadang orang kata, biaq berkelahi dulu, baru boleh baik? cuma dengan PAS jer payah nak jadi elok balik, kecuali??? Kah kah Kah

kredit - .therakyatpost.com
Pulau Pinang memang giat menambak laut bro ! kat Tanjong Tokong, kat Bandar Jelutong berhampiran jambatan pertama pulau itu dan sekarang telah berdiri megah bangunan, kondo kediaman, shopping mall yang sukar anak2 tempatan terutama melayu untuk memilikinya? Begitu juga di Bayan Bay bro ! Jarak antara pulau kecil (Pulau Jerjak) dengan Pantai Jerjak sudah begitu hampir bro ! Inilah agaknya yang membimbangkan kerajaan negeri rasanya? Dulu di pantai inilah kami mencari pelbagai siput antaranya siput mentarang, kepah, siput khemis dan lainnya. Sekarang hanya tinggal nostalgia sahaja bro !



Guan Eng terkejut 
kenyataan Azmin terhadapnya

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan secara umum oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai pemecatan dua Adun PKR, Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Guan Eng berkata, selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campurtangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.

"Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan?

"Mungkin Azmin tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai keadaan sebenar (mengenai isu)," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini.

[Artikel Berkaitan
PKR bantah keputusan Guan Eng ]

Semalam, Azmin dilaporkan berkata bahawa kepimpinan PKR telah mencapai kesepakatan untuk menyokong Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, yang dipecat selepas mereka bersikap berkecuali semasa mengundi terhadap usul mengenai penambakan tanah yang dibawa oleh BN semasa persidangan Dun Pulau Pinang.


PKR defends Penang state reps who lost directorships
Published on Feb 20, 2016

PKR deputy president Mohamed Azmin Ali today said that the party's political bureau has upheld a decision to defend its two state assemblypersons in Penang whose directorships at state-linked companies were recently terminated..KiniTV

Menteri Besar Selangor itu berkata, biro politik pusat PKR telah menghantar surat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang meminta diadakan perbincangan sewajarnya mengenai isu tersebut apabila mengetahui tentang cadangan untuk memecat kedua-dua Adun berkenaan dari GLC dua minggu lepas.

Guan Eng bagaimanapun berkata, kerajaan negeri belum menerima surat tersebut.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa PKR telah meminta kedua-dua mereka menemuinya tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Setakat ini, tiada penjelasan bagi tindakan mereka. Jika (bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan kerana beliau terus enggan melaksanakan keputusan parti, maka prinsip yang sama terpakai (di Pulau Pinang)," kata beliau. - Bernama via
Sinar Harian


*****

Lain Sisi


CHEGU BARD DAKWA ADA DOKUMEN RAHSIA BUKTI AZMIN BERBOHONG

Ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa menemui bukti terbaharu yang mengaitkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam isu pemberian kawasan balak kepada syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard mendakwa, bukti itu terkandung dengan jelas..
See More.@Farouq Albaloque..


kredit imej - www.freemalaysiatoday.com
Tender balak: Chegubard tuduh Azmin Ali bohong
January 4, 2016


Dia mendakwa dua dokumen MMKN membuktikan kawasan pembalakan terbabit diberikan kepada dua syarikat tanpa proses tender terbuka Dalam sidang media di Pejabat SAMM di sini pagi tadi, beliau mendakwa dua dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuktikan kawasan pembalakan terbabit diberikan kepada dua syarikat tanpa proses tender terbuka.

“Di sini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu, mendapatnya secara tender terbuka.
“Dalam tangan saya ada dokumen MMKN yang membuktikan tiada proses tender terbuka dijalankan sebelum dua syarikat itu mendapat kawasan balak.
“Dan kalau benar tender terbuka dijalankan, mana iklan tendernya? Saya sudah buat carian dan tidak jumpa,” katanya lagi.. (
freemalaysiatoday)
(Chegubard dakwa gesaan Azmin 'perangkap' tutup bukti ...)
(Tender balak: Chegubard tuduh Azmin Ali bohong)

 *****


Dakwaan Chegu Bard tentang salah-laku dan pembohongan Azmin perlu disiasat oleh PKR..... bukannya pusing cerita dengan menyalahkan Chegu Bard dan menuduh dia mengkritik parti.
Kalau beginilah cara PKR menyelesaikan masalah, apa beza PKR dengan UMNO....? Dulu, siapa yang selalu menyalak kononnya orang yang rasuah dibiarkan saja, tetapi orang yang buat lapuran rasuah pula yang diambil tindakan.....?
Nampaknya UMNO, PAS dan PKR sama saja...... rakyat sedang diperbodohkan oleh orang politik..(Abe Awang Malaya)



Yusmadi 
Pulak Bantai Guan Eng..


kredit imej - Free Malaysia Today
Pecat ADUN PKR: Wakil rakyat dalam GLC bukan untuk patuh melulu
Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof saran perkara itu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan..


