Kalau jadi Debat Husam-Hadi ? Baru Menarik bro ! [Video]

Pas berteraskan Islam, Umno terasnya nasionalis tebal bro ! Umno selalu wirid nak perjuangkan agama, bangsa dan negara. Perjuangan Pas dan Umno tu tak pernah kesampaian pun bro? yang nampak pemimpin depa yg sukses besar bro ! Rakyat? macam dok kata laa, memang nampak macam senang bila ada rumah besaq, kereta telunjoq, setengah tu bini sampai dua tiga? hutang berbaris, makan pakai jenuh 'pekin' atawa terlalu berjimat dan berhemat takut minyak kereta tak mampu isi sampai cukup bulan? tu tak kira lagi dengan segala bil yg nak kena setel bila cukup bulan ! Kah Kah Kah

Pas perjuang Islam, Umno pun perjuang Islam..tapi Pas tak laa marah kat Umno macam depa marahkan Amanah bro? Pasainya Amanah pun perjuangan dia ialah Islam..Pas, Umno dan Amanah masing2 ada 'ulama' dia..Patutnya Pas kena terima kasih kat Amanah pasai nak perjuang Islam..
Bila Amanah bertegas jadikan Islam agenda utamanya, Pas marah pasai dah ada parti Islam? Krosot laa dengan Pas nie sampai tok sidang dan segala Pascai sebut 'haram' tubuhkan wadah kedua bila dah ada yg pertama? Yang Pas betindih agenda agama dgn Umno tu tak apa pula, sampai Tok Sidang bersedia dlm kenyataan dia yg keduanya boleh kerjasama kerana keduanya parti besar Melayu? Inilah yg menguatkan cakap2 tentang pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas? Kah Kah Kah


Tok Sidang selalu kata, Pas tidak gilakan kuasa untuk menguasai Putrajaya? Cuma Tok Sidang kata yg Pas bersedia menjadi penasihat dan pembantu Umno sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahannya? Lepas tu dalam masa sama, orang nombor 2 parti itu, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bertegas PAS tidak akan sama sekali bersama Umno.? Mana satu nie? lagi krosott bro? Kah Kah Kah  
Jesteru itu, kalo jadi laa debat Husam-Hadi ? Mahukah Tok Sidang menyambutnya? Aku ingat nanti, mai lagi banyak alasan yang pelik2 untuk cuba gagalkan agenda menarik ini yg cuba untuk berlindung diri dari terburai segala macam 'pekung' dan 'nanah' yang belum 'pecah' bro ! Sebab itu debat seperti ini, sebolehnya Pas cuba elakan bro? Kah Kah Kah






Presiden PAS didesak berdebat dengan Husam dakwaan kerjasama dengan Umno


Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, perdebatan adalah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung kemahuan parti Islam itu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.
Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

Dakwaan Husam: Hadi tidak boleh kunci mulut -
 kata Dr Jeniri Amir
(Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Unimas)
Baca di
bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com
"Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.
Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.


"Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.
"Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.
"Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan,"'kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu. – 24 November, 2015..themalaysianinsider


*********


Ini baru cantik bro ! buku jumpa dengan ruas, dah lama dok nafi? cer berdebat sekali, kalo nak tolak pun? boleh tolak tetapi kena akur balik laa 'fakta' lawan tu? Soalnya beranikah Tok Sidang?
Ikut bro Khalid Samad, Husam-Hadi kena berjumpa untuk langsaikan segala aneka serabut dari dakwaan Husam tu bro Ini peluang terbaik yang ada, begitu. 
Tok Sidang kena 'transparent' bro, kena berterusterang, telus dan boleh yakinkan akaq umbi dan orang ramai. Jangan kona-kona, u-turn lagi. Husam dakwa adanya "usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau Tok Sidang tu usahakan pada 2014" dan bukan cerita 2008 sebelumnya? Tok Sidang dok rasa cerita 2008 punya? Itu pasal laa yg jadi seghabut !
Fokus debat ini ialah usaha membentuk kerajaan campuran Pas-Umno di Selangor 2014 itu, tidak yang lain bro (seperti desakan Mustafa Ali kpd Khalid Samad mengenai peristiwa 2008 itu?) ! Lepas nie jangan ada helah bermadah dari sesiapa pun dari Pas sendiri waimma dari Tok Sidang atawa Tok Pa sendiri? 

