Fenomena Awan Di Kota Bharu, Seram dan menggerunkan (foto menarik)

Fenomena awan hitam begini seperti yg terjadi di kota Bharu petang tadi bagi ramai orang adalah suatu keanihan dan menghiburkan ! hingga menjadi viral di laman social, tetapi tidak bagi orang beriman ! paling ingkas pun mereka menyebut 'Subhanallah' sebab itu Nabi s.a.w bila melihat mendung di langit, wajah Baginda s.a.w akan berubah raut wajahnya seperti dalam hadis di bawah !

HR Bukhari yang lain, dari Aisyah:
“Nabi shallallaahu ‘alaihi wassallam apabila melihat mendung di langit, Baginda beranjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar, dan berubahlah raut wajah beliau. Apabila hujan turun, Baginda shallallaahu ‘alaihi wassallam mulai menenangkan hatinya. ‘ Aisyah sudah memaklumi jika beliau melakukan seperti itu. Lalu nabi shallallaahu ‘alaihi wassallam mengatakan,” Aku tidak mengetahui apa ini, seakan-akan inilah yang terjadi (pada kaum ‘Aad) sebagaimana Allah berfirman yang artinya : Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka (Q.S. Al Ahqaf: 24).”
Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan: Sunnah nabi, hendaknya ketika ada awan hitam atau mendung yang sangat gelap, kita harus menumbuhkan perasaan khawatir yang mungkin akan terjadisesuatu bencana. Kita harus menyeimbangkan antara harapan dan kekhawatiran.

2. Ketika hujan pertama kali turun
Dalam HR. Bukhari, dari ‘Aisyah, bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wassallam jika melihat hujan turun (dalam riwayat yang lain ketika hujan pertama kali turun) maka Baginda s.a.w berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
( Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat )

Moga kejadian seperti ini boleh menambah iman kita, dan insaf akan perkara yang akan terjadi ke atas kita kerana kelalaian kita sendiri dalam mentaati Allah dan Sunnah Rasul s.a.w...Wallahu'alam.

Fenomena 1

Kemunculan awan ribut seperti ombak di bandar ini kira-kira 5 petang tadi adalah fenomena biasa akibat taufan di utara Filipina.
Gambar awan itu menjadi viral di laman sosial Facebook petang tadi dengan ramai yang mengungkapkan Subhanallah kerana ia tanda kebesaran Allah SWT memetik Harian Metro.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan Garis Badai turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.
Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang..Sumber : vivamerah


Fenomena 2



Fenomena 3

KOTA BHARU, 21 Ogos:

Penduduk di sekitar Kota Bharu dan beberapa kawasan berhampiran digemparkan dengan fenomena aneh, apabila awan seperti pusaran puting beliung terbentuk lewat petang tadi.
Fenomena yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook itu mendapat pelbagai reaksi warga alam maya.
Ada yang kagum dengan kebesaran Allah dan ada juga mengaitkan ia dengan sesuatu yang bakal menimpa rakyat Kelantan.

Fenomena 4

Fenomena%2Bmenakjubkan%2Bawan%2Bribut%2B
Penduduk setempat terkejut melihat pembentukan awan aneh di sekitar Kota Bharu, pada lewat petang tadi..therakyatpost

Fenomena 5

Fenomena%2Bmenakjubkan%2Bawan%2Bribut%2B


Fenomena 6

Fenomena%2Bmenakjubkan%2Bawan%2Bribut%2B
Seorang warga maya bernama Johari Jusoh berkata, beliau menyaksikan kejadian itu berlaku dekat sebuah pasar raya di kawasan Lembah Sireh.
Ujarnya, itu adalah kebesaran Allah yang mahu tunjukkan kebesarannya kepada umatnya.

“Kita sebagai umat, perlu insaf dan redha dengan ketentuan Allah, kalau benda ni (fenomena awan) nak jadi, tidak kira tempat dan masa. Semua atas kehendak-Nya,” tulisnya dalam ruangan komen.

Seorang lagi pengguna menggunakan nama Mira Uwais menggesa warga maya supaya tidak berfikiran negatif.
Katanya, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan jangan hanya fikir bala yang akan menimpa.
“Sama ada untuk kebaikan atau keburukan, ia adalah untuk pengajaran. Andaikan apa yang diuar-uarkan berlaku, itu lebih baik untuk manusia daripada terus hidup di dunia yang hanya fikirkan dunia semata-mata,” katanya.


Fenomena 7

Fenomena%2Bmenakjubkan%2Bawan%2Bribut%2B
Fenomena awan aneh yang berlaku di sekitar Kota Bharu, petang tadi

Fenomena 8

Untitled.png
Antara gambar menunjukkan fenomena awan aneh pada lewat petang tadi yang dimuat naik ke laman media sosial.
Menurut Adib Maby, fenomena itu hanya berlaku seketika.
“Alhamdulillah…tadi ada angin dan ribut sekejap, hujan tak kuat sangat, bersyukur kepada Allah. Angin dan ribut beralih ke arah lain.
“Semoga kita muhasabah diri kita dan banyakkan berdoa dan solat hajat, agar bumi Kelantan dan Malaysia bebas daripada malapetaka.
“Marilah kita rapatkan ukhwah dan buangkanlah sifat bersangka buruk dan eratkan silaturahim sesama umat islam, agar bumi kita terpelihara…aamiin,” ujarnya menerusi Facebook miliknya..The Rakyat Post





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?