Dalam bahasa yg lebih lunak  Boss DAP Penang dan Boss PKR di Selangor tu nampak macam kurang bijak menyelesaikan perbezaan antara dua parti gabungan dalam Pakatan Harapan bro ! Apa yang disuarakan oleh Yusmaidi itu? kalo dihalusi, ada wajarannya bro! itu pandangan awal sahaja..


Kalo ditelaah lagi, tindakan LGE memecat 2 ADUN PKR dari GLC itu dibuat, hasil dari sikap berkecuali 2 Adun itu sendiri terhadap usul penambakan tanah yang dibawa oleh BN semasa persidangan Dun Pulau Pinang. Ini puncanya bro..Dalam menghadapi BN yang tentunya terdapat Umno di dalamnya, Pakatan Harapan tidak sekata dalam keputusan seperti itu. Patutnya usul dari BN itu ditolak bro atas semangat Pakatan Harapan tadi. Ini TIDAK. Itu yang tersurat. manakala yang tersirat pula, berkecuali di sini bermakna tiada pendirian dalam menghadapi BN secara kolektif antara komponen PH. Mungkin juga sikap berkecuali dua ADUN itu telah disepakati semasa  'pre-council' antara 2 Adun itu? Mungkin. Keberangkaliannya besar di situ bro !

Menghadapi BN dalam isu-isu seperti ini? manusiawi setiap Adun patutnya memiliki kriteria 'smart n wise' bro ! 2 Adun tu patut memahami situasi di mana mereka berpijak sekarang ini dan apa yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dari mereka hasil dari kerjasama politik antara komponen dalam PH? 

Guan Eng kecewa laa bro..siang malam berkerja hadapi BN yg jadi musuh ketat dan tradisi PH, tau-tau ada yang berkecuali, tentu BN mendapat kelebihan atas sikap begini? Itu mafhumnya..Bila Si Yusmadi kata wakil rakyat dalam GLC bukan untuk patuh melulu, bukan isunya bro ! isunya ialah bila 'geng sekoleh' hadapi UBN? Hendaknya semua bersatu hati, tak kan yang nie PKR tak gheti nak pikiaq lagi? Patut pun Papa Min tak mahu lepas tangga dari PAS? sila baca kenyataan Yusmadi di (Free Malaysia Today).


Pendebat Asia
juga tibai Lim Guan Eng.

Imej -- www.freemalaysiatoday.com
LGE bermuka dua kerana pecat pembangkang, kata pendebat ulung Asia
Nawar Firdaws

| February 22, 2016

Guan Eng akan akhirnya menyerupai musuhnya sekiranya beliau berterusan mencantas perbezaan pendapat, kata Syed Saddiq..

(freemalaysiatoday)@LGE bermuka dua kerana pecat pemban)


Semua menyalahkan LGE bro ? aku ingat bila figura seperti pendebat ulung Asia? menyertai polemik ini dgn menyalahkan LGE umpamanya? adakah kita terfikir atau mahunya sedikit fikir bahawa tindakan LGE keterlaluan dalam membuat keputusan? Adakah begitu?
Orang yang bertindak tegas dan berprinsip tidak akan berkompromi dengan kawan atau lawan? Hatta anak sendiri kalau bersalah, tetap akan menerima padah. Itu basis ilmu yang diajar dan bila keadaan perlu bertindak, yang dipegang ialah prinsip dan etikanya. 
Jangan laa bila kena 'kroni' sukusakat atau kompuak sendiri semuanya kita hendak akur dan setuju sebegitu sahaja seperti halnya Umno itu sendiri. Kenapa PH ber'pisah' dari PAS? kerana prinsip bro. Sekali dia ngeng ngeng dengan Umno? Biarkan dia bermanja-manja dengan Umnonya puas-puas sekali pun 'dimain' berkali2 dalam kes tertentu misalnya? Tetapi PAS masih 'setia' berkawan dan bermain dengan Umno?  Kenapa? Kerana PAS memang tiada berprinsip bro? Elok sangatlah dia bermanja2 dengan Umno dan Perkasa tu? Di sini ramai yang tidak boleh 'membaca' gerak dan tari singa DAP ini bro. Kah Kah kah
Prinsip tidak ada tolak ansur bro. Prinsip tetap prinsip..Islam pun ajar begitu. Sebagai renungan lihat kisah yang diceritakan oleh Siti Aisyah: orang Quraisy merasakan bahawa seorang wanita yang mencuri perlu dibebaskan kerana berasal dari golongan yang mulia, dan telah menghantar wakil untuk membuat permohonan kepada Rasulullah saw.. Rasulullah saw bersabda, telah binasa golongan yang terdahulu kerana orang mulia dikalangan mereka yang mencuri tidak dikenakan hukuman, tetapi sekiranya dikalangan orang yang lemah, hukuman dikenakan..Demi Allah, kalaulah Fatimah bt Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya..dapat dilihat betapa pentingnya mempunyai tabi’i yang tetap dalam diri serta mempunyai prinsip yang jelas bro! Matan hadis di atas عن عائشة رضي الله عنها أن قريشا أهمتهم شأن المرأة المخزومية التي سرقت فقالوا: من يكلم فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقالوا : ومن يجتريء عليه إلا أسامة بن زيد حب رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فكلمه أسامة، فقال: رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتشفع في حد من حدود الله ثم قام فاختطب، فقال: أيها الناس: إنما أهلك الذين قبلكم أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف تركوه، وإذا سرق فيهم الضعيف أقاموا عليه الحد. وايم الله لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها. رواه البخاري
Terjemahan
“Dari Aisyah RA bahwa orang2 Quraisy dibuat susah oleh urusan seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri. Mereka berkata:”Siapa yang mau berbicara dengan Rasulullah Saw untuk memintakan keringanan baginya?, Mereka berkata, siapa lagi yang berani melakukannya selain dari Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah? Maka Usamah berbicara dengan beliau, lalu beliau bersabda, Adakah engkau memintakan syafa’at dalam salah satu hukum-hukum Allah?kemudian beliau berdiri dan menyampaikan pidato, seraya bersabda: “Sesungguhnya telah binasalah orang-orang sebelum kalian,karena jika orang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membiarkannya, dan sekiranya yang mencuri itu orang lemah di antara mereka, maka mereka menegakkan hukuman atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya kupotong tangannya.” HR Bukhari.