'Hadi offered to form gov't with Umno in S'gor'
Published on Nov 6, 2015Former PAS vice-president Husam Musa has alleged that party president Abdul Hadi Awang tried to form a unity government with Umno in Selangor.
Although the Salor assemblyperson, who still remains in PAS, did not disclose the time frame..KiniTV 



***************

Sisipan Maknawi


PAS kini sudah terkeluar dari Pakatan Harapan meskipun Azmin dan beberapa yang lain dari PKR masih mengharapkan PAS pulang ke pangkuan mereka.
Dialog secara terbuka Husam Musa di Kota Bharu 13 November 2015 mengesahkan butir-butir lanjut kerjasama PAS-UMNO. Husam Musa mula membuka mata apakah hakikat yang sebenarnya telah berlaku.
Kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila(Hj Hadi) kini menguasai PAS secara total. Hanya masa yang akan menentukan kerjasama politik PAS-UMNO..
 
Sering bercanggah kenyataan, PAS perlu jelas pendirian sebenar, kata penganalisis13 November 2015Sejak pertemuan ‘mesra’ Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi dengan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau dilihat sering mengeluarkan kenyataan tidak sehaluan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti di bawahnya serta rakan di pihak pembangkang. ...Continue Reading


WABAK HUSAM SEDANG MELANDA KERAJAAN KELANTAN. Selepas banjir besar melanda Kelantan pada penghujung tahun 2014 yang telah memusnahkan banyak harta benda dan kemudahan awan, namun alhamdulillah tidak ada jiwa yang menjadi mangsa, nampaknya dipenghujung tahun 2015 ini Kelantan bakal ditimpa musibah lagi yang kesannya barangkali boleh menghanyutkan sebuah negeri..See More


Keberanian Husam patut dipuji bro ! bukan mudah mau kritik Tok Sidang? Al-maklumlah, sebarang kritikan vs Tok Sidang? mengundang bahaya bro ! Pas sekarang dah sebijik mengutip 'perangai Umno ! cuma sampai laa nie? depa cuma baru nak panggil Husam bersemuka? Nak pecat Husam? depa nampak macam tersentot kepala ke dalam sikit ! Rasanya depa Pas tak berani nak 'sack' Husam tu? Boleh senget Kelantan bro ! Bisul dan tokak dalam Pas, baru sikit jer yg pecah bro ! kalo pecah bisul tu? bersemboq ke muka pascai habih bro ?
Macam kata Dinsman bro ! Pemimpin Pas tidak boleh ditegur, tegur saja terus melenting dan depa akan gunakan apa juga kuasa yg ada untuk hentikan teguran itu, macam “memilih kucing dalam karung” yang kemudian hari akan cakaq kita semula..begitulah kata dinsman tu bro..baca dinsman - See More ..Kah Kah Kah



Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG, Baca laporan - malaysiakini.comMemang rancangan itu dah bermula sejak 2008 bro !lihat rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan  Jadi ini sah bro ! bukan bidaah...2008 ke, 2014 ke? dua-dua ada mujurnya bro ! Mujur tak jadi..kalo tidak, ya bedu bedu ! Kah Kah Kah


Kah Kah Kah Kebaikan? Kebaikan yg menyesakkan dada pejuang tulin Pas? Pascai 'khianati' kebaikan yg pernah Pas perjuangkan, mengkhianati jasa dan pengorbanan tokoh2 Pas sebelum Tok Sidang dan skuad muda Pascai yang masih berhingus pada masa tu..! PAS TELAH MEMPERLIHATKAN SIKAP YANG SEBENAR HALA TUJU PARTI MEREKA..sikap bermuka-mukah dgn Umno!
Kita nantikan kerjasama bersepadu PAS-BN di dalam PRU-14 nanti demi kesinambungan politik mereka.



Cerita lama, masih segar bro ! evergreen gitue !Asal usul ‘Anwarinas’ – Khalid Samad baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan ‘Anwarinas’ diusir keluar daripada pimpinan PAS....See More selanjutnya baca di www.detikdaily.net
Cerita yg dilabun awalnya oleh Zul Nordin nie jadi modal puak2 lebai dalam Pas sebelum berpecahnya PR yg asal..bukan main lagi kumpulan lebai (baca Pascai) dok mengata kat puak Pro dlm Pas sebagai 'anwarinas'? lepas tu laa nie dah tak bunyi bro ! pasai depa dah tubuh 'Amanah' ! satu lagi pasai puak2 lebai yg muka tembok tu dok menempek (menghimpit) PKR sampai laa nie..Paschai laa 'anwarinas' ganti tempat Pro dulu tu ! Kah Kah Kah

Ole Ole dari Pascai


Sudah terang lagi bersuluh Nik Amar cuba menggunakan kuasa beliau sebagai Timbalan Menteri Besar untuk melakukan sesuatu yang di luar pengetahuan Pas Pusat. Apa tujuan Nik Amar mengeluarkan kenyataan "memerlukan bantuan Umno untuk menjayakan hudud" tidaklah di ketahui? Yg empunya kalam saja yg tahu beb?
Jika Pas Pusat pun sanggup di ketepikan oleh Nik Amar apatah lagi perkara yang lain. UG telah memporak perandakan dalaman Pas untuk merealisasikan hasrat kerajaan Perpaduan PAS-BN...untuk puaskan hati dua tiga kerat 'supremo' Pas? Percayalah...!!..malaysiakini.com/news/284364.html
SEKADAR INGATAN...! 
Tahukah kamu Hj Hadi dan Bekas EXCO Negeri Terengganu. Hari ini kamu merasai WANG PENCEN BULANAN sedikit sebanyak kerana isu 1999 DSAI yang kamu hina kini..!
Hj Hadi jangan sombong sangat. Jangan ingat orang lain tiada jasa keatas kamu..!..~#Rakyat_Bangkit


Menantu Tok Sidang Dicabar !
Cabar mencabar 
membawa bahagia ! Kah Kah Kah


Bagaimana irama begitulah lenggok tarinya bro..Husam dulunya dicabar si menantu kesayangan tok sidang dan kini, Us. Ridzwan A.Bakar pula mencabar si menantu..beranikah dia datang bersemuka? Kalo tak mai? 'pattern' yg si menantu buat dulunya akan diikut..Nah aihhh, steady Us. Wan ! Dah tak berapa hari lagi tu bro ! Kalo yg nie pun jadi? Baru menarik bro ! Ya bedu bedu..Kah Kah Kah



Malu larr anak menantu kaki LEBONG.


********




Ada Majlis Takrim? Kalo ikut maksud zahir nama majlis itu? tentulah ia berkisar untuk menyantuni seseorang atawa sekumpulan ahli dan sebagainya bro, persis majlis anugerah cemerlang begitu, mungkin KUIZM menganjurkan majlis itu untuk anugerah cemerlang bagi pelajar2nya di Dewan KUIZM tu..

Habis! yang sang menantu pi buka bilik kuliah 5 tu nak tunggu sapa? Kan Husam dah bagi tau yang dia akan berada di China pada masa tu? untuk urusan tertentu? yang hang dok pi buat gamat pasai apa? Nak habaq berani? Kah Kah Kah



Belum debat lagi
PAS dah kemarau ahli


Pemimpin Tersasar Landasan, Makin Ramai Tinggalkan PAS
ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka..See More

********


PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka..misalnya AP Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR sedikit masa lalu bro, itu tak kira lagi pembubaran cawangan Pas di sana sini hingga melumpuhkan operasi harian Pas? tu agaknya depa 'start' buka keahlian untuk budak2 seawal 13 tahun bro? punya laa dahagi atawa melehaq kata orang utara untuk cari ahli baru, nak habaq kata depa Pas nie mendapat sambutan? Belum debat lagi? Pas dah kemarau ahli? Tu yg Pascai tua-tua tu pakat habis sakit kepala tu? Kah Kah Kah


Menemui Dewan Harian Pusat - Saya Bersedia 

Saya menghargai kesedian Dewan Harian Pas Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan..
Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau.
Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal..Husam Musa, 20 November 2015, 8 Safar 1437 H..See More 




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video