Penganalisis 
pun analisa laa bro !

Imej - freemalaysiatoday

Lim Guan Eng pemimpin autokratik – Penganalisis politik
| February 22, 2016


Tindakan LIm Guan Eng berisiko mencetuskan ketegangan antara kedua-dua parti, khususnya di peringkat negeri.,PETALING JAYA: Tindakan Lim Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) hanya kerana berkecuali daripada mengundi menentang usul UMNO memberikan gambaran beliau seorang pemimpin autokratik.

“Ia tindakan drastik yang boleh beri persepsi (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng seorang pemimpin yang autokratik..“Beliau sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kepimpinan Pakatan Harapan terlebih dahulu,” kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.(
freemalaysiatoday)@(Lim Guan Eng pemimpin autokratik)

Melihat analisis sebegini bro (baca lagi pautan atas tu), aku tak nampak signifikannya sangat mereka yang dari puncak menara gading pun hanya setakat analisis tanpa sokongan jitu mendakwa bahawa LGE bertindak secara autokratik begitu. Tindakan LGE memang drastik dan memang kena buat secara tegas dan tuntas kerana beliau LGE melihat berkecuali itu adalah 'pondan' sebagai seorang ADUN dan boleh memberi laba kepada keputusan serta menguntungkan BN. Analisa begini tidak mantap sebenarnya..Politik itu seni bro ! Kah Kah Kah

Orang Lama
yang Kool - Bandingkan


Imej - Sinar Harian
PKR hormati Adun tidak undi usul
KUALA LUMPUR - PKR menghormati keputusan lima Adun Pulau Pinang yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut di pada sidang Dun negeri itu Jumaat lalu.

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun, Datuk Johari Abdul berkata, parti menghormati perbezaan pendapat dan menyifatkannya demokrasi sihat..
sinarharian@( PKR hormati Adun tidak undi usul)

Perhatikan orang lama, bro Jo nie kool saja bila hadapi isu sebegini, tak dak gabra tiada latah tak tentu arah macam anak2 muda yang baru tumbuh bulu tu? kah Kah Kah

Kerana apa Johari Abdul bersikap macam tiada apa2 yang patut dibisingkan? kerana inilah seni politik orang yang menggaraminya siang malam berpuluh-puluh tahun. Isu yang lebih besar dari ini pun, bro Jo masih boleh kool seperti isu dan kes DSAI umpamanya. Selepas mendengar penjelasan dua Adun itu, beliau kata, PKR terus komited dengan kerajaan Pakatan Harapan negeri itu, dua ADUN PKR tu pun tetap menyokong kepimpinan PH negeri bro ! Jadi apa yang kecohnya? Isu ini kata Bro Jo dianggap selesai dan biarlah LGE dan Azmin selesaikan 'kekeruhan' yang timbul ini dengan semangat 'saling faham' yang ada pada mereka. Jangan biarkan Umno dan PAS mengocak air mengeruhkan lagi suasana macam ini (Pakatan Harapan akan terima nasib sama seperti PR, kata Salleh)? Itulah yang Umno mahukan senarnya!!! Kah Kah Kah 

Apa Depa kata?

Rakyat sokong PKR pun semata-mata kerana Anwar Ibrahim sahaja...... Bukannya rakyat sokong Anwar kerana kagum dengan PKR...... Inilah yang kartel Azmin tak faham.
Kalau tidak kerana faktor Anwar, kamu sangka rakyat kebulur sangat nak sokong PKR...?@
(Abe Awang Malaya)



Saya dah naik cemuh baca dan lihat ahli parti agama (Pas) dan Amanah berbalah dan kata mengatakan sesama sendiri. Kalau parti itu berbalah dengan parti Umno, tak menghairankan kerana Umno adalah musuh berabad parti Pas dan juga orang bekas parti Pas. Inilah yang saya kata dunia politik Malaysia sudah jadi kotor, jijik dan lebih teruk dari pelacur. Trims..(Mohd Sayuti Omar II)




PEMECATAN 2 ADUN PKR DARI GLC MENDEDAHKAN KEBODOHAN TIAN CHUA & AZMIN ALI
Tian Chua, bercakap bagi pihak PKR, menggesa isu penyingkiran 2 Adun daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri Pulau Pinang dibincangkan dengan hati terbuka dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sejak bila pulak Tian Chua mengakui kewujudan Majlis Presiden Pakatan Harapan....? Bukankah Tian Chua, seperti juga Azmin, masih terus berkeras kepala mahu bekerja..(Continue Reading)@ (Abe Awang Malaya)




Aku setuju dgn tindakan KM penang pecat 2 adun PKR yang buta hati tak nampak isu sebenar berkenaan tambak laut. Tender ini diluluskan oleh gerakan mase BN perintah dulu. Puak UMNO bantah pulak apabile syarikat yg diberi mereka tender nak.mulakan penambakkan. Tentulah kerajaan Penang skrg tak mau disaman 1 billion jika halang syarikat terbabit. Sikap berkecuali adun PKR sangat tak cerdik. Harap PKR memilih calon yg peka isu & tak bodoh macam calon PAS utk PRU di masa hadapan - KMS(Keris Mas Sejati)


Comments

  1. Azmin yg ku lihat mcm budak hingusan yg tak sedar diri nih wajib ditumbangkan di DUN Bukit A.bangsa dan parlimen Gombak. Calon drp AMANAH @ Bebas yg "kaw2" hendaklah disiapkan ddlm pru14 utk menumbangkan budak hingusan yg tak sedar diri nih.

    Adam Adli @ Cekgu Bard sendiri boleh mnjd calon BEBAS utk lawan budak hingusan tuh..

    Klu Mat Sabu dr AMANAH yg lawan budak hingusan tuh walau sekalipun berlaku saingan 3penjuru aku yakin Mat Sabu akan menang kacang jer.


    Harap Mat Sabu dan semua shbt AMANAH siap sedia utk 'melenyapkan' pengaruh petualang pngkhianat undi rkyat yg sebijik bernafas serta bernafsu mcm umno terutama budak hingusan nih serta kembar sotong nya yg lalok dgn fitnah pilkuda itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu DAP turunkan Prof Aziz Bari lawan budak nih gerenti terkencing2 k.o punya

      Tak pun bg Pak Samad sbg wakil DAP lawan petualang nih, barulah budak hingusan nih sedar sikit untung naseb budak2 bebal yg suka mmbodohkan rkyat yg disangkanya bodoh dan bebal mcm dia dan penyandat sotong tuh

      Delete
  2. Komen Yusmadi mmg dangkal, LGE pecat di atas kapasiti kerusi jawatan bukannya parti. Yusmadi blh la cakap byk, dia dah ada restoran besaq kat Airport penang. Pendebat Asia plak (kononnya), komen pasal berbeza pendapat. Tak kena langsung. Ini bukan pasal berbeza pendapat, ini pasal antara saman RM1billion dgn kebankrapan yg bakal pulau pinang hadapi. Kita tak mau disebabkan mangkuk 2 PKR tu, habis seluruh penang bankrap.

    Kes LGE pecat Adun PKR dlm GLC samalah macam Pengetua sekolah hantar surat suruh pecat Penolong Kanan. Penolong Kanan hanyalah jawatan yg dilantik dr kalangan guru. Mana2 PK yg tak ikut peraturan blh ditarik jawatannya tetapi ia tetap seorang guru yg bertauliah dan blh mengajar di mana2 sekolah walaupun hilang jawatan sbg PK.

    Pecat Adun PKR bukan bermakna benci PKR.

    ReplyDelete
  3. gud comment bro anon
    ayat last tu yg best -
    'Pecat Adun PKR bukan bermakna benci PKR.'
    masih ramai dlm PKR yg istiqomah antaranya
    bro saifuddin nasution, rafizi, kamaruddin jaafar, siti 'aisyah, saifuddin abdullah n many more

